Mari join..:)

Tuesday, April 23, 2013

Only girl in the world.

Lagu Rihanna tu.
 
 
Dulu roommate masa unimas nama dia Angie. Dia cakap ngan aku pompuan kalo takde boyfriend lepas umur 21 dia mesti sunyi. Eh 21 ke 20 tah. Yang penting masa dia cakap ngan aku tu umur aku baru 18. So dia kata aku kena cari boyfriend cepat. Well aku ni gatal je usya orang tapi tak berminat nak bercinta kan. Orang naif cam aku kalau bercinta macam kanak2 ribena sangat. Huhu. Sekarang pun sama..=.="
 
 
Sekali ada satu time tu. Ada classmate aku macam rajin kol,mesej. Angie heran terus. Dia siap cite ngan bf dia kat Sabah nun. Dia kenal la laki tu. Sebab diorang sama matrik. Lagipun laki yang biasa kapel sana sini tu,bawak kete sport pulak. Aku ni memang playboy je suke eh? Cissss sangat. Tapi masa tu Angie suh aku kawan ngan dia. Sebab nanti senang kami nak gi Kuching. Hisy tak kuasa.
 
Kawan2 lelaki aku pernah bagitau. Aku ni macam tak sesuai nak buat GF. Entahla kira penghinaan ke ape tu. Tapi ada sadis sikit rasanya. Haha.
 
 
First time kapel aku dah kerja. Sebenarnya tak rasa ape pun. Cuma masa tu tiba2 terkawan ngan sorang mamat ni. Orang2 kat situ kate dia memang minat aku. Cesss geli pulak nak taip. Korang pun mesti geli baca ni. Sebenarnya aku tak biasa orang minat2 ni. Aku biasa minat orang je. Haha!
 
 
Dia ni nampak naif. Dia bahasakan diri dia "orang",aku pulak dia sebut "dia". Contoh dia nak cakap "saya nk belanja awak makan" dia sebut "orang nak belanja dia makan". Pastu aku kena panggil nama dia. Contoh macam "huda nak belanja aziz makan".Paham tak? Uit I cannot okey. Aku kan ganas. Aku kalau kawan laki aku-kau saja. Or aku-hang. Oh by the way nama dia bukan Aziz.
 
 
Mula2 kenal tu dia rajin gi tanya housemate aku. Aku selalu buat ape kat rumah. Tanya macam2 la. Housemate aku ni assume la dia ni memang ada feeling kat aku. Bagitau orang lak tu. Euw nasib muka tak GS. Kalau tak aku lari terus.
 
 
Pastu. Bila aku borak ngan laki lain dia is jeles. Mana tak aku perasan. Haha.
Ada sekali tu aku nak balik kampung. Dia offer nak anta aku gi Jeti. Tapi aku tak mau. Tahla nape. Aku tunggu kawan aku Yan je amik aku naik moto. Masa tunggu2 tu dia lalu. Jauh sikit dia call aku gi Jeti naik ape. Cover ngan kawan dia kot. Dia tanya nape tak nak naik ngan dia je. Takyah la tunggu lelama.
 
 
Ada sekali masa housemate aku gi konvo aku takde transport gi balik kerja. Tapi masa tu kitorang gaduh tak bercakap. Tak ingat pasal ape. Sebab aku gi tengok wayang ngan lelaki kot. Padahal tengok berempatan ke berlimaan. Yang dia tak puas ati sebab aku cite aku dok sebelah laki,laki tu comel nama Zaid. Dia terus bara sebab Zaid tu kawan dia. Memang comel pun. Huhu.
 
 
Aku tak bagitau dia la aku takda transport. Aku ni takla jenis manja sangat suka mintak tolong laki. So aku gi kerja naik teksi je. Kalau ada bas memang aku naik bas dah. Mahal kot teksi. Dahla pakcik India tu gatal mintak no fon..T_T
 
 
So masa kerja tu dia sibukla tanya aku gi balik kerja naik ape. Dia cakap kalau tak bercakap pun bagitaulah benda camni. Aku nak bagitau? Dengan mak pun kompem tak bercerita benda camni. Anak sulung nak mengada manalah orang nak layan kan. Kalau suh jemput kat stesen bas pun lepas 3jam baru datang..T_T
 
So dia agak caring la. Pastu macam naiffff je. Aku agak suka la. Tapi aku suka memang tak tunjuk. Cuma aku heran je. Sebab aku selesa ngan dia takda nak cover ke apa. Aku kuar ngan dia pakai t shirt ngan jeans ja. No make up of course. Jodoh kot. But one day,hmm he broke my heart. End of story with Aziz bukan nama sebenar itu.
 
Stop with my personal story. Dulu masa sekolah. Sekolah pompuan. Semua orang tak biasa kapel2 ni. Jadi habit pulak kutuk laki ni. Contoh macam "eii boipren bukan hensem pun dia nak" or "eii mamat tu poyo je bukan hensem pun" especially ngan budak SIS la. Diorang ni poyooo tau.Haha. Sampai aku terfikir "okey aku ade boipren nanti kalau tak hensem jangan tunjuk kat diorang ni" lol.
 
 
Kalau kami kuar jumpa kapel. Sorang muka pecah rumah awek dia cantik. Or pakwe hensem awek gemuk. Semua macam tak puas ati. Tah pape kan. Haha.
 
Sekarang ni paham la dah. Pompuan dia akan accept laki yang buat dia rasa dia "the only girl in the world". Sampai laki pun seronok nak tipu berdasarkan ini. especially playboy kan. Sebab tu la awek cantik pakwe muka pecah rumah kan. So sekarang ni gi wedding kawan2 takdela nak kutuk laki kawan kan. Pikir baik ja sekarang ni. Tapi kalau laki kawan tu hensem kami wink2 jela kat satu sama lain. Satu sama lain tu kawan2 tau bukan dengan laki tu.Huhu.
 
 
 

For my tanjoubi esok,wish I can be the only girl in the world.Hmm.
 
 

2 comments:

  1. hahaha.kalo difikirkan balik cinta2 monyet dulu..nak gelak pun ada, nak maki pun ada.
    tapi xpe la..semua dah berlalu

    ReplyDelete
  2. huhuhu..sy xmerasa sgt cinta2 ni..byk wat hal sndr je dlu.hihihi..neway rmi yg da kawin kate good memories suma tu..:)

    btw sonok tgk video lil adam+adib wat gwiyomi..comel sgt!

    ReplyDelete