Mari join..:)

Wednesday, April 17, 2013

Nak makan KFC Korean baru tu tapi...

Aku dah berapa hari dah mengidam KFC tu. Pastu tetiba semalam blogger Cik Eka boleh pi wat entri makan KFC korean tu siap upload gambor lagi. Arggghhh teman tensen! Huhu

Tadi gi isi minyak jap before ke tuisyen. Pada sesapa yang biasa pi Seberang Jaya taulah kan Petronas dia sambung ngan KFC. Hoi menggugat iman sungguh.

Tapi aku terpaksa control jugak. Sebab? Aku adalah manusia yang tak kuat makan lauk. Kalau bagi aku ayam besar cucur badak pun aku leh makan dengan 2pinggan nasik. Yang penting ada kuah.Tu pun kuah tak banyak pun. Oi motif samakan ayam ngan cucur badak?

Isi2 minyak. Tetiba teringat cheesy wedges. Uii sedap tu. Gemok suka gila cheesy wedges. Tapi dia tensen bila gi KFC ngan aku sebab aku makan kulit ayam ja yang lain aku suh dia habiskan. Aku suka mcD lagi makan burger. Kompem habis. So kami lagi selalu lepak McD dan dia pulak terpengaruh ngan aku suka  makan Filet o fish. Eh terbercerita pasal McD vs KFC plak. Marah Encik Nasir. Huhu.

Okey back to cheesy wedges. Entah kenapa aku rasa cheesy wedges ni sangat tempting harini. Macamla tak biasa makan. Dahla tadi masuk drive thru. Dah bayar pastu boleh nak blah. Tak amik wedges tu. Apakah penyakit aku sekarang ni. Tengokla muka aku tu. Menceritakan betapa bernafsunya aku terhadap cheesy wedges. Muka macam nak cari gaduh "kau ada?" Padahal wedges je pun. Jatuh saham anak dara wat perangai cenggini. Kalau mengandung logik la nak bernafsu gila terhadap makanan kan.

Sambil drive tarik satu yang tak diselaputi keseluruhannya dengan cheese. Pastu dok jeling2 plastik tu bilakah dapat makan lagi yang seterusnya. Haha. Atas jambatan pun sempat jugak. Kegilaan apakah ini? Huhu.

Da habis tu baring2 jap sementara kol 8 sambil taip entri kat phone ni ha. Hoiii rasa nak lagi. Lain kali nak try masak sendiri la. Boleh? Huhu.

No comments:

Post a Comment