Mari join..:)

Monday, April 29, 2013

Kerja baru.

Serius nervous nak masuk kerja baru ni. Tak pernah nervous camni. Mungkin sebab dah dewasa kot. Dah matang. Ekeke. Kalini aku target nak kerja betul2 selama 2tahun. Mampu ke tidok? Entahla. Aku dah bagi amaran siap2 kat Gemok kalau aku mengamuk kat dia nanti mengadu macam2 dia kena pastikan aku ingat akujanji untuk bertahan selama 2tahun di kilang itu.

Aku pun tak suka nak tukar2 kerja ni. Mak aku marah. Nanti dia suruh kerja kat kampung. Aku memang la nak. Tapi sebab komitmen tuisyen aku takleh la nak benti camtu je kan. Aik,tuisyen bole pulak nak komitmen bagai? Huhuhu. Sebenarnya dah biasa berjauhan dengan family walaupun tak suka,so bila dekat sangat nanti takut tak syok pulak. Nak lari mana nanti?

Lagipun.Sebab student yang ni bersungguh2 sangat belajar jadi aku pun bersungguh la nak tolong dia score. Dulu tahun lepas aku bersungguh tapi dia pernah pulak cakap dengan aku jangan datang tuisyen. Sedih mak cik taw. Penat datang tapi tak dihargai. Terus makcik bad mood pandai pulak dia pujuk. Anyway dia bole dianggap my best friend. Nak cite ape pun bole. I like!

Aku dapat bayangkan kerja baru ni akan membuatkan aku skema,berdisiplin,tegas dan mungkin akan selalu dikutuk. Kerja production kan. Mestila tumpuan operator2. Dahla warga asing. Lantaklah. Janji aku wat kerja aku elok2. Cukup bulan dapat gaji. Yang penting lagi, nak keberkatan la jugak.

Cakap pasal disiplin ni aku seram sikit. Yelah, orang kata kalo leader bagus lead by example kan. Aku tak pasti aku mampu. Aku dahla kurang karisma sebagai leader. Orang tengok cam budak2. Pastu bila buat salah ke feeling awkward ke selalu terbuat aksi comel. Payah.payah.

Takpela,doa banyak2 la kan. Aku yakin kalau aku fokus dengan semua benda aku akan buat semua benda tu elok. Masalah banyak timbul sebab aku tak cukup fokus. Bila tak cukup fokus la ada benda yang terabai. Not good,not good.

I is nervous sesangat. Kalau kawin tak taula nervous nye camne pulak. Mesti lagi teruk. Dah biasa mimpi nak kawin kan. Penah rasa la. Gile la 2,3 kali mimpi nak kawin. Tapi sume orang lain2. Artis 2kali. Tapi bukan Razlan Kristal or Justin bieber pun. Baim Wong pun takpelah jugak. Ni??? Entah mana hala datang. Okey2 takyah sebut pasal kawin. Jatuh saham aku yang single ni.

Harap tak menangis malam2 sebab kerja.

No comments:

Post a Comment