Mari join..:)

Thursday, April 18, 2013

Dapat hadiah besday dah. hihi.

 
Selasa malam tu. Lepak umah makcik Normah. Ada tuisyen ngan Apit kan. Ngah tengok TV tu makcik masuk dalam bilik. Pastu dia kuar bawak selendang itam.
 
 
Dia tanya aku,"huda suka pakai selendang kan."Kan memang selalu aku pakai selendang masa jumpa dia. Sampai ada sekali tu aku pakai tudung Indon gi umah Kak Ilah. Pastu Gemok cakap la, "haa kan elok pakai tudung ni. Tengok depa ni (perempuan2 dalam family dia) semua pakai tudung camni. Ni suka sangat pakai selendang tunjuk muka bulat napa."Pastu makcik cakap "ikut dia la nak pakai apa pun..." Backing tuh.Hehe.
 
 
Pastu. Dia suh aku amik selendang ni. Dia beli kat Mekah masa gi umrah taun lepas tu. Masa tu aku baru ja jumpa ngan makcik first time kan. Tapi balik2 umrah tu dia bagi tasbih sampai 3,siap ada tasbih kristal pastu biasala ada zaitun kekacang suma tu. Pastu Gemok cakap Mak nak bagi jubah kat Huda tapi tak tau saiz. Takpela.Takut nanti aku tak pakai pulak kan.Hehe


Aku cakap la,awal lagi ni.Besday minggu depan. Dia suh amik je.
 
Ni la tasbih tu.
 
 
 
So dah dapat hadiah besday dah. Ahad lepas dah potong kek.Siap dah bagi kat Makcik Normah dah sikit.Hihi.
 
 
Happy besday alif+yong. Sebenarnya adik pun celebrate sekali ngan kami sebab dia lahir 13hb tapi dia ada kek lain. Tak sempat capture kek dia. Dia tak puas ati sebab nama dia kami tak tulis atas kek mana2. Nasib la nak spiderman sangat.Huhu.
 
 
Waiting for special present. Sapa la yang nak bagi kat kite kan.Hmm.
 

No comments:

Post a Comment