Mari join..:)

Monday, April 15, 2013

Birthday Udez ke-24.

Dah nak masuk umur 25 sibuk nak cite besday tahun lepas pulak.Tak sanggup terima hakikat pertambahan umur lettew..Hikhik.


Sebabnya semalam aku gi tempat yang aku celebrate besday aku tahun lepas tu. So teringatlah kononnya. Ecewah. No pic.


Masa besday aku tu hari Selasa.So kebarangkalian untuk celebrate bersama family adalah hampir 0%. Sebab Selasa nak balik hari adalah tak mungkin kecuali Isnin cuti kan. Takpela,redha je celebrate ngan Gemok.Eh?Hehe


Kebetulan best ialah dia kerja pagi.Means leh la celebrate bersama.Oh sambil taip sambil sedih. Napa nak ingat kenangan lama walaupun best kan?Ehehe. Takpela cite je. Masa ni kami dah lain tempat kerja. One Friday tu(few weeks sebelum besday aku) masa mula keja BHL member ajak makan luar. Friday kan. So makan kat Taman Inderawasih. Masa tu diorang cite pasal besday ke apa so suddenly aku teringat la nak tanya Gemok pasal besday aku. Dia ingat ke tak kan. So aku mesej dia berbunyi,


"Orang nak bagi satu teka teki ni.Nak uji kasih sayang"

Blueekkk.Muntah sangat kan mesej kekasih2 ni.

"Apa dia?"

"Ingat tak besday orang bile?Takleh bukak Facebook tengok tau!"

"Takkanla tak ingat besday orang tersayang... ** April kan?"

"Hehe"

Muntah hijau lagi.Hakhak. Padahal dalam hati bunga2 tulip dah kembang dengan cerianya.

Okey takpe.Kite tunggu hari tersebut. Tengok betul ke dia ingat atau die sempat gi check Facebook tengok besday I.


Beberapa hari sebelum dia gi Cameron dengan family dia.Pastu dia sibuk cakap nak jumpa nak bagi barang. Mula nak bagi aku strawberi tapi dah habis kena makan. Okeyla I tak berapa suka pun strawberi.So hari kejadian dia cakap nak jumpa aku petang tu.Dia cakap nak jumpa ja bukan dating. Okey so balik keja aku gi terus la rumah dia. Sebab masa tu aku macam majuk la dia tak ajak dating pun so saja perli dia pegi umah dia amik barang tu. Sampai rumah mak dia kata dia takda. Ok fine memang majuk terus. Terus balik umah. Sampai ja umah tarik handbrake dia dok kol. Aku biar ja.Sakit hati. Caj phone terus gi mandi. Biarkan dia.


Habis mandi dia ada mesej dia kata dia dah kat bawah.Aku intai ja tapi intai dengan minimum supaya dia tak nampak aku. Takpe biarrrrkan. Aku pun siap ala kadar turun. Pakai comot2 ja sebab kata nak bagi barang je kan. Turun2 dia cakap "camni ka nak kuar?" Aku angkat kening ja. Pastu dia bukak pintu belakang keta dia kuarkan ini.


 
 
Okey majuk lagi. Tengok sebelah mata ja. Pastu dia start enjin dan kami pun gi la menuju ke Penang. Dengan comotnya. Lantakkan. Protes. Pastu dia macam terasa la sebab aku wat tak heran ja hadiah dia tu. Okeyla tak nak majuk lama2 aku pun amik bantal tu peluk. Aku dahla memang suka benda leh peluk2 ni. Sajaaaa taw.Kehkeh.
 
 
Pastu gi Perangin Mall sampai la dah kol 10 kot baru gi makan. Makan kat tepi laut tu la. Oh I like.Laut ngan tasik mampu buat aku tenang.Except when I'm in it.Hehe. Tapi sebab lambat sangat baru dapat makan rasa nak merajuk balik.I seorang yang pentingkan perut tahu.Hehe. Apa2 pun,okey la besday tahun lepas tu.



Tahun ni? Tak tau lagilah. Sapa pulak kan nak celebrate special untuk aku.Melainkan tetiba ada secret admirer..;p Ok impossible. Wish me luck! Hihi

No comments:

Post a Comment