Mari join..:)

Tuesday, April 16, 2013

Aku ni berkira ke?

Ada sorang pompuan mengandung kat opis ni. Dia officer untuk customer service. Kerja2 dia banyak documentation,gi kastam, gi customer anta barang. Tapi banyak masa lain (bukan aku sorang ja kata) bukak Youtube.Heh.


Dia nak gi maternity leave. Sekarang ni dalam 6-7 bulan kot perut dia tu. So tak lama lagi la dia nak bercuti. Dia ni umur dah dekat 40 tapi first time preggy. Takpela,rezeki masing2. Bukan tu yang aku nak fokus sebenarnya.


Beberapa bulan before, diorang sibuk nak cari part timer untuk wat keja dia.Okey fine jumpa dah sorang. Pastu 2 hari ja terus resign. Dan lepas tu,bos sibuk divide kerja dia pada kami. Part ni la yang aku tak puas hati. Haritu elok2 nak cari part time pastu nak timbunkan lagi kerja. Memang la tak payah mana. Tapi sebenarnya saja ja kan tak nak cari part time sebab nak save cost. Cis sangat. Dahla mula2 aku masuk tu dia dok komplen aku pastu sedap ja nak bagi kerja kat aku.


Before ni masa aku keja manatah,ada orang bagi advice kat aku. Kalau orang bagi kerja kat kau jangan ia iakan sangat. Sebab kalau tak habislah kau kena buli. Semua kerja pun nak bagi kat kau. Ni aku tak setuju tapi aku takleh watpe. Sangat ketidakadilan di sini. Pffft.


Pastu kan,aku ni dari pagi sampai lunch memang busy ja untuk shipment.Memang kalau ada masa pun lehla blogwalking sikit2. Sapa yang aku sempat blogwalking tu memang bertuah la.Kahkah. So multitasking. Tapi tapi tapi tadi aku memang tak bukak blog pun.Memang banyak nak kuar hari ni. Time tu gak la dia sibuk nak mengajor. Pastu after lunch aku kena send macam2 kat bos la,customer la,macam2 okey.Pastu ada shipment lagi,esok punya barang nak kuar pagi. Pastu nak kena invoice la macam2. Pun dia datang jugak. Dah tu yang menimbulkan kemarahan aku ialah, akak tau huda banyak kerja tapi bla bla bla. Nada dia macam perli okey! Aku memang banyak kerja kot! Memang aku tak cukup rest sekarang ni. Semalam pun berapa banyak kali terjaga walaupun ngantuk sesangat. Tidur sangat tak berkualiti okey. Okey jangan mengeluh tapi dia ni memang bikin panas.


Oh please la miracle come to the rescue!Aku memang taknak wat keja dia!

No comments:

Post a Comment