Mari join..:)

Tuesday, April 30, 2013

Produk Kolagen untuk yang alergik seafood.

Produk penyelesaian pada sesiapa yang nak makan kolagen tapi ada alergik pada seafood! 
 
 
Maixara C- Sential
 
Kenapa harga Maixara dikira berpatutan?
See? Harga berpatutan dan berkesan, sangat berbaloi untuk digunakan!
 
Takyah susah nak masak,takyah kena buh dalam peti ais.Pastu telan je.Sedap lak tu.

Anda juga menjadi antara terawal menggunakannya! Baru dilancarkan Januari 2013 dan sudah terbukti keberkesanannya.
 
 
 
 
 
 
 
 Kenapa patut beli?
1. harga berpatutan,berbaloi dilaburkan
2.Berkesan
3. Sedap
4. Mudah disediakan(telan je)
5.HALAL
6. Harga promosi mungkin berakhir bila-bila masa sahaja (sekarang RM99.90 later will back to normal RM100++)
 
VITAMIN C + KOLAGEN + GLUTA + EKSTRAK STRAWBERRY 10000mg
 
Gabungan daripada extrak strawberry menghasilkan vitamin C, kolagen dan gluta dalam satu tablet. Kenapa tablet?Kerana dikhuatiri jika menggunakan kapsul mengandungi gelatin yang merbahaya.
 
 
Kolagen yang digunakan dari sumber ikan tilapia. Tidak memberikan kesan alahan jika anda alergik kepada seafood seperti pure collagen marine (PMC).
 
 
Fungsi utama Maixara C-Sential:
1) Mencerahkan dan mengebukan seluruh badan dgn sekata
2) Melembabkan kulit dan menghaluskan kulit dan seluruh badan
3) Menganjalkan kulit (agen anti oksida dan anti penuaan)
4) Merawat jerawat, mengurangkan jeragat.

Satu tablet mengandungi 10000mg (Pertama di Malaysia)
 
 
Kesan dpt dilihat seawal 7 hari.
Minum air dengan banyak. Sekurangnya 2 ke 3 liter sehari.
Kesan yang dapat dilihat dalam 7 hari ke 10 hari: Kulit cerah dan berseri, kulit menjadi lembut dan halus. Parut jerawat dan jeragat semakin pudar dan muka tidak kusam lagi

Boleh diambil oleh:
Orang lelaki & perempuan umur 13 tahun ke atas
Ibu menyusu dan Ibu mengandung ( seelok slps 5 bln )

100% Halal dan Selamat, Tiada gelatin, Produk Bumiputera dari kilang bertaraf GMP Muslim.

 Cara penggunaan:
1 kotak mengandungi 60 biji tablet
Ambil 2 biji slps mkn mlm
Tablet boleh ditelan atau dihisap atau dikunyah seperti gula gula (dap dap)
 
 
Harga Promosi:
RM99.90 Semenanjung Malaysia
RM104.90 Sabah/ Sarawak
 
 
 
 
 
Boleh sms/whatsapp saya sekarang:017-5049769
Email:misshyda@gmail.com
 
 
Boleh COD untuk area Seberang Perai&Teluk Intan/Tapah.
Pos seluruh Malaysia FREE!


Like page saya:
Maixara C-Sential Udez






Harga istimewa!

Last day.


Harini sebab last day. Aku ajak kak Ita ngan Alice gi makan best. Tapi tak tau mana pun nak tuju. Hihi. Semalam makan nasi kandaq kat Subaidah Bagan. Kak Ita ngidam sangat. Katanya laki dia tak suka nasi kandaq.

Old Town White Coffee Seberang Jaya. Lime Juice yang super lime.
 
Kak Alice yang super happy. Belanja kami.Hehe.
 
 
 
AD10 Spicy Chicken Chop Rice kot nama dia. Okey la...
 
 
 
Semalam makan ni. Sori gambar senget. Nala punya kari. Semua sekali ni RM6.50.
 
Promotion pizza semalam. Nak makan tapi takut tak mampu sebab takde geng. Aku paling banyak boleh makan 3 slice ja sekali hadap. Tu pun jenuh.
 
 
Good luck tempat baru,Udez.
 

UTC Ipoh

Jumaat lepas aku datang sini. Ya aku tau sepupu baru dikebumikan. Tapi life has to go on kan. So pergilah jugak. UTC Ipoh ni kat Super Kinta lama. Dulu masa still budak Taayah dulu kalau nak shopping gi Super Kin la. Tu yang mampu kan. Paling kami suka di sana ialah Mexico Bun. Sedap weh. Rindu..T_T


Ada temuduga terbuka kat Jobs Malaysia kol 3 tadi. Tapi aku datang lambat. Takpela ramai pun. Ada orang tunggu dari 2.40 pun tak tebiu jugak lagi. Nasib orang Ipoh je. Kami sebaya tapi dia baru grad bulan 12. Rasa tua tetiba sebab dah grad 3tahun lepas..-.-"


Dan, boleh pulak sorang junior Taayah pun ada situ jugak tadi. Siap pakai blazer tu. Konpiden je tengok. Bangga aku sebagai senior. Hahaha motip bangga?


Okeyla cite pasal UTC balik. Seberang dia kan McD yang aku suka tu. Memori sangat tau. Pastu bukak pintu nak ke parking moto bawah tu bau ayam tetap ada. Hahaha


Best la UTC ni. Ko cakap je nak ape. Sume ada. Klinik gigi 1malaysia,klinik 1malaysia,yayasan perak,yayasan bina upaya, LHDN, ATM, gym macam2 lagi weh. Sampai ramai sesat. Sebab directory pun tak berapa menonjol sangat. Masuk2 terus blur. Pastu ada la buat signboard tapi macam tak berapa clear.Macam ko kena pusing pastu oh kat sini benda tu,oh kat situ benda ni.




 
 
 
 
 
 Kalau korang ada pape urusan kerajaan datang je sini. Kat KL pun ada. Tapi tak sure la mana. Bukak dari 8.30 pagi sampai 10 malam.
 

Monday, April 29, 2013

Kerja baru.

Serius nervous nak masuk kerja baru ni. Tak pernah nervous camni. Mungkin sebab dah dewasa kot. Dah matang. Ekeke. Kalini aku target nak kerja betul2 selama 2tahun. Mampu ke tidok? Entahla. Aku dah bagi amaran siap2 kat Gemok kalau aku mengamuk kat dia nanti mengadu macam2 dia kena pastikan aku ingat akujanji untuk bertahan selama 2tahun di kilang itu.

Aku pun tak suka nak tukar2 kerja ni. Mak aku marah. Nanti dia suruh kerja kat kampung. Aku memang la nak. Tapi sebab komitmen tuisyen aku takleh la nak benti camtu je kan. Aik,tuisyen bole pulak nak komitmen bagai? Huhuhu. Sebenarnya dah biasa berjauhan dengan family walaupun tak suka,so bila dekat sangat nanti takut tak syok pulak. Nak lari mana nanti?

Lagipun.Sebab student yang ni bersungguh2 sangat belajar jadi aku pun bersungguh la nak tolong dia score. Dulu tahun lepas aku bersungguh tapi dia pernah pulak cakap dengan aku jangan datang tuisyen. Sedih mak cik taw. Penat datang tapi tak dihargai. Terus makcik bad mood pandai pulak dia pujuk. Anyway dia bole dianggap my best friend. Nak cite ape pun bole. I like!

Aku dapat bayangkan kerja baru ni akan membuatkan aku skema,berdisiplin,tegas dan mungkin akan selalu dikutuk. Kerja production kan. Mestila tumpuan operator2. Dahla warga asing. Lantaklah. Janji aku wat kerja aku elok2. Cukup bulan dapat gaji. Yang penting lagi, nak keberkatan la jugak.

Cakap pasal disiplin ni aku seram sikit. Yelah, orang kata kalo leader bagus lead by example kan. Aku tak pasti aku mampu. Aku dahla kurang karisma sebagai leader. Orang tengok cam budak2. Pastu bila buat salah ke feeling awkward ke selalu terbuat aksi comel. Payah.payah.

Takpela,doa banyak2 la kan. Aku yakin kalau aku fokus dengan semua benda aku akan buat semua benda tu elok. Masalah banyak timbul sebab aku tak cukup fokus. Bila tak cukup fokus la ada benda yang terabai. Not good,not good.

I is nervous sesangat. Kalau kawin tak taula nervous nye camne pulak. Mesti lagi teruk. Dah biasa mimpi nak kawin kan. Penah rasa la. Gile la 2,3 kali mimpi nak kawin. Tapi sume orang lain2. Artis 2kali. Tapi bukan Razlan Kristal or Justin bieber pun. Baim Wong pun takpelah jugak. Ni??? Entah mana hala datang. Okey2 takyah sebut pasal kawin. Jatuh saham aku yang single ni.

Harap tak menangis malam2 sebab kerja.

Setelah menyepi...

Beberapa hari,minggu yang busy... Seperti yang readers maklum,birthday saya 24hb yang lepas. Tak la busy mana. Seharian dok rumah. Petang keluar jap pastu lepas maghrib kat rumah dah sampai pagi esoknya.


Tapi 25hb pula..hurmm..sepupu saya(anak pak long saya) telah kembali ke rahmatullah.. Jantung tersumbat. Sepupu saya tu baru berumur 27tahun. Kawan dia yang datang masa kebumi tu cite. Dia mengadu rasa tak selesa dan ingin ke klinik dalam kul 10 pagi tu. Tiba2 12 lebih dia rebah. Dia bangun semula tapi rebah semula tak lama lepas tu. Dia dibawa ke hospital di Bangi dan disahkan meninggal dunia 1.05pm.

 
Mule2 aku cool je. Aku tau berita Khamis tengahari. Aku cuma sedih tapi tak la sampai nanes. Pastu aku cakap ngan bos aku nak cuti esok. Kena siapkan keje dulu banyak sangat tangguh. Gile la sampai 3 kali cuti minggu lepas. Isnin,Rabu,Jumaat. Tapi takkan tak balik kan. So pagi Jumaat baru bertolak.Malam tu penat sangat. Tuisyen pun ku cancel. Lagipun aku takut nak drive memalam. Dah kerap sangat eksiden kan. Mak ayah ku tak bagi balik memalam dah.
 
 
Pagi bertolak kol 7 lebih,time orang nak ke kerja.Nasib tak berapa jem. Rush juga la. 150 ku bawak. Sebab ayah kata kol 10 kebumi. Aku dengan tak mandi balik terus. Sampai rumah 9.40 terus mandi pakai baju kurung suma. Rumah pak olong aku kat Kampung Pulau Juar,Kg. Gajah je. Dari umah aku tak sampai setengah jam pun. Sampai2 lori yang bawak jenazah dah keluar dari perkarangan rumah. Lori?Hentam sajalah.Tapi masa tu ada rasa nak tergelak jugak.
 
 
So kami terus ke masjid. Tak gi solat pun sebab tengok macam takde pompuan pun. Mak pun baca Yassin dalam kete je.
 
 
Masa kebumi tu,baru la rasa sedih. Nak kata rapat tu tak la. Sebab arwah jenis pendiam. Kalau usik2 dia pun,dia bukan respons sangat. Huhu. Ingat dulu masa dia eksiden.Masa tu dia belajar IKM Manjung. Sama tempat la ngan adik aku no.4 tu. Tapi adik aku baru sem 2 je sekarang. Masa tu kaki patah. Agak teruk la.Masuk sepital Manjung. Ingat lagi memalam kami bertolak ke Manjung. Aku,Dila dan ayah. Balik dari sepital dah 11 lebih kot. Ayah nak makan dengan kengkawan politik dia kat warung area Kg Gajah tu. Kami dok kat meja berdua. Ayah aku dok ngan kengkawan dia. Nampak pelik je dua orang pompuan makan kat warung memalam bute cenggituh.Rasanya sampai 1 lebih kot kami kat situ. Pastu masa arwah keluar hospital pun ayah yang ambik.Masa tu pak olong tak berapa sihat kot. Aku seperti biasa memang ikut ayah aku ke mana pun.Huhu. Aku baru habis SPM kot masa tu. Area 2004/2005 kan.
 
 
Masa kebumi tu, kawan dia dari tempat kerja pun ada. Bos dia pun ada datang. Dan yang tak sangka,ada 3 orang berpakaian Keadilan datang. Adoiyai. Perlu ke pakai baju tu datang. Tak pakai tak leh ke.Huhu. Dengarnye calon Keadilan untuk Pasir Salak pun ada tapi dia tak pakai baju tu. Aku memang tak kenal la.Aku kenal orang yang bakal aku undi nanti je. Dato Haji Tajuddin Abdul Rahman untuk Parlimen, Haji Abdullah Fauzi bin Dato' Haji Razali untuk DUN. Titik.
 
 
 
Adik aku excited kata tak nampak la ape la. Dia nak gi dekat2. Pastu sibuk nak tengok dalam lahad tu. Sebenarnya ni kali kedua aku gi masa orang kebumi. First masa officemate aku arwah Kak Ti dulu. Yang tu aku memang sedih sebab rapat sangat. Lagipun hari dia meninggal tu masa tu raya lagi kan. Aku cakap dengan dia. "Kak Ti,saya nak beraya umah Kak Ti leh tak? Tapi malam la saya gi". Pastu dia kata "malam takdak orang layan aih.sebok" Tengahari tu dia meninggal dalam pukul 3 camtu. Malam tu orang sibuk uruskan dia.Sedih kan.
 
 
 
Sabtu ada orang kampung meninggal. Ada hubungan sedara jugak la. Terkejut juga. Lagi,kata hati ku. Pastu Ahad kat Melodi tunjuk Datin Azizah yang penyanyi 60-an tu meninggal Jumaat malam. Ahad malam pulak. Gemok bagitau kawan dia yang pandai modify motor mati masa merempit. Jatuh pada kelajuan 200km/j. Pastu dilanggar pulak dari belakang oleh kawan lain. Mati serta merta kat situ. Tak tau camne rupa. Tak berani nak tanya sebab Gemok sedih. Yang penting dia kata anggota badan tak elok. Mungkin berkecai la kot. Seram la kalau tengok.Tak sanggup. Gemok pernah la bawak aku gi umah dia kat Taman Semilang. Masa tu dia gi antar helmet jap kat kawan dia tu. Tapi tak nampak rupa la. Kawan2 dia yang keja Honda aku kenal la. Kawan sekolah tak kenal. Teringat pulak kawan sebelah katil dulu yang meninggal sebab kanser otak. Arwah sangaaat baik. Aku ingat lagi masa tu form 1. Dia puasa 3 bulan straight. Cakapnya lembut je. Tak pernah marah,tak pernah masam. Baik sangat. Tak macam aku. Dia suka tidur selimut satu badan sampai muka. Dia kata arwah tok dia ke opah dia pun camtu.Pastu meninggal masa tidur. Aku marah dia jangan bagi aku takut. Aku cakap jangan tidur camtu.Huhu. Arwah meninggal masa form 2 kot. Masa tu dia dah jarang sekolah. Dia orang Bagan Datoh kalo tak silap. So memang tak penah la gi umah dia. Masa meninggal pun tak ramai yang boleh gi.Tapi kawanku yang pergi kata badan dia agak besar,mungkin sebab kesan ubat. Dia mula sakit lepas jatuh tangga kat sekolah dulu. Aku pun tak pasti bila.
 
 
 
 
24hb ulangtahun hari lahir aku,25hb hari mati sepupu. Best ke nak ingat?
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, April 25, 2013

Volkswagen iBeetle.

Hoihhh.Aku ni jenis suka barang2 lama. Contoh? Hehe
 
 
 
Please la.Aku kawin nanti nak naik ni pastu buh reben2 orang kawin tu.
 
Camni?Erk.
 
 
 
 
*curi Google.Thanks!
 
Sangat teringin okey...Sapakah ada volkswagen beetle nak jual kat aku meh sini meh. Tapi kena bagi bayar bulan2 la.Boleh? Hihihi.
 
 
Tadi bukak Blog Serius. Ni kes Apple bergabung ngan Volkswagen. Uit stail kot. I like! Walaupun aku bukan penggemar Apple. Tapi ada bumbung camni best la wat kete kawin kan. Haha. Melampau betul,kecuali la ada anak tauke balak berkenan kat aku dapat la kete camni.Huhu.
 
 
 
 

Wednesday, April 24, 2013

WW-Wonderful birthday ever.

Cardigan Korean kuning.

Dah lame baru nak pakai. Cantik  tak kaler dia? Striking kan. I like yellow. Hee.

Apa dia? Nak gi dating? Erm taklah. Sape la nak dating ngan kite. Budak umah kite pun tak tau harini besday kite.hihi

Nak kuar mencari duit ni. Dengan kete side mirror sebelah takde. Hurmm dugaan. Buntu ni. Nak gi naik bas takut terkandas pulak kat pulau nanti. Tak maulah gi umah pakcik makcik sebab ni. Gi ziarah takpela. Doa2 lah takde ape dalam perjalanan japgi ni. Lapar.

Selamat hari lahir ke-25 udez!

Entri syok sendiri.hee

25tahun yang lalu di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu. Puan Noraisah mula berasa sakit hendak melahirkan anak sulungnya. Encik Zulkifli lalu membawanya ke Hospital Tg Malim serta merta. Bulan Ramadhan.

Maghrib berbuka. Puan Noraisah dalam proses melahirkan. Tak ramai yang ada ketika itu selain nurse2 berbangsa cina yang tidak berpuasa Ramadhan. Tepat 8.03 malam keluarlah puteri nya yang seberat 2.95kg. Tembam baby itu.

Setelah itu puteri itu diberi nama Nurul Huda oleh moyangnya Hajah Zabedah. Masa tu Nurul Huda Abdullah perenang negara tu memang top. Maksud nama pun elok kata opah Puan Noraisah itu.

Setelah 25tahun baby itu kini seberat 44 kg. Baby la sangat lagi. Hehe. Dalam hati aku aku tetap baby mak dan ayah..^_^

Hampir pukul 12malam. Orang itu keluar dari bilik. Makan nuget bawah sangai. Tengok TV. Aku yang di depan TV hampir melelapkan mata. Orang itu ke dapur dan kembali bersama sebekas air Ribena. Menyuruhku minum sambil mengucapkan Happy Birthday. Aku bertanya "buat sendiri je?" Aku minum lalu aku katakan air itu masam. Mungkin sebab sejuk..:p Tanyanya aku tak pernah minum Ribena kah. Dia cakap Ribena lebih baik dari kolagen2 semua tu kerana mengandungi vitamin C. Kolagen semua tu tipu saja. Baiklah. Mana la ada yang real sangat dunia ni... Terima kasih sayang. U made my day.

Aku mahu lelap. Tapi ada SMS masuk ke inbox. Biasalah waktu begini handphone dan media sosial lebih aktif dari biasa. Ada juga yang ingat rupanya. Yang lahir tepat 4bulan sebelumku itu. Thanks.

Aku tak berani mengharapkan yang indah harini kerana tidak mahu harapan bertukar menjadi kekecewaan. Apa yang aku doakan ialah semoga aku lebih tabah selepas ini, menjadi lebih baik dari sebelumnya dan bertemu jodoh..:p

Berharap juga selepas permulaan indah ini, biarlah hari ini ditutup dengan indah juga. Hari ini saja. Satu2 nya hari yang aku boleh pentingkan diri sendiri untuk berasa sedikit bahagia. Berdoa semoga tahun depan lebih baik lagi. Amin.

Tuesday, April 23, 2013

Pengalaman aku makan MCS.

Dah berapa minggu eh aku pakai Maixara c sential ni. Dari awal April kot. Eh cop2. Masa tu aku makan sebijik sehari ja. Now baru seminggu kot makan 2bijik sehari. Kadang2 tu aku tak makan malam pun. Petang makan dah pastu sebelum tidur aku makanla MCS ni. Hehe.

Aku terpengaruh betul tengok muka orang cantik makan MCS ni. Okey aku memang banyak masalah kulit muka ni. Jap aku tunjuk muka real okey. Jangan lari pulak keseraman. This is me. Hehe.

Abaikan parut susu kat pipi belah kanan tu key. Kalau makan MCS ni bole kasi hilang parut tu sebotol aku makan sekaligus. Hehe. Susahla yang tu kot. Sebab dari baby kan. Harap nak laser ja.

Masalah muka aku sejak puberty ialah jerawat nasik. Mungkin keturunan gak kot. Mak aku pun banyak jerawat nasik. Sekali sekala jerawat batu akan muncul tapi tempat yang tak nampak. Konon orang ingat takde jerawat batu padahallll.

Sejak akhir tahun lepas kot. Yang aku dok keja dari 8.15 sampai 6.30 petang dalam air con. Aku rajin pakai pelembap. Sebab tu la kot jerawat besar2 bole tumbuh di pipi. Sampaikan mak Fizah bole tegur,tapi kat fizah la. Pastu tak taula lagi pasal ape. Tapi jerawat aku ni dah tumbuh memang adaaaaa la kat situ sampai dia hilang sendiri. Bukan tak ambik berat muka,tapi buntu nak buat ape. Tengok kat atas hidung kemek aku antara 2 mata aku tu kan ada satu. Berapa lama dah tu. Hurmm. Tapi dah surut la ni. Dah macam taik lalat pulak aku tengok. Kaler je lain.

Pastu T-zone aku pores dia agak kelihatan la. Aku rasa tak sampai tahap kritikal lagi tapi takut la. Buruk kot pores besar. Dahla memang tak lawa..-.-"

Satu ja pasal MCS ni. Ko kena banyak minum air. Baru detox lancar barula bole cantik. Tapi aku ni tak leh minum banyak sangat. Nanti minum dua gelas je gi toilet sampai 4kali. Toilet is jauh..-.-"

Orang kate mula2 je macam tu. Nanti dah lame ko takkan kerap sangat ke toilet. Tapi aku tak berani try. Takut tak dan dah...urm..Haha.

Kulit asal aku cerah la. Aku rasa kategori putih kuning kot. Ke kuning langsat. Takla putih sangat. Tapi nak classify sebagai sawo matang tak boleh. Orang cakap la kan bukan aku. Tapi kalau dalam adik beradik aku antara paling putih la. Mak cerah. Ayah ada kaler kopi sikit. Hehe

So matlamat aku takla nak cerah lagi. Cuma nak tona kulit sekata, pores kecik,tak kusam,bebas dari parut jerawat ni. Pastu leh masuk kategori cun la. Hehe. Masuk bakul angkat sendiri.

Kadang2 geram jugak dengan produk2 kat pasaran. Kan memang belambak. Pastu banyak testi sana sini. Ko sampai rambang mata. Tapi first aku try pun VCOA la. Pastu jumpa MCS. Tak kata produk ni bagus,produk tu tak bagus. Sebenarnya ikut orang semua ni. Kulit muka bukan same. Sebab tu Fizah dia gi specialist terus. Macam2 ubat gakla dia makan. Tapi dia makan jugak VCO I jual. Support kawan.hehe. Muka dia memang tak bermasalah. Cuma kengkadang la jerawat naik tetiba. Muka tegang gila pulak tu. Dulu sekolah dia gelap sikit. Sejak dia berevolusi menjadi kurus makin cerah dah dia. Banyak peminat tu.

Eh cite pasal fizah pulak. Hihi.

Masa aku makan VCOA, aku memang selalu haus. Tekak kering gila. Memang selalu 2botol 500ml tu gak la aku minum. Makan MCS nak rasa haus tu camna. Kan makan sebelum tido. Tapi aku memang selalu kalau terjaga malam aku minum air masak. Sebab tu botol air sentiasa ada dekat. Kalau bangun gi dapur amik jawabnye sejam 2jam la baru dapat tido balik. Bukan boleh aku ni.

So senang kata sendiri mau ingatla yang part minum air masak banyak tu. Aku okey ja minum air masak tapi antara banyak ngan tak banyak la. Kalau kat umah,semua orang ada. 4botol besar air dalam peti ais tu sat ja licin. Pastu diorang ni bukan reti nak letak luar botol kosong tu. Mak pun bebel. Tapi sebenarnya dalam kata lain kami ni tak la hero minum air manis2 ni. Padahal minum air sejuk pun bukan elok sangat kan. Hihi.

Adik aku yang kecik tu nampak aku makan aritu. Aku da warning dia takleh makan. Tapi aku bagila dia sebijik dua. Dia suka. Adik aku ni masa kecik dulu pernah habiskan sebotol vitamin minda macam Examo tu dalam beberapa minit. Kami sedar2 tengok botol da kosong. Padahal beria dah kami buh atas almari. Dia boleh panjat masa kami tak sedaq.

Satu ja la kesan yang aku nampak. Jerawat aku ni dia asal ada kesan dia akan dok tumbuh kat tempat yang sama. Tapi alhamdulillah takde dah. Tapi aku tak berani nak hepi sangat. Jerawat ni bukan bole tegur. Hehe.

So pada readers aku yang da makan,share la pengalaman korang pulak. Nak tau jugak camne korang jadi cantik. Plzzz.


Only girl in the world.

Lagu Rihanna tu.
 
 
Dulu roommate masa unimas nama dia Angie. Dia cakap ngan aku pompuan kalo takde boyfriend lepas umur 21 dia mesti sunyi. Eh 21 ke 20 tah. Yang penting masa dia cakap ngan aku tu umur aku baru 18. So dia kata aku kena cari boyfriend cepat. Well aku ni gatal je usya orang tapi tak berminat nak bercinta kan. Orang naif cam aku kalau bercinta macam kanak2 ribena sangat. Huhu. Sekarang pun sama..=.="
 
 
Sekali ada satu time tu. Ada classmate aku macam rajin kol,mesej. Angie heran terus. Dia siap cite ngan bf dia kat Sabah nun. Dia kenal la laki tu. Sebab diorang sama matrik. Lagipun laki yang biasa kapel sana sini tu,bawak kete sport pulak. Aku ni memang playboy je suke eh? Cissss sangat. Tapi masa tu Angie suh aku kawan ngan dia. Sebab nanti senang kami nak gi Kuching. Hisy tak kuasa.
 
Kawan2 lelaki aku pernah bagitau. Aku ni macam tak sesuai nak buat GF. Entahla kira penghinaan ke ape tu. Tapi ada sadis sikit rasanya. Haha.
 
 
First time kapel aku dah kerja. Sebenarnya tak rasa ape pun. Cuma masa tu tiba2 terkawan ngan sorang mamat ni. Orang2 kat situ kate dia memang minat aku. Cesss geli pulak nak taip. Korang pun mesti geli baca ni. Sebenarnya aku tak biasa orang minat2 ni. Aku biasa minat orang je. Haha!
 
 
Dia ni nampak naif. Dia bahasakan diri dia "orang",aku pulak dia sebut "dia". Contoh dia nak cakap "saya nk belanja awak makan" dia sebut "orang nak belanja dia makan". Pastu aku kena panggil nama dia. Contoh macam "huda nak belanja aziz makan".Paham tak? Uit I cannot okey. Aku kan ganas. Aku kalau kawan laki aku-kau saja. Or aku-hang. Oh by the way nama dia bukan Aziz.
 
 
Mula2 kenal tu dia rajin gi tanya housemate aku. Aku selalu buat ape kat rumah. Tanya macam2 la. Housemate aku ni assume la dia ni memang ada feeling kat aku. Bagitau orang lak tu. Euw nasib muka tak GS. Kalau tak aku lari terus.
 
 
Pastu. Bila aku borak ngan laki lain dia is jeles. Mana tak aku perasan. Haha.
Ada sekali tu aku nak balik kampung. Dia offer nak anta aku gi Jeti. Tapi aku tak mau. Tahla nape. Aku tunggu kawan aku Yan je amik aku naik moto. Masa tunggu2 tu dia lalu. Jauh sikit dia call aku gi Jeti naik ape. Cover ngan kawan dia kot. Dia tanya nape tak nak naik ngan dia je. Takyah la tunggu lelama.
 
 
Ada sekali masa housemate aku gi konvo aku takde transport gi balik kerja. Tapi masa tu kitorang gaduh tak bercakap. Tak ingat pasal ape. Sebab aku gi tengok wayang ngan lelaki kot. Padahal tengok berempatan ke berlimaan. Yang dia tak puas ati sebab aku cite aku dok sebelah laki,laki tu comel nama Zaid. Dia terus bara sebab Zaid tu kawan dia. Memang comel pun. Huhu.
 
 
Aku tak bagitau dia la aku takda transport. Aku ni takla jenis manja sangat suka mintak tolong laki. So aku gi kerja naik teksi je. Kalau ada bas memang aku naik bas dah. Mahal kot teksi. Dahla pakcik India tu gatal mintak no fon..T_T
 
 
So masa kerja tu dia sibukla tanya aku gi balik kerja naik ape. Dia cakap kalau tak bercakap pun bagitaulah benda camni. Aku nak bagitau? Dengan mak pun kompem tak bercerita benda camni. Anak sulung nak mengada manalah orang nak layan kan. Kalau suh jemput kat stesen bas pun lepas 3jam baru datang..T_T
 
So dia agak caring la. Pastu macam naiffff je. Aku agak suka la. Tapi aku suka memang tak tunjuk. Cuma aku heran je. Sebab aku selesa ngan dia takda nak cover ke apa. Aku kuar ngan dia pakai t shirt ngan jeans ja. No make up of course. Jodoh kot. But one day,hmm he broke my heart. End of story with Aziz bukan nama sebenar itu.
 
Stop with my personal story. Dulu masa sekolah. Sekolah pompuan. Semua orang tak biasa kapel2 ni. Jadi habit pulak kutuk laki ni. Contoh macam "eii boipren bukan hensem pun dia nak" or "eii mamat tu poyo je bukan hensem pun" especially ngan budak SIS la. Diorang ni poyooo tau.Haha. Sampai aku terfikir "okey aku ade boipren nanti kalau tak hensem jangan tunjuk kat diorang ni" lol.
 
 
Kalau kami kuar jumpa kapel. Sorang muka pecah rumah awek dia cantik. Or pakwe hensem awek gemuk. Semua macam tak puas ati. Tah pape kan. Haha.
 
Sekarang ni paham la dah. Pompuan dia akan accept laki yang buat dia rasa dia "the only girl in the world". Sampai laki pun seronok nak tipu berdasarkan ini. especially playboy kan. Sebab tu la awek cantik pakwe muka pecah rumah kan. So sekarang ni gi wedding kawan2 takdela nak kutuk laki kawan kan. Pikir baik ja sekarang ni. Tapi kalau laki kawan tu hensem kami wink2 jela kat satu sama lain. Satu sama lain tu kawan2 tau bukan dengan laki tu.Huhu.
 
 
 

For my tanjoubi esok,wish I can be the only girl in the world.Hmm.
 
 

Birthday present from company..:)

 
Hah tengok2 mari tengok.Hihi..
 
 
 
Semalam wa cuti emergency.Esok cuti lagi. Sebab..sebab..hehe tunggula esok I bagitau (macamla tak leh agak kan?hihi..watashi no tanjoubi)
 
 
Tadi bos HR bagi ni:
 
 
Dia kata dia teringat bila dia tengok yang aku apply leave esok.Hihi. Tu la yang best company kecik. Ni je yang best pun.Hehe. Dia kata ada baucar. Boleh makan ngan boipren. Uits. Terpaksa la hire sorang boipren untuk esok. Ada sapa nak tak? Hehe
 
 
Aku reveal ja nama company tu sebab dah nak resign pun. Company baru biarlah rahsia. Hehe. Anyway wish me luck for my 25th years life..:)
 
 
Nak kawin!*wink wink*
 

Monday, April 22, 2013

Mamee chef tomyam sedap.

Pagi tadi aku dianiaya sekali lagi. Seperti biasa oleh orang yang jenis lempar batu sembunyi tangan. Meluat. So terus amik emergency leave. Dan berehat di rumah. Sebelum tu sempat beli nasi lemak.

Tengahari buat Mamee Chef tomyam ni. Second time masak sebenarnya. Tapi first time tu mee dia terkembang. Erk. Second ni dah berjaga2.

Sedap weh. Macam tomyam betul. Maggi pun tak best camni. Ruski kalah sat sebab aku dah terlalu biasa makan dari form 2. Ni semua salah cik eka. Suka promot benda sedap2. Buat I terliur taw. Lain kali kena wat entri makan lagi tau! Hehe

PKR bakal menang?

Sana sini orang dok sembang pasal pilihanraya. Tak kirala promot parti ke tak puas ati ngan calon ke ramalan sape menang ke. Macam2 topik ade. Bila bukak TV pun lagu Mari Mengundi Tomok keluar,manifesto parti dan macam2 lagi. Semua pasal PRU 13 minggu depan.

Berada di negeri yang dikuasai pembangkang, wadah pembangkang ada di mana2. Kat taman aku dok ni pun, ada satu khemah Pas yang setiap malam penuh. Tak tau la buat ape. Kat Guar Perahu aritu ada Izzah buat ceramah ratusan orang kot datang. Sebab peniaga air pun bole untung RM4000 bersih!

Aku kalau balik keje selalu balik ikut Taman Burung. Ada poster iklan Anwar punya besar. Bakal PM katakan.

Aku setiap minggu akan ke Alma 2kali. Untuk tuisyen la. Ada satu simpang empat yang sentiasa sibuk. Dekat dengan Carrefour Bukit Mertajam. Jadi kat situ banyak la banner kan.

Ada iklan yang besar macam tepi2 highway tu tunjuk gambar bekas Ketua polis Negara. Tan Sri Musa kot nama dia. KEYAKINAN PERTUKARAN KUASA. "Polis jamin kelancaran pertukaran kuasa" katanya. Sebelum ni ada "negara takkan bankrap kalau PR memerintah." Yang ni Tun apatah yang cakap. Aku kan jenis pelupa. Maafkanlah.

Belum tengok undi2 kat online, paper lagi. Ramai meramalkan PKR akan menang.

Pilihan aku? Okey je asalkan PAS yang memerintah,bukan DAP.

PROMOSI COMBO SEHINGGA 12 TENGAHARI SAHAJA!

Harini nak offer readers aku special price. Hanya di udezstory.blogspot.com sahaja. Beli Combo Maixara C Sential dan VCOA Treenea sebelum tengahari ni 22/4/2013 hanya RM130! Diulang RM130!

Sehingga tengahari sahaja. Petang harga lain. Pos seluruh Malaysia. Grab now!

Nape nak tunggu untuk cantik dan sihat?

Saturday, April 20, 2013

Semua sebab bateri handphone gila.

Perasan tak aku jarang update dah sekarang. Selalu tu tah pape je pun nak update kan. Hehe.

Bateri fon kembong.

Henset aku ni ade cover kaler purple. Jangan tanya nape purple. Orang bagi aku amik je. Jangan tanya sapa bagi. Korang tau punye. Hehehe ini semua poyooo..

Baiklah. Permulaan masalah bagi bateri ni ialah terlalu cepat dah low battery. Aku caj penuh dah malam tu. Tapi area kol 9,10pagi dah kena caj lain. Pastu sat ja penuh dah. Cabut charger. Petang kol 3 ke 4 caj lagi. Cajjjjjjjj aje...

Bila lepak umah kedua aku pun. Kejenya cari charger. Rumah orang oiii sedar sikittttt.

Aku jarang bukak cover ni so aku tak pasan la yang bateri dah kembung. Walaupun aku sedar bila aku pegang henfon rase macam gemuk sikit. Tak fikir ape. Pastu makcik Normah la yang bagitau. Dia kata enset aku sama problem ngan enset Apit. So masa tu baru bukak belakang enset. Betul la kembong.

Masa kejadian bateri kembung ni agak lama jugak. 2minggu kot. Ingat lagi masa kusus kawin aritu memang stat bateri lowww aje. Kau saja suh aku dengar kusus kawin elok2 eh jangan main kau. Pandai kau eh Y. Tetiba enset ada nama. Haha.

Okey2. Pastu sekali tu aku gi pos barang. Alamat dalam whatsapp la. Aku punya rush la takut lambat masuk ofis kol 2. Sampai Tesco pecut gi cari pos ofis dalam tu.  Jumpa2 amik nombor. Hah korang bole teka eh ape jadi pastu. Ala..:(

Nak cite gak.

Okey pastu duduk2 je Y terus mati. On balik pun sampai display samsung ada bulat kat tepi padam. Ahh sudah. Kena la turun gi kat kete untuk caj. Time is running out. Sambil caj godek2 ketas apa2 tulis alamat customer.

Okey naik balik. Tekan mesin amik nombor. Akak kat situ tengok aku pelik. Biarlah. Sebab aku kalut kot. Tangan dok pegang ketas alamat tadi. Mata dok tengok nombor yang terpapar pada skrin.

Ada sorang kak masuk. Nak gi mesin angka giliran tu. Kat mesin tu ada ketas angka giliran yang dah kuar.2046. Kak tu tekan sekali pastu dia amik la nombor 2046 tu.2047 terbiar di situ. Sekali aku teringat. Aku kobek2 poket takde angka giliran tu. Aik mana pulak ni.

2046 tu la nombor aku sebenarnya. Tepuk dahi.

So bangun dan amik 2047 kat situ. Rugi satu giliran. Tulis alamat ngan yakin. Selesai semua balik. Setel.

Sabtu malam balik kampung. Ayah nak tengok kete pastu repair sikit2. Ahad tu kami beli kek untuk celebrate beday adik 13hb,Alip 21hb dan aku xxhb. Excited nak tangkap gambar kek adik nak masuk dalam blog. Kek spiderman. Dia yang nak sangat. Flat. So takde gambar tu.

Ahad malam aku ke Penang. Kesayangan tayarnya pancit. Tayar spare takde. Kedai tak bukak. So nak pinjamkan tayar spare kat dia. Tujuan ialah Batu Feringghi. Tak biasa drive ke sana seorang,malam pulak. Guna la Google Map. Papago dalan enset ada tapi tak taulah apa prob dia takleh on.

On the way. Ada customer call tanya pasal VCO Treenea. Orang Sungai Petani. Aku suggest la agen Kepala Batas kat dia. Dekat sikit. Tetiba senyap. Dah habisla kak tu ingat aku tak puas ati sebab kak tu nak beli kat orang lain. Padahal aku ok je.

Bila nak update blog je,ada idea, tetiba flat. Maafkanlah ye Potpet Udez.

Sekarang dah tukar bateri baru. Haraplah okey sampai aku berkenan kat phone lain. Which is sangat lama lagi.





Friday, April 19, 2013

Claim duit balik mengundi kat kampung..:)

Bulan depan nak balik mengundi kat kampung. Dah register kat ayah kan.Hehe. Kalau register kat Penang takyah la susah2 nak balik. Tapi bukan pasal mengundi pun memang rajin balik..;p


Haritu makcik cite Ayong kena mengundi kat Bandar Baharu. Kampung diorang dekat sana kan. Jadi dia kata dia dapat la claim.Pastu bagitau pulak balik kampung naik kereta. Jadi dapat RM50. Orait la kan? Naik Viva pulak memang save la minyak. Tol pun berapa sangat. Tak sampai RM10.Kalau aku tak naik tol terus.Lagi jimat.Bukan jauh kan.Hehe.


Pastu diorang suh la aku claim.Katanya pegi claim kat Adun.Ada "meja panas". Aku pun tak taulah apa maksud meja panas tu tapi nanti cari lah kan. Harap2 dapat la barang seratus ke..hehe.. Memang banyak tu pun tiap2 kali balik.Minyak RM30,tol kuar Gopeng RM19.90. Kurang sekupang je pun.



Dah boleh claim harus semangatla balik kan. Tanggungjawab tuh.

Thursday, April 18, 2013

Jawapan tebiu.

Akhirnya aku dapat juga jawapan untuk tebiu last week tu. Tu pun bila pi mintak interview outcome, ter email pada general manager. Huhu!



So I got it. Cuma sekarang ni satu ja problem. Aku nak start keja awal sebulan dari tarikh notis. Camna eh?

Dapat hadiah besday dah. hihi.

 
Selasa malam tu. Lepak umah makcik Normah. Ada tuisyen ngan Apit kan. Ngah tengok TV tu makcik masuk dalam bilik. Pastu dia kuar bawak selendang itam.
 
 
Dia tanya aku,"huda suka pakai selendang kan."Kan memang selalu aku pakai selendang masa jumpa dia. Sampai ada sekali tu aku pakai tudung Indon gi umah Kak Ilah. Pastu Gemok cakap la, "haa kan elok pakai tudung ni. Tengok depa ni (perempuan2 dalam family dia) semua pakai tudung camni. Ni suka sangat pakai selendang tunjuk muka bulat napa."Pastu makcik cakap "ikut dia la nak pakai apa pun..." Backing tuh.Hehe.
 
 
Pastu. Dia suh aku amik selendang ni. Dia beli kat Mekah masa gi umrah taun lepas tu. Masa tu aku baru ja jumpa ngan makcik first time kan. Tapi balik2 umrah tu dia bagi tasbih sampai 3,siap ada tasbih kristal pastu biasala ada zaitun kekacang suma tu. Pastu Gemok cakap Mak nak bagi jubah kat Huda tapi tak tau saiz. Takpela.Takut nanti aku tak pakai pulak kan.Hehe


Aku cakap la,awal lagi ni.Besday minggu depan. Dia suh amik je.
 
Ni la tasbih tu.
 
 
 
So dah dapat hadiah besday dah. Ahad lepas dah potong kek.Siap dah bagi kat Makcik Normah dah sikit.Hihi.
 
 
Happy besday alif+yong. Sebenarnya adik pun celebrate sekali ngan kami sebab dia lahir 13hb tapi dia ada kek lain. Tak sempat capture kek dia. Dia tak puas ati sebab nama dia kami tak tulis atas kek mana2. Nasib la nak spiderman sangat.Huhu.
 
 
Waiting for special present. Sapa la yang nak bagi kat kite kan.Hmm.
 

Wednesday, April 17, 2013

Nak makan KFC Korean baru tu tapi...

Aku dah berapa hari dah mengidam KFC tu. Pastu tetiba semalam blogger Cik Eka boleh pi wat entri makan KFC korean tu siap upload gambor lagi. Arggghhh teman tensen! Huhu

Tadi gi isi minyak jap before ke tuisyen. Pada sesapa yang biasa pi Seberang Jaya taulah kan Petronas dia sambung ngan KFC. Hoi menggugat iman sungguh.

Tapi aku terpaksa control jugak. Sebab? Aku adalah manusia yang tak kuat makan lauk. Kalau bagi aku ayam besar cucur badak pun aku leh makan dengan 2pinggan nasik. Yang penting ada kuah.Tu pun kuah tak banyak pun. Oi motif samakan ayam ngan cucur badak?

Isi2 minyak. Tetiba teringat cheesy wedges. Uii sedap tu. Gemok suka gila cheesy wedges. Tapi dia tensen bila gi KFC ngan aku sebab aku makan kulit ayam ja yang lain aku suh dia habiskan. Aku suka mcD lagi makan burger. Kompem habis. So kami lagi selalu lepak McD dan dia pulak terpengaruh ngan aku suka  makan Filet o fish. Eh terbercerita pasal McD vs KFC plak. Marah Encik Nasir. Huhu.

Okey back to cheesy wedges. Entah kenapa aku rasa cheesy wedges ni sangat tempting harini. Macamla tak biasa makan. Dahla tadi masuk drive thru. Dah bayar pastu boleh nak blah. Tak amik wedges tu. Apakah penyakit aku sekarang ni. Tengokla muka aku tu. Menceritakan betapa bernafsunya aku terhadap cheesy wedges. Muka macam nak cari gaduh "kau ada?" Padahal wedges je pun. Jatuh saham anak dara wat perangai cenggini. Kalau mengandung logik la nak bernafsu gila terhadap makanan kan.

Sambil drive tarik satu yang tak diselaputi keseluruhannya dengan cheese. Pastu dok jeling2 plastik tu bilakah dapat makan lagi yang seterusnya. Haha. Atas jambatan pun sempat jugak. Kegilaan apakah ini? Huhu.

Da habis tu baring2 jap sementara kol 8 sambil taip entri kat phone ni ha. Hoiii rasa nak lagi. Lain kali nak try masak sendiri la. Boleh? Huhu.

WW-My family

Tuesday, April 16, 2013

Rindu pulak kat VCO.

Dah lama tak potpet potpet pasal VCOA Treenea kan. Rindu tak? Hehe.

Tadi bukak official fanpage Treenea. Sebenarnya dah lama jugak la aku tengok. Tapi ni baru teringat nak bagitau. Ada saspens sikit tak? Hehe.

Ada sorang artis pakai VCOA ni! Hah cepat la teka sape!! Hihi..

VCOA world!

Aku ni berkira ke?

Ada sorang pompuan mengandung kat opis ni. Dia officer untuk customer service. Kerja2 dia banyak documentation,gi kastam, gi customer anta barang. Tapi banyak masa lain (bukan aku sorang ja kata) bukak Youtube.Heh.


Dia nak gi maternity leave. Sekarang ni dalam 6-7 bulan kot perut dia tu. So tak lama lagi la dia nak bercuti. Dia ni umur dah dekat 40 tapi first time preggy. Takpela,rezeki masing2. Bukan tu yang aku nak fokus sebenarnya.


Beberapa bulan before, diorang sibuk nak cari part timer untuk wat keja dia.Okey fine jumpa dah sorang. Pastu 2 hari ja terus resign. Dan lepas tu,bos sibuk divide kerja dia pada kami. Part ni la yang aku tak puas hati. Haritu elok2 nak cari part time pastu nak timbunkan lagi kerja. Memang la tak payah mana. Tapi sebenarnya saja ja kan tak nak cari part time sebab nak save cost. Cis sangat. Dahla mula2 aku masuk tu dia dok komplen aku pastu sedap ja nak bagi kerja kat aku.


Before ni masa aku keja manatah,ada orang bagi advice kat aku. Kalau orang bagi kerja kat kau jangan ia iakan sangat. Sebab kalau tak habislah kau kena buli. Semua kerja pun nak bagi kat kau. Ni aku tak setuju tapi aku takleh watpe. Sangat ketidakadilan di sini. Pffft.


Pastu kan,aku ni dari pagi sampai lunch memang busy ja untuk shipment.Memang kalau ada masa pun lehla blogwalking sikit2. Sapa yang aku sempat blogwalking tu memang bertuah la.Kahkah. So multitasking. Tapi tapi tapi tadi aku memang tak bukak blog pun.Memang banyak nak kuar hari ni. Time tu gak la dia sibuk nak mengajor. Pastu after lunch aku kena send macam2 kat bos la,customer la,macam2 okey.Pastu ada shipment lagi,esok punya barang nak kuar pagi. Pastu nak kena invoice la macam2. Pun dia datang jugak. Dah tu yang menimbulkan kemarahan aku ialah, akak tau huda banyak kerja tapi bla bla bla. Nada dia macam perli okey! Aku memang banyak kerja kot! Memang aku tak cukup rest sekarang ni. Semalam pun berapa banyak kali terjaga walaupun ngantuk sesangat. Tidur sangat tak berkualiti okey. Okey jangan mengeluh tapi dia ni memang bikin panas.


Oh please la miracle come to the rescue!Aku memang taknak wat keja dia!

Monday, April 15, 2013

Macam ustazah.

Haritu aku pakai baju kurung gi tebiu. Balik dari tu aku singgahla umah makcik Normah. Umah kedua dah kan.

Pastu anak makcik Normah tu. Ala yang aku selalu sebut dulu tu tanya napa aku gi tebiu tak pakai kemeja. Kan gi tebiu untuk keje lasak. Aku cakap sebab aku malas nak iron kemeja. Baju kurung dah aku gosok awal. Dia cakap aku macam ustazah. Uit?

Teringat masa mak aku cuti bersalin adik bongsu dulu. Mak aku kan ustazah sekolah KAFA. Masa tu aku 2nd year balik cuti sem. Area hujung April 2008 la. Balik2 tu mak aku masuk sepital untuk ikat. Mak aku bersalin adik bongsu umur 44 dah kan. Disebabkan aku ja available, adik bawah aku baru habis SPM gi PLKN masa tu,sorang lagi adik pompuan tu macam tak leh nak jaga sangat. Baru 14. Takpela bukan susah pun. 2hari ja. Aku kena jaga adik kecik ja pun. Yang susah part dia mandi la. Sebab dia takut sejuk. Masa mandikan dia tu dia jerit macam kena dera. Apa lah badan besar tapi takut sejuk. Haha.

Pas mak aku kuar sepital dia rehat lagi kat umah. Dia suh la aku ganti 2minggu. Sebab budak ngah nak exam tengah taun so tak belajar sangat Masa tu budak2 cakap. "aik, muka macam ustazah tapi yang ni muda la pulak" Pastu memasing sibuk nak panggil aku ustazah. Aku cakap la jangan! Panggil kak Huda ja. Hihi.

Sebenarnya aku aja tuisyen ni pun aku dok gelar diri aku kak. Tapi diorang yang dok panggil aku cikgu. Layankan saja. Huhu.

Selalu kat mana2 pun orang selalu ingat aku cikgu. Sebab nampak lembut kot? Ehehe. Masa keje Honda pun aku kira cikgu jugak. Sebab? Asal budak baru masuk Honda ja,atau staff baru yang kena masuk training kat AF ja mesti aku yang kena bagi Safety Training. Tu tak masuk kalau ada issue safety pun kena bagi training jugak.

Sekali tu bagi ceramah kat Gemok. Dia sengih2 kat belakang. Begitu juga kawan2 nya. Habis trening ja masuk opis. Aku cakapla kat orang2 dalam opis tu yang aku nervous sangat. Bos aku tak paham. Dia ingat lain. Lantakkan. Huhu.

Mak aku pernah suggest aku jadi cikgu KAFA dulu. Keja takla susah sangat,cuma tanggungjawab la kan. Keja 3 jam ja. Petang. Tapi tak berani la nak amik risiko. Sebab keja ni permanent takleh nak lompat2 keja.

Dulu masa muda sikit pakcik aku bekas TUDM tu suggest aku jadi KAGAT. Kira ustazah la sikit. Hoho.

So apa pendapat korang? Ustazah Udez? Hoho.

My ex-boyfriend is on Versus 2nd season!

Wah ex boyfriend gitu.Perlukah begitu teruja mengenai ex boyfriend?Huhu.
 
 
Okeylah memperkenalkan pakwe lama ku:
 
Kristal!
 
 
Razlan.Yang tengah,yang dah ada anak dua tuh.
 
 
 
Aku try cari maklumat pasal line up baru diorang ni tapi tak jumpa. Tapi aku tengok ada dua orang tu seiras ngan pakwe aku (razlan) maka mungkin adik dia la kot. Yang kiri sekali ngan yang dua dari kanan tu. Rodi (dua dari kiri) ngan Acap (kanan sekali) tu adik beradik gak. Tak mustahil lah kan.
 
 
Jangan tak tau,email first yang aku buat ialah huda_raz@yahoo.com. Gila tak gila Kristal masa tu.Huhu. Jangan silap paham ye,Razlan tak pernah kenal dan tau kewujudan aku pun.Hahah

Birthday Udez ke-24.

Dah nak masuk umur 25 sibuk nak cite besday tahun lepas pulak.Tak sanggup terima hakikat pertambahan umur lettew..Hikhik.


Sebabnya semalam aku gi tempat yang aku celebrate besday aku tahun lepas tu. So teringatlah kononnya. Ecewah. No pic.


Masa besday aku tu hari Selasa.So kebarangkalian untuk celebrate bersama family adalah hampir 0%. Sebab Selasa nak balik hari adalah tak mungkin kecuali Isnin cuti kan. Takpela,redha je celebrate ngan Gemok.Eh?Hehe


Kebetulan best ialah dia kerja pagi.Means leh la celebrate bersama.Oh sambil taip sambil sedih. Napa nak ingat kenangan lama walaupun best kan?Ehehe. Takpela cite je. Masa ni kami dah lain tempat kerja. One Friday tu(few weeks sebelum besday aku) masa mula keja BHL member ajak makan luar. Friday kan. So makan kat Taman Inderawasih. Masa tu diorang cite pasal besday ke apa so suddenly aku teringat la nak tanya Gemok pasal besday aku. Dia ingat ke tak kan. So aku mesej dia berbunyi,


"Orang nak bagi satu teka teki ni.Nak uji kasih sayang"

Blueekkk.Muntah sangat kan mesej kekasih2 ni.

"Apa dia?"

"Ingat tak besday orang bile?Takleh bukak Facebook tengok tau!"

"Takkanla tak ingat besday orang tersayang... ** April kan?"

"Hehe"

Muntah hijau lagi.Hakhak. Padahal dalam hati bunga2 tulip dah kembang dengan cerianya.

Okey takpe.Kite tunggu hari tersebut. Tengok betul ke dia ingat atau die sempat gi check Facebook tengok besday I.


Beberapa hari sebelum dia gi Cameron dengan family dia.Pastu dia sibuk cakap nak jumpa nak bagi barang. Mula nak bagi aku strawberi tapi dah habis kena makan. Okeyla I tak berapa suka pun strawberi.So hari kejadian dia cakap nak jumpa aku petang tu.Dia cakap nak jumpa ja bukan dating. Okey so balik keja aku gi terus la rumah dia. Sebab masa tu aku macam majuk la dia tak ajak dating pun so saja perli dia pegi umah dia amik barang tu. Sampai rumah mak dia kata dia takda. Ok fine memang majuk terus. Terus balik umah. Sampai ja umah tarik handbrake dia dok kol. Aku biar ja.Sakit hati. Caj phone terus gi mandi. Biarkan dia.


Habis mandi dia ada mesej dia kata dia dah kat bawah.Aku intai ja tapi intai dengan minimum supaya dia tak nampak aku. Takpe biarrrrkan. Aku pun siap ala kadar turun. Pakai comot2 ja sebab kata nak bagi barang je kan. Turun2 dia cakap "camni ka nak kuar?" Aku angkat kening ja. Pastu dia bukak pintu belakang keta dia kuarkan ini.


 
 
Okey majuk lagi. Tengok sebelah mata ja. Pastu dia start enjin dan kami pun gi la menuju ke Penang. Dengan comotnya. Lantakkan. Protes. Pastu dia macam terasa la sebab aku wat tak heran ja hadiah dia tu. Okeyla tak nak majuk lama2 aku pun amik bantal tu peluk. Aku dahla memang suka benda leh peluk2 ni. Sajaaaa taw.Kehkeh.
 
 
Pastu gi Perangin Mall sampai la dah kol 10 kot baru gi makan. Makan kat tepi laut tu la. Oh I like.Laut ngan tasik mampu buat aku tenang.Except when I'm in it.Hehe. Tapi sebab lambat sangat baru dapat makan rasa nak merajuk balik.I seorang yang pentingkan perut tahu.Hehe. Apa2 pun,okey la besday tahun lepas tu.



Tahun ni? Tak tau lagilah. Sapa pulak kan nak celebrate special untuk aku.Melainkan tetiba ada secret admirer..;p Ok impossible. Wish me luck! Hihi

Nak putih dan flawless dalam masa 7 hari?

Amboi,berani diorang eh tulis camni untuk promote Maixara C-Sential. Walaupun aku jual Maixara jugak,tapi aku tak tulis ayat camni kan semata-mata nak tarik pelanggan. Walaupun memang ramai dah berubah jadi lebih cerah dan kulit lebih licin lepas consume Maixara nih. Oh,aku tak boleh jadi contoh sebab aku ni alergik pastu tak pantang belacan pun maka makan apa pun susah lah.Patut lebih berdaya tahan terhadap godaan belacan..=.='



 Baiklah, kepada yang banyak jerawat,blackheads,whiteheads,kulit tak sekata semua pun boleh guna produk ni! Sebulan baru RM49.95 je..:)


Oh ya, kepada pelanggan-pelanggan Udez, ada harga istimewa. Tapi kena pm saya dulu la harga tu okey? Thanks a lot! xoxo

Saturday, April 13, 2013

Harini exam PTD.

Hoii busy week kot. Berapa entri ja aku publish minggu ni? Huhu.

Okey first aku maafkan battery phone yang loop. Kena maafkan sebab dia dah berjasa setahun dengan aku. Tua dah Y aku ni. Masa untuk mendapatkan Tab. Haha.

Second nya aku maafkan adik yang bertunang Ahad lepas yang membuatkan aku busy.Sebab aku dapat cincin! Haha. Orang tak biasa pakai cincin kan. Emas lak tu. Huhu.

Third yang ni takleh maafkan. Accident ngan lori sawit. Haram nak bayar.Aku doakan bisnes korang berjaya eh. Kat sini bole lepas la kan. Akhirat tak tau. Try la bayar masa tu.

Fourth aku maafkan orang yang tolong lekatkan balik side mirror aku. Eh apa pulak ni? Hehe thanx ye. Bolehla aku bergerak dengan aman.Hoii dua dua side mirror jatuh kena lori apa kes? Bulan 1 kat Cameron pun sebab lori gak. Side mirror gak. Yang depan leh polish takpe. Side mirror kena ganti. Kurang2 sebelah RM200 gak. Dua belah? Arghhh shadap you udez.

Fifth ada tebiu lagi. Satu dengan kilang kat Bukit Minyak petang Khamis tu. Dok penang lagi aku. Satu PTD ni la. Dapat salah satu ni pun takpe. I redha. Hehe.

Sixth tambah student lagi. Sekarang ada 6 la student. 2 pompuan 4 lelaki.Masyuk ke? Alhamdulillah, baik aku kejar saham akhirat daripada nak bayaran mahal2 kan. Yang diorang mampu la kan. Tolong anak Melayu Islam. Diorang pun tolong aku taw! Exam PTD kan ada Math. Kalau aku tak ajar diorang ni akankah aku ingat mod median semua tu? Huhu. Alhamdulillah satu ja soalan tak dapat tadi. Banyak macam soalan PTS darjah 3 dulu aku rasa(aku budak lompat kelas).Aku rasa soalan tu salah. (Berani kau kata salah Udez?) haha. Jangan2 betul tapi aku yang tak paham. Soalan dalam bahasa Melayu kan. haha riak tak baik.

Okey2 aku patut stop. Aku nak makan sebenarnya tapi tak tau katne so redha jelah makan roti. Pagi sebungkus tengahari sebungkus. Ingat nak gi tengok bateri henset baru. Ke terus tengok Tab? Macamla mampu.