Mari join..:)

Saturday, March 23, 2013

Yaman vs Malaysia.

Tengah tuisyen tadi aku leh tanya student aku. "Malam ni malaysia lawan yaman kan? Ada live tak?" student2 aku ni memang suka bola. Dah tiap kali tuisyen dok pakai jersi. Sorang tu baju kelantan je. Kg kat kelantan. Sorang tu tak la pakai baju Perak walaupun kg Perak. Kalau tak bole jadi kenegerian di situ. Huhu!

Habis ja tuisyen kak Ani(mak student) datang sembang ngan aku. Anak dia terus bukak tv tengok bola. Meja tempat kami tuisyen tu memang menghadap tv. Masa tuisyen memang tak bukak la tv tu.

Masa tu dah minit ke 83. Tengok Malaysia 2-1. Perghh. Tapi dalam masa yang sama takut sebab haritu hoki lagi 10saat Australia leh sumbat satu gol. Terus kalah. So sangat takut. Dalam sembang2 tu mata sayang gak nak lepas screen tu. Sempat gak usya ex aku Fadhli Shas tu. Cewah suka ja denote ex padahal kenal kau pun tidak. Kahkah.

Alhamdulillah menang jugak. Harap lepas ni terus menang la. Aminnnnn.

No comments:

Post a Comment