Mari join..:)

Friday, March 29, 2013

Udez nak kawen???

Jumaat gaji. Pastu teringat apa nak buat Sabtu Ahad ni. Dah 4 minggu berturut balik kampung minggu ni mak cakap jangan balik. Sobsss.

Zupp dapat idea. Kawin!!!

Op op.. Tunggu dulu. Bukan kawin tapi satu proses untuk ke kawin iaitu kursus kawin..deng deng deng (dengan gaya dan suara Belt The Croods)

Mak aku berkurun dah suruh gi. Masa Gemok mula2 ajak kawin dulu aku yang belum matang ni macam kena electric shock pastu google apa nak buat sebelum kawin sebab malu nak tanya orang. Mak aku pulak suruh sebab katanya kalau tetiba nak kawin nanti senang. Asal ada banner kursus kawin je dia tunjuk. Adoiyai...

Pagi semalam tetiba macam dapat seru. Terus google nak cari yang leh daftar online. Sebab nak gi pejabat agama tak sempat kan. Tengok2 Hasani bole daftar online. Bayar online. Perghh senang. Gi ja www.hasanikursuskahwin.com.

Hasani ni kursus dia ada 4 cawangan. Ipoh(dekat Medan Kidd), Kamunting, Sungai Petani, Kulim. So aku pilih Kulim. Dekat sikit dari gi S.P. Lagipun senang aku nak gi tuisyen terus balik tu. Save minyak punya pasal.

Jadinye today is the first day. Nervous. Janganla orang tanya aku ni da bertunang belum. Sesungguhnya aku tidak ada! Huhu

Aku rasa sume yang nak gi pun nervous kan. Sebab seumur hidup gi sekali je kan. Mane de orang gi banyak kali. So normal lah aku ni. Hehe

Will update later about the course.*wink wink*

No comments:

Post a Comment