Mari join..:)

Friday, March 8, 2013

Udez dan sambal belacan.

Aku kalau makan nasi campur mesti nak ada sambal belacan.Sebab lauk selalunya tak pedas kan. Bila tak pedas rasa loya ja makan especially kalau ayam masak sambal. Tapi ayam sambal kenduri aku suka. Hihi. Bila la ada orang panggil kenduri hidang lauk ni..selalu jumpa ayam goreng je
 

Aku kalau buat sambal belacan aku suka yang rupa macam bawah ni.Pastu aku bancuh air asam jawa tu banyak sikit air nya sebab aku suka buat macam kuah. Tapi tak la ceroi sangat. Kira sedang2 saja.

 
Credit to:sumptuousblog
 
 
Masa praktikal Canon dulu hari2 mesti ada sambal belacan. Sampai akhirnya aku dapat gatal2. Bintik2 merah naik kat badan. Tangan,lutut banyak gila. 2 doktor jumpa, in-house clinic ngan klinik luar, dua2 bagi ubat tapi takde kesan pun.Pastu aku syak sebab sambal belacan.Memang hari2 aku pulun kecuali tetiba teringin makan sizzling kat kantin tu. So aku assume sambal belacan punca dan aku elak sambal belacan beberapa hari. Tapi tengok cam takde beza. Last2 gatal2 tu hilang sendiri.Aku pun tak sedar bila. Tapi rupanya daripada sengaja tak makan seafood boleh jadi alergik pulak.
 
 
Masa Unimas tak jumpa pun sambal belacan yang kena ngan tekak.Rasanya boleh kata hari2 lauk aku ayam masak sambal kicap. Memang tak miss. Walaupun boring tu jelah lauk yang sedap di tekak.Ayam masak kurma aku memang tak suka.Gulai lemak cili padi mana nak cari?
 
 
Masa honda pun sama. Hari2 lauk sama,tapi sambal belacan tak lupa. Sampai sekarang pun. Sebab aku jenis wajib makan nasi.Kalau makan mi goreng takkan nak buh sambal belacan lak kan. Pastu aku sedar sesuatu.
 
 
Aku ni ada la resdung sikit. Kalau orang yang resdung dia kuat, dia pagi2 akan berhingus,bersin2 kan. Aku takde bersin2. Tapi memang berhingus sikit. Jadi memang tiap kali mandi pagi mesti buang hingus. Pastu dah tau ada resdung kan,hari2 nak jugak sambal belacan kan, sekarang jerawat memang dok ada kat pipi ni. Dulu clean and clear jugak lah.Kalau ada pun jerawat nasik. La ni,amboih. Aku ni pulak jenis jerawat tumbuh payah nak surut. Sebab aku jenis tak picit,buh ubat pun tak. Dulu masa matrik penah la membe tolong picitkan. Sebab dia geram. Pastu jadi luka. Malu nak pegi kelas masa tu.Nyesal seumur hidup. Ecewah. Padahal takde dah kesannya pun.
 
 
Bella masa tu bebel gile kat aku jangan picit jerawat. Muka dia flawless sangat sampai sekarang. I is jeles.
 
 
Sekarang ni, aku dalam proses menghindari sambal belacan dan adik beradik beliau. Semoga berjaya.
 
 
 
P/s: ada tips buang blackhead pada hidung?
 
 
 

No comments:

Post a Comment