Mari join..:)

Thursday, March 28, 2013

Aku nak bunuh orang yang buat The Croods!



Petang tadi masa nak balik keja decide nak gi Jusco tengok wayang. Rasa macam nak tengok The Croods. Dah banyak kali tengok iklan dia tiap kali nak start wayang. Best ke sampai kat US punya gila orang tengok. 


Sampai umah mandi solat. Ingat nak gi Jusco after maghrib je. Malas nak solat sana. Sampai Jusco kol 8 gak la. Macam la jauh sangat padahal tak sampai 10minit pun. Traffic lite ja yang lama. Amboih intro.


Sampai kaunter 8.04 aku dah rasa macam tak sempat je nak tengok sebab wayang start kol 8. Dulu konpiden kalau kol 8 mesti tak on time. Sekali tu tengok Sherlock Holmes kol 2. Cakap dengan Gemok "ala mesti tak start on time la" Dia pulak kate "eh,mestila start on time" Pastu masuk2 wayang je dah start.Beli makan pun tak sempat.Pastu Gemok kuar jap belikan sosej sebab aku kelaparan. Nasib tak kena bebel.Kahkah. Eh tetiba nak sebut dia kan.

Pastu tanya ja budak kaunter da start lum. Dia kata ngah iklan. Hah bolehla. Macam ada jodoh ja nak tengok The Croods. Dapat tiket terus ja masuk. Penuh gila tempat duduk! Selalu aku boleh pilih2 sukati nak dok mana,harini aku kena dok sebelah orang. Dahla baris H. Takpela janji bukan kena masuk tengah2.Segan kot.


Iklan serius lama. Aku beli McD tingkat bawah pun sempat.Cis sangat. Tengok budak2 ramai baru teringat sekarang cuti sekolah patutla ramai. Takpalah. Peduli ja. Budak2 sebelah aku budak2 Cina dalam sekolah rendah kot.Yang sebelah aku tu punya segan nak dok sebelah aku.Sampai gi tukar kerusi.Macamla aku nak ngorat dia.Budak laki kot!


Wey,kenapa lawak sangat cita tu?????Aku rasa memang perut hampir pecah gelak.Dahla datang sorang.Gelak macam apa pulak. Buat segan je. Kartun dia memang stail. Pastu elemen lawak yang banyak sangat tu buat rasa 1 jam 40 minit (agak je) tak terasa pun. Sedar2 dah habis.Tapi ending dia macam tak best la. Macam simple sangat. Tapi ok la,kira berbaloi la RM6.Hekhek.


 
The family.
 
 
 Ayah yang gagah.
 
 
Mom.
 
Nenek Eep. Yang kelakar ayah dia macam hepi kalau nenek ni takde. Banyak part kelakar pasal ni je.
 
 
 
Eep (heroin) dan Guy(lelaki asing). Guy ni lah yang tolong family The Croods ni berubah.
 
Thunk ni adik Eep or abang. Rasanya adik. Sangat penakut pada mulanya. Last okey dah. Dan agak bodoh2 sikit.Meat Head kan.
 
 
Sandy ni adik Eep paling kecik. Masa diorang memburu,paling lawak sekali ialah bila ayah dia cakap kat mak dia "Release the baby!" 
 
 
 
Ni nama dia Belt, Guy punya pet. Comel gila. Lagi2 bila dia buat bunyi "deng deng deng.." Comelllll sangat.
 
 
 
 
Sapa tak tengok lagi,gi la tengok. Best sangat!


No comments:

Post a Comment