Mari join..:)

Thursday, March 21, 2013

Tak pernah gi Zoo.

Haritu masa teman mak gi Teluk Intan sebab mak nak tempah piala untuk hari Penyampaian Hadiah,adik sibuk nak beli buku. Sekarang dia memang suka buku,mainan dah kurang dah. Jadi haritu beli dua buku, Huruf Besar dan 123. Standard la buku budak tadika kan.


Masa buat buku tu dia rajin kaler gambar je. Tulis tak la sangat. Tapi taulah budak tadika. Kucing pun mukanya kaler biru.Huhu. Pastu dia kaler zirafah. Dia tanya aku "ni kaler ape yong?" Dia warna kenal la. Huruf ngan nombor tak. Aku cakapla warna owen. Dia pun kaler habis suma badan zirafah ngan kaler oren tu. Zirafah kan ada part badan yang kaler putih. Aku cakapla kat dia. Adik ni,tak penah tengok zirafah ke. Tak penah gi zoo? Adik jawab "hurmm..tak penah.." Pastu aku tanya "nak gi ka?" Mestila kata nak kan...


Aku dah memang sejak darjah berapa dulu tak pernah gi zoo dah. Sunway Lagoon aritu la last tengok2 binatang. Tu pun aku gi ngan sepupu2 dan adik pompuan umo 23 tu. So sah2 la memang adik tak penah gi zoo jugak. Sian dia. Aku dulu gi Zoo Negara pun pakcik2 yang bawak.Merasa la gi 2-3 kali. Zoo Taiping tak penah gi lagi.



 
 
 
 
Masa balik dari kenduri membe matrik Ayu kat Changkat Jering taun lepas, aku ngan Fizah decided nak gi melancong kat Taiping. Dua2 orang Perak tapi Taiping pun tak pernah explore. Nampak sangat Perak ni besor (alasan baikkk punya). So masa tu kami gi Muzium Taiping dan singgah Kuey teow Doli yang femes tuh.
 
 
 
 
Eh ni nak cite pasal zoo ke pasal taiping?hehe. Yang penting masa tu aku ngan Fizah ingat nak gi zoo tapi memandangkan pakai baju kurung (rasa aneh) pastu takut hujan pulak maka tak jadi. Melepas.
 
 
 
Aku ingat cuti sekolah ni nak bawak adik gi Zoo Taiping. Tapi malas la pulak gi time ramai orang. Cuti sekolah mesti ramai kan. Walaupun rasanya zaman sekarang orang dah tak berapa layan zoo pun tapi mana la tau kan. Tapi tak final lagi. Sedang memikir. Ada tak tempat lain yang boleh tengok binatang tapi bukan zoo? Lost World of Tambun out.
 
 


 
 
 

No comments:

Post a Comment