Mari join..:)

Friday, March 1, 2013

Siapa kata nak gi Mekah kena ada banyak duit?

Tadi singgah masjid jap kebetulan ada ceramah.Ustaz tu sebut pasal solat di Mekah pahalanya begitu besar. Terus teringat kes mak ayah aku.

Masa tu aku balik kampung.Mak ayah aku dok sebut pasal kursus umrah.Ayah pon pesan suh aku balik kampung tengokkan adik. Aku heran la.Bila pulak mak ayah aku banyak duit nak gi Mekah ni?Seingat aku mak aku kata duit Tabung Haji pun ada berapa je.

Tapi aku tak terus tanya. Kecik ati diorang nanti.Aku siasat dulu.Atas meja kerja ayah ada banyak surat,fail,borang dan segala macam dokumen. Macam wakil rakyat dah aku rasa.

Ada satu surat dari ofis. Dalam tu bagitau ayah aku dapat gi umrah dengan mak aku. Sepupu ayah aku pun gi jugak dengan laki dia. Macam dulu2 ayah aku ada jugak gi Medan,Phuket ngan Haatyai company bagi.Tahun tu dapat gi umrah pulak.Lagi la bagus kan. Kerja kampung pun leh gi melancong merata.Kami ni ja tak merasa.Huhu.

Mak pun cakap.Tak sangka dapat peluang gi umrah.Kalau ikut kemampuan memang takdela. Mak kata,"Allah dah panggil..."

Azam adik aku yang form4 tu cakap ngan mak, dia nak hantar mak ayah gi haji dulu baru kawen.Manly tears terus kuar.Hukhuk.

No comments:

Post a Comment