Mari join..:)

Tuesday, March 12, 2013

Shopping barang hantaran.

Haritu gi ipoh sebab mak nak beli barang untuk hantaran adik aku. Bukan hantaran aku taw. Orang yang nak kawen tu tak balik2 pun. Warna tema ke ape ke dia serah kat mak je. Bertuah la mak muda lagi.

Shopping sampai Jalan Kuala Kangsar tu ada kedai nama HKK dan SKK sebelah2. Kami pi SKK tu dulu. Masa tu la nampak bekas cincin ni. Oh I is berkenan okey. Silver ialah warna selamat sebab leh campur ngan ape kaler pun. Contoh kalau ko dah beli ni siap2 kan. Pastu tetiba nak wat tema pink. Haa hentam je taruk bunga kaler pink ke kat hiasan dia tu. Cewah. Budak tadika pun tau tu.

Eh sebenarnya kat situ takleh tangkap gambar. Tapi aku tau pun lepas aku dah tangkap gambar tu. Tapi gi kedai kedua tu pun lebih kurang je design tu so rasanya ni bukan design eksklusif pun.

Gi kedai HKK tu lagi besor dan lagi banyak benda. Tapi sebab dah beli maka datang window shopping jela situ kononnya. Tapi mak beli lapik semerit pulak situ.

Masa tu adik yang baru bangun tido ikot aku masuk. Dia nampak bekas cincin cam tadi tu kaler pink. Dia cakap tu aku punya. Wat? Pink? Tak berkenan la. Light pink ataupun bahasa melayunye samor aku suka. Tapi untuk warna tema aku nanti tak taulah. Kalau bakal laki nanti kulit ala razlan kristal (oh pakwe lama) sianla dia pakai pink. Kahkah. Teringat pulak dulu aku suka laki warna kulit tu. Sekarang dok layan korea je tak taulah kan.;p

Oh. Adik aku dok sebut pasal barang langkah bendul. Katanya nak bagi cincin ngan baju la ikut adatnya. Aku cakap aku nak duit. Sampai dia kata takyah la dia kawin kalau camtu. Haha. Takdela. Aku redha je dapat apa pun. Cincin aset apa. Tak nak pakai simpan jela kan. Ada guna tu*niat tersembunyi*.

Masa sibuk tengok mak beli barang, mak pulak dok tanya pendapat aku mana cantik sampai orang kedai tu ingat aku bakal pengantin *jatuh saham I* aku sedar betapa gila kentangnya persiapan kahwin. Aku tengok kotak untuk door gift tu. Yang simple je pun 100=RM100. Kalau seribu? Mungkinla dapat kurang tapi tak kan la leh dapat sampai 50% ye dak?

Semerit mak beli satu RM12. Lapik semerit.Bunga2. Reben la apa la. Dah 2ratus lebih.Baru benda remeh2 camtu. Nanti nak tempah kad kawin dah kena pikir design pulak. Kalau ikut jiwa kedekut sejak azali aku ni,aku bagi yang fotostet je banyak. Yang lawa buatla 50 ke. Kahkah.

Ni untuk bekas hantaran je. Tak beli lagi benda yang nak letak dalam bekas tu. Tapi untuk tunang ni barang makan je mak kate. Nanti hantaran kawin baru la beli Quran etc.

Pastu. Mak ada jugak cakap ngan ayah. Dia kata kalau ikutkan dia tak nak bagi adik aku kawin lagi. Sebab adik aku pun baru keje berapa bulan je. Kurang2 bagila simpan duit dulu sikit.

Aku takut pulak dengar. Yelah,sebab mak ayah berat hati nak lepas anak boleh jadi penyebab anak berat jodoh. Sian bakal adik ipar aku tu. Ecewah. Sian bakal adik ipar tapi tak sian kat adik sendiri. Nampak sangat berkenan kan.

Aku harap cepatla diorang kawin. Aku takla rasa apa pun sebab memang aku nak adik2 pompuan aku kawin cepat tapi rimas jugak bila orang bertanya. Siap nak tengok gambar boipren la. Hmm. Doakan adik aku eh korang..:)

1 comment:

  1. HKK tu dekat mana ye? SKK saya tahu. Yang HKK tu tak nampak pulak.

    ReplyDelete