Mari join..:)

Monday, March 11, 2013

Sejenak di alam angker bersama Udez.

Pagi2 Isnin nak cerita seram kan. Layan jela.


Ni nak cite pasal kisah seram yang dialami Udez dan diceritakan oleh mangsa kepada Udez di highway.


Start dari kisah mak student aku. Dia ni asal orang Ipoh tapi kerja di Penang. Husband dia kerja oil&gas kat Lumut. Dia stay kat Penang dengan anak2 dia.Aku habis tuisyen dalam 9 lebih. Kadang2 tu balik dari tuisyen aku terus shoot balik kampung. Bila dia tau aku selalu balik malam,dia pun bukak cite.



"Kak Ani (bukan nama sebenar) biasa kena tindih. Kalau tidur tutup lampu,jap ja benda tu datang dah kat kak. Kak ni jenis lemah semangat. Biasa kena kacau. Kalau lalu highway pun kak biasa kena. Kat terowong Menora tu, ada satu volkswagen kaler kuning selalu ada,dia bawak slowww ja pastu tengok takda driver pun. Kalau ikut jalan biasa dekat area Kuala, (nama tempat tak ingat pulak tapi dia area tepi highway) ada satu pokok besar kat situ pun biasa kena kacau. Masa balik dari Cameron ada satu motor kapcai dok ikot kereta kak. Dia tak betul2 kat tepi tapi kak boleh nampak dia dari side mirror. Kak pecut punya laju tapi dia still kat situ padahal kapcai je.Dahla jalan Cameron kan."


Oh I is seram sangat. Aku memang biasa balik malam or tengah malam. Biasa sampai rumah 4 pagi. Jalan highway ka jalan lama dua2 ada pulak tu. Do I have another choice?Huhu. Sebelum ni aku penah eksiden sendiri kat Beruas. Masa tu nak balik Penang. Area kol 10 malam. Cermin belah kiri belakang pecah. Masa langgar tu aku tak pasan apa yang aku langgar sebab kereta aku berpusing. Dan aku tak berani turun. Ingat nak straight je gi Penang. Tapi pastu rasa seram pulak sebab cermin pecah kan.Nanti nak tunggu esok nya nak repair takkan nak bior cango je kan. Takut2. So call ayah and ayah suruh patah balik.Masa patah balik lalu jalan tu dan aku berhenti untuk tengok benda yang aku langgar.Terus naik bulu roma okey. Jalan tu memang lengang selalu ada lori ja malam2. Area situ ada 2 bijik rumah tapi aku yakin diorang tak dengar ape2. Sejak tu tak pernah lalu situ dah.



Kisah 2. Kisah aku. Aku selalu balik pagi dari kampung ke Penang. Selalu tido rnr. Haritu aku tido kat RnR sungai perak, kat parking dekat ngan Petronas tu.Tepi hutan tu. Aku tau aku tidur.Pastu dalam mimpi tu aku tersedar sebab ada orang bukak pintu kereta. Pompuan.Macam mak aku. Pastu cakap2 apa tah. Pastu aku nak toleh kat mak aku nak tengok takleh. Pastu aku mimpi apa tah sampai last2 dalam mimpi tu aku bangun dan mulakan perjalanan balik.Pastu aku drive tapi jalan tu macam pelik sebab dia pusing2 ke arah rnr balik.pastu aku macam takleh control kereta. Macam kaki dengan clutch+minyak sangat jauh. So bawak keta gelong2. Pastu last2 dah dekat sejam "berperang" baru aku mampu bangun untuk teruskan perjalanan.Oh scary.


Malam Jumaat balik dari tuisyen aku terus balik kampung ikut jalan biasa sampai Changkat Jering baru masuk highway. Aku dah ngantuk sangat. Terlelap sambil bawak kete. Dahla area sebelum tol Jelapang tu kan biasa orang eksiden. Sikit lagi tau. Takut2.So aku kuar tol Jelapang dan tidur kat parking area toilet/surau dia tu.Sampai 3 lebih baru jaga.Tak rasa takut sangat sebab ada orang walaupun tak ramai.Lagipun da ngantuk sangat.


Aku citer kat ayah aku semalam. Aku kata aku tidur tol jelapang tu. Dia bagi tips. Nak tau? Kalau tido rnr,ke tepi highway ke jangan terus tido. Benti kete. Pejam mata sat.sat ja. Tengok apa yang jadi. Kalau rasa tak kena ja, haa alihkan kereta ke depan sikit. Ke depan je takyah susah cari parking len.Pastu ulang balik cara tadi. Sebab? ayah aku kata tu kan tempat laluan depe. Kalau kita tido "tengah jalan depe" nanti depe marah la kata apahal kita tido tengah jalan ni. Oh scary sangat.


No comments:

Post a Comment