Mari join..:)

Monday, March 4, 2013

Rindu kampung.

Tak habis2 rasa lonely kan. Kadang2 aku suka hidup camni. Sebab kalau meriah pun rasa serabut plak kengkadang. Aku pulak yang menjauh nanti. Tah pape.

Dok umah 3 hari. Rasa puas la jugak. Syok ada Adik. Dia selalu mintak aku lukis. Ayat dia camni "yong ukih buwung yong.adik tak eti arr..","yong ukih ucing jap" pastu wat duck face. Pandai dia.

Yang kelakarnya dok suh aku. Yang memang tangan tak berseni ni.

Dia pakai satu baju angry bird ni. Depan tshirt tu dah hancur skit. Dah lama kan. Pastu dia cakap "yong baju adik dah buwuk ar..beli aju bawu kat adik yong.."

Haritu jalan kat pesta lumut yang sabtu tu kan. Kan kami gi tu dah start panas. Adik aku no.4 tu tanya adik tak nak topi ke?panas ni. Terus dia mintak. "yong eli topi yong.adik panas arr.."

Pandai mintak budak ni. Selagi tak dapat muncung je.

Gemok cakap kami sama perangai. Sebab masa kami keluar bertiga dulu adik aku ngantuk2 pastu tertido kat belakang. Pastu kami kejutkan sebab nak makan tengahari. Dah tu gi pekan Teluk Intan balik pusing2 bazar dekat menara condong tu. Sampai gerai mainan aku belikan la satu. Terus tak bad mood dah. Terus Gemok kata kami sama. Selagi tak dapat muncung.Cis sangat. Dia pun sama ngan adik dia. Suka tak caye ape aku cakap. Mencik. *Gedik sikiiiiit*

Haritu dalam beg aku ada sepeket megi kari. Dia kerepeh beg aku jumpa la. Pastu boleh dia cite kat mak aku. "Mak dalam beg yong ade megi. Satu jeee"  Huruf e dalam je tu die sebut macam sebut perak. Dia ni suka sangat megi,mi dan sewaktu dengannya. Pedas pun dia taram je pastu nangis kepedasan.

Kalau aku nak balik Penang masa dia tak tidur. Macam sedih je aku tengok(ke aku yang sedih?). Tu la kengkadang aku lagi suka balik masa dia tido. Sebab aku selalu rasa berat hati.

Kengkadang aku rasa nak balik keje kat kampung. Semata2 sebab adik je. Tapi ade gak bestnya tak dok kampung. Bila lama2 kat umah nanti ade je yang tak kena. Dulu ayah selalu suh aku cari keje kat kampung. Siap suh aku jadi kerani sekolah. Tapi pas jumpa Gemok dia tak suruh dah. Hmm.

Rindu air kuning.




No comments:

Post a Comment