Mari join..:)

Friday, March 29, 2013

Pengalaman pos produk pertama.

Tengahari tadi ada customer mesej nak COD VCO kat Carrefour. Kebetulan hari sebelum tu member baikkku Intan Salwana ada whatsapp kata nak VCO. Maka ingat nak pos jela kat Carrefour sekali. One stone kill two birds kata orang kampung.

Tanya adik ipar (keja Pos Malaysia) camna nak pos barang kecik camtu. Biasa aku pos surat je. Pos barang masa nak habis belajar dulu la. Tu pun besar. Berat lak tu. Berapa kotak tah yang penting semua sekali rm50. Okey la. Pos kapal laut kan.

Adik ipa suruh balut ja ngan kertas A4 pastu bawak gi pos nanti orang tu timbang. Ok amik je kertas recycle balut.

Tepat kol 1 aku berlarian ke kereta sampai carrefour 1.20. Mesej customer kata aku kat pos. Tunggu giliran mesti lama jadi baik amik nombor siap.

"Saya pakai pashmina,baju kaler ijau"

Macam blind date pulak!hoho

Pastu dia belakang aku je. Dia kata dulu amik Catalyst beberapa bulan tapi tak rasi. Biasala bukan produk tak elok tapi kalau tak rasi takleh watpe kan. So dia stop dalam 4bulan camtu dan nak try Treenea pulak. Tengah2 jalan trade barang. Nasib tak berbalut kalau tak orang ingat dadah. Kuikui.

Sebab ramai yang amik nombor pastu lesap tah kemana,cepat la turn aku. Dia bagi borang dulu suh isi pastu datang balik kat dia. Syok okey borang Pos. Takyah susah payah tekan2 masa tulis macam TNT sebab nak bagi copy belakang jelas. TNT jangan marah. Borang uolls cantik sebab kaler oren, I like!

Berat kertas A4 campur VCO 110gram eh. Pos ke JB tu. Haraplah selamat dan takde cela... Tapi kotak VCO sekarang ada plastik cover maka I lebih yakin dengan conditionnya bila dipos.

Aku tak caj posting. Lagipun member baik watpe nak berkira kan. Hope dia hepi ngan hasil VCO ni je..:)




No comments:

Post a Comment