Mari join..:)

Wednesday, March 6, 2013

Pasal Lahad Datu.

Menakutkan kan. Dahla depe tumpu kat kampung. Sebab tu la ayah kate nape kerajaan buat Felda sume ni. Dulu nak banteras komunis. Sebab komunis kan dok hutan. Bila hutan dah tebang,orang ramai ada,komunis pun takde tempat la. Lebih kurang camtu la. Kalau salah maafkan. Kuikui.

Aku baru mimpi perang kan haritu. Orang Melayu lawan Melayu dalam kampung yang sama. Bapak lawan anak. Seram weh. Aku tak tau watak aku dalam tu sebagai apa. Biarlah. Tapi lebih kurang menakutkan camnilah. Siap ramai polis mati. Sian sangat.

Tadi kat kilang. Ada orang kutuk polis Malaysia. Katanya lembik. Aku nak je cakap. Kalau kau bagus sangat pegila masuk polis gantikan polis2 lembik yang kau kata tu. Cakap macam bagus kan. Pastu kutuk je tau,apa pun tak buat untuk negara.

Emo je aku sekarang. Aku dah bosan ngan kilang ni. Semua perangai cam ape. Tapi takpelah. Aku kan kuli je jangan cakap banyak. Nanti takde orang nak amik aku keje. Bos2,silalah ambik saya sebagai kuli anda..^.^

No comments:

Post a Comment