Mari join..:)

Wednesday, March 20, 2013

Opah punya pasal.

Semalam lepak umah opah sampai 5 lebih. Sempat tidur lagi tengah panas2 tu. Dahla baru pas makan. Sembap la muka ni.Tunggu pak long dari Gedangsa jemput family mak long. Esok kan paklong nak gi umrah ngan family maklong.Rasa macam lama gila tido tapi kalau bangun pun nak watpe. TV tu tak berapa elok. Enset aku pun dah out of battery. Tu la,guna google map lama sangat.Hihi.


Opah nak pegi epot sebenarnya pagi tadi. Kononnya dah aku ada leh la tolong antor kan. Tapi aku ni mana la ada cuti dah. Lagipun dari Isnin cuti belagak cam bos pulak kan nak cuti lelama. Pastu anak2 opah lain pun tak dapat nak anta. Aku suh adik aku ajak pakwe dia gi antar opah tapi dia pun dah ambik cuti Khamis Jumaat sebab ada hal kat kampung.Huu sian opah.



Kengkadang sian pulak tengok opah dok sorang kat situ. Opah dok kat Pusat Pengajian Darul Taqwa kot nama dia.Pegi tau,tapi nama tempat leh tak hafal.Hehe. Tempat tu banyak warga emas yang belajar agama. Dekat situ ada maahad tahfiz jugak. Tapi rasanya better la dari opah dok Soeharto. Soeharto tu walaupun rumahnya tepi jalan besor tapi macam sunyi juga. Seriously aku takkan berani dok umah tu sorang. Sebab mak kata dulu belakang tu tempat askar Jepun mati. Patutla kalau nak amik manggis belakang umah mesti serammmmm je.



Semalam cite panjang ngan opah. Aku kalau nak compare ngan Dila,Dila lagi rapat dengan opah. Aku ni lagi rapat dengan opah belah ayah.Rasanya la.Hehe.Tapi dulu masa muda sikit aku macam tak berapa suka nak sembang ngan opah.Ngan mak pun. Tak taulah napa.Macam tak suka nak jawab soalan2 yang diorang tanya. Tapi mengikut pemerhatian aku,tu memang normal bagi remaja.Entahla...



Opah seperti biasa tanya pasal Gemok. Sebab masa Gemok datang rumah dulu opah yang sembang ngan dia. nasibla masa tu mata opah tak berapa nampak orang maka dia tak la cam sangat Gemok lagipun takdela dia nampak yang rambut Gemok panjang.Hehe. Masa tu opah ja sembang ngan dia. Mak macam pendiam tak tau nak tanya apa. Ayah lagi la.Dia ingat Gemok tidur rumah aku,dia pulak sibuk ngan urusan kampung. Maka dia salam sekali ja pastu expect nanti malam leh jumpa lagi.Apakah. Haih. Opah kata berkenan dengan Gemok. Tapi apa nak wat,tunggu ja jodoh sampai.Kalau dengan dia,dia lah.Kalau dengan orang lain,redha lah.

No comments:

Post a Comment