Mari join..:)

Wednesday, March 6, 2013

Miserable Udez.

Life aku 2-3 hari ni memang tah pape je. Tengok la entri pun nada melankolik je kan. Sebenarnya aku takde cite kat sape2 pun. Mungkin cite kat kak ipar tak jadi. Tu pun kalau dia nak dengar. Rasanya nanti lagi teruk pulak keadaan. Baik takyahla kot.
 
 
Rasanya zaman sekarang pompuan materialistik je yang banyak. Nak laki yang kaya ja. Tak kisah pun tua ka muda ka laki orang ke. Aku tak kisah sangat sebenarnya. Aku kan pompuan kampung je,rupa pun tak da so nak demand lelebih pun tak kuasa.Takde nafsu. Macam nak banglo ke kete besor ke.Takde sume tu.Nak seadanya aku je.Cewah.
 
 
Tapi,laki tu pulak yang memilih. Katanya aku lagi sesuai dengan yang setaraf dengan aku.Maklumlah,aku kan engineer dulunya. Tapi serius,aku tak suka laki engineer. Taste aku pelik sikit sebenarnya. Aku tak suka laki yang suka kawan dengan pompuan,suka laki yang suka bola,tak kaya takpe,pastu pandai wat keja kemahiran (aku penah cita kot aku suka mekanik?) Perghh taste pelik sungguh. Aku tak berapa suka laki with kemeja n tali leher. Kecuali pakai kemeja kaler itam with striking tie (macam merah).Apakah ini? Pelik lagi.
 
 
Hmm.Entahlah. Pelik kan dunia. Doakanlah aku eh.

No comments:

Post a Comment