Mari join..:)

Tuesday, March 12, 2013

Kenapa pompuan suka emo?

Aku sebagai pompuan pun heran dengan diri sendiri sebab suka emo. Jangan cakap aku PMS eh. hoho.

Camne eh nak jadi macam orang yang takda masalah walaupun sebenarnya banyak masalah? Maksud aku orang tu sentiasa nampak ceria, tenang ja. Teringin sangat nak jadi camtu. Yelah,kalau emo cepatla naik kedut kan. Tau la bulan depan nak naik 25.! Hisy ni yang tak best lahir awal tahun ni..=.="

Aku rasa aku kena masuk silat balik la. Lehla tumbuk apa bende punchbag tu kan. Padahal dulu tumbuk,sepak macam tak buat pe je. lemah. Bila trainer suruh tumbuk orang tumbuk je sekuat hati.kahkah. Tapi part kena tumbuk balik tu yang tak tahan. Bukan ada baju kalis peluru pun nak tahan. Kepala pun terhentak kat tanah berapa kali. Sebab tu biul sikit kot?

Tengok Human Weapon last week dia belajar 4jenis silat kat Malaysia. Terus rasa semangat balik.Walaupun I is lembik. Masuk silat cekak hanafi dulu tak habis level sebab tetiba takut. Tah pape. Pastu ada hati nak sambung balik kan.

Eh tadi cakap pasal emo pastu tetiba pasal silat pulak. Apa kes hoi? Biul sikit la harini. Macamla tak biasa kan. hihi. Dahla. Rasa nak tido awal malam ni. Alangkah best kalo Penang hujan ini malam.

No comments:

Post a Comment