Mari join..:)

Friday, March 29, 2013

K. Atol comel nak kawin!!!

Dulu masa proses nak buat FYP yang betul2 final tu,aku lepak kolej Bunga Raya ja. Gila kan kolej Sakura punya dekat ngan FK tapi aku leh pegi seberang Jambatan Pulau Pinang ke kolej Bunga Raya. Bukan ngintai Afgan,haipp!

K. Atol ni kawan baiknye K. Ayu. Diorang dah bersama sejak diploma kat UTM KL lagi. Dan satu fakta menarik,kakak k. Atol kawin ngan abang k. Ayu..;)

K.atol ni orang Melaka. Tapi dia lembut ja. Sebab orang cakap kan orang negeri sembilan ngan melaka ni cakap kasar sikit.  Penah la jugak dok sentap ngan kawan lain dari 2 negeri ni. Eh aku bukan kenegerian taw! Kalau kenegerian aku tak kapel la ngan orang Penang. Eh tetibe..;p

Masa tumpang rumah diorang agak best juga la. Sebab makan berjemaah. Yela kalau harap ngan bebudak rumah masa tu memang tak la. Suma junior pastu tak bertegur sangat. Aku bukan sombong,tapi aku bukan initiator. Kalau orang ramah ngan aku,aku leh ramah 2kali ganda. Tapi tengok keadaan gak. Sebab ada certain orang aku macam kurang selesa jadi kalau diorang ramah pun aku takleh nak close sangat. Macam hahaha pastu dah. Natural je nih. Tak leh watpe. Aku tak mudah untuk mencintai...;p

Okey back to k.Atol. Masa tu dia ada pakwe. Namanya abang Adnan.FSS. Aku tak sure diorang kapel berapa lama,tak ingat dah. Tapi biasa jumpa la. Diorang pun biasa kutuk aku masa dating. Kuikuikui. Diorang panggil aku "budak kecik". Cakap kutuk tapi sebenarnya puji tapi malu cakap depan kan?hihi

Kalo jumpa diorang aku mesti usik2 diorang pastu masing2 malu. Kahkah. Sayang takde gambar. Hmm.

Aku terjaga 3 lebih tadi. Mimpi tah pape. Aku kalau dah mimpi pelik ni pastu terjaga baiklah aku jangan sambung tido cecepat sebab mimpi tu boleh berlarutan sampai ke Subuh. Tak sanggup wey ketakutan sebegitu lama. Malam Jumaat lak tu. Kalau da kawin takpela leh la ada orang peluk bagi ilang takut..;p

Aku bukak FB dah takleh tido. Ada satu mesej. Sebenarnya kekadang takut jugak nak bukak mesej FB. Takut orang tak puas ati ngan aku ke kan. Tapi Alhamdulillah takde ape. Biasanya orang jemput kawin je..;p

Excited lebih aku ni. Orang takde kakak camni la. Lagipun da panggil comel rasa up sikit pepagi ni. Dasar. Kahkah.

Hope for your happiness,kakak!

No comments:

Post a Comment