Mari join..:)

Sunday, March 3, 2013

Double parking.

Aku tak penah buat double parking. Tak berani. Bukan nak kata bertimbang rasa,tapi memang pun. kahkah.

Ada iklan kat tv kan.Pasal pompuan ngan sorang anak kecik kat kereta takleh nak kua sebab ada keta double park sebelah dia. Laki tu ada ja dalam restoran kat situ. Dia tau pompuan tu nak kua.Siap kecoh lagi orang tanya sapa tuan punya keta tu. Tapi dia wat dunno. Last2 kena tarik. Padan muka.

Semalam.Aku gi Teluk Intan dengan family. Pastu aku suh ayah benti jap kat maybank.Maybank ni memang sentiasa ramai orang. Ayah aku tunggu dalam keta. Keta kami belakang satu keta ni.

Pastu.Agak2 10minit kot. Aku dah siap.Keluar2 tengok ayah dah masuk parking. Ada satu keta yang "meriah" kat belakang keta aku.Tau kan orang apa yang suka meriah2 ni. Bukan nak perkauman tapi aku sakit hati.

Ayah aku cam tuan punya keta tu.Aku suh ayah hon tapi mak aku suruh sabar.Dia kata aku ni cepat hilang sabar. Ayah pulak kata dia nampak laki tu tengah sembang kat dalam maybank.

Wat?Sembang?

Tentulah aku marah.

Pastu agak2 15 minit gak kot tunggu.Ayah kata kalau keta besor dia sondol dah keta tu.Amboi.

Laki tu datang dengan muka tak bersalah.Lenggang kangkung.Aku dari dalam kete usya baik punya mamat nih. Tapi mungkin dia tak nampak sebab tinted gelap.Salahkan Gemok yang pasang tint-tak-lepas-JPJ pada keta aku.

Pastu dia leh slow2 hidup enjin,slow2 gerak,angkat tangan pun tak.Tu yang aku marah sebenarnya. Takkan la tak nampak kami ni tunggu punya lama nak kuar.

Pastu dia double park pulak belakang orang.Tunggu apa pulak tak tau lah.

Haih.Macam2. Paling sakit hati dengan orang yang tak tau nak mintak maaf.Kalau tak sedar bolehla dimaafkan. Macam kes budak bawak moto langgar kete aku dulu.Memangla budak,tapi aku rasa mak ayah dia patut bertanggungjawabla kan. Sepupu aku bawak basikal bagi calar kete orang pun ayah dia kena bayar. Ni langgar.Kemek okey. Pastu bila aku cakap aku tak puas ati kat fb ada orang kata aku ni tak bertimbang rasa. Habis tu,baik takyah ada saman kat dunia ni kan.Orang bawak lebih had laju,takpela,timbang rasa la sikit kan. Timbang rasa ada tempat.Sekurang2 nya mintak maaf. Mak budak tu yang hari2 jalan depan umah aku terus tak lalu dah.Nampak sangat la taknak ngaku salah kan. Oh berkobar2 kemarahanku. Padahal tadi cakap pasal double parking kan.Hihi.

Oh ya.Pasal orang yang kata aku tak bertimbang rasa tu kan. Dia ada Preve.Aku masa tu cakap dengan adik aku kat fb.Adik aku pun tak puas hati.Dia cakap tengokla nanti Preve ngan Citra tu eksiden tengok diorang marah tak.

Nak tau tak?Baru2 ni Preve tu langgar babi.

No comments:

Post a Comment