Mari join..:)

Saturday, March 30, 2013

Corat-coret kursus kahwin

Nak cite la sikit pengalaman gi kursus kawin ni pada yang tak tau. Advance kan orang lain yang nak tunang,orang lain pulak sibuk gi kursus kawin. Huhu.


Btw,adik aku yang nak tunang minggu depan ni dah gi kursus kawin beberapa tahun lepas. And guess what? Dia gi dengan bakal tunang dia yang dulu dianggap kawan tu. Is this called ironic?


Sabtu tu aku bertolak dari umah kol 7 lebih. Sebab ingat start kol 8. Tempat pun tak tau katne. Kulim je tau. So semangat mandi before subuh dan tak tido dah. Huhu. Dua kali kol ofis tu tanya kat na.
Aku daftar online pastu tak print plak resit yang dia hantar kat emel tu. So masalah la pulak. Masuk dewan perghh. Ramaaaaainyaaaaaa.aku pun dok la belakang sekali. Sebelah laki lak tu. Sekali kak tu panggil gi penuhkan depan. Hoi depan skrin betul tu. Aku la paling semangat nak kawin..;p


Kenal2 orang sebelah. Dia nak kawin bulan 6. Nama dia Mimi. Orang Junjong. Kawan for 2days la. Tapi aku ngan tak malunya terus mintak kad jemputan tym tu. Ngeh3. Baru kenal ja.

Mimi ni cite kat aku. Ramai pasangan gi sekali masa kusus pastu kawin pulak ngan orang lain. Oh takut. Mimi ni tunang dia askar kat n9 so takleh gi sekali.

Satu ustaz ni. Orang Ganu. Masa ceramah dia tanya aku nama apa. Aku cakapla Huda. Pastu dia tanya tunang panggil aku apa. Hud hud ka.Aku cakap Huda la. Pastu sampai last panggil aku Hud Huda.

Ahad aku bangun lambat. Pas subuh tido balik. Sampai satu simpang tu jem pulak paip pecah so lambatla. Sesat pulak tu sampai Tanah Liat. Salah masuk simpang..;0

So kena dok belakang. Arghh tensen. Tak dengar lak tu ustaz cakap apa. Sangat tak syok. Masa break tengahari aku Mimi ngan sorang kawan baru nama Ili gi makan kat Nasi Ayam Periuk Besar. Aku mintak nasi tambah pastu akak tu buh satu mangkuk nasi.aku nak separuh ja. Kiranya aku makan 2pinggan! Habis okey!

After break kol 2 Mimi suh aku dok depan. Dia rindu aku kot. Huhu. Okey ja. Ustaz ni pun lawak. Banyak tips dia bagi. Pastu last kena jawab soalan2. Aku dah layak kawin! huhu.

Paling penting pesanan untuk bakal pengantin, "sabar itu pahit,tapi di hujung ada manisnya". After kawin kebanyakan pasangan akan terserlah perangai sebenar,tak macam masa  bercinta,jadi yang penting sabar.
*Gambar masa dok belakang dan nasi ayam best 2pinggan tu.

No comments:

Post a Comment