Mari join..:)

Tuesday, March 12, 2013

Bukak car wash kat rumah.

Haha. Macam bisnes je bunyinye. Padahal pekerja bawah umur sangat. Sorang 5tahun. Sorang 11.

Huhu bukan bisnes pun. Ni adik aku balik2 dari kampung ahad tu. Aku saja la cakap suruh basuh kete aku. Pastu tengok diorang bersemangat nak basuh.Kalau Alip tu perkara biasa la basuh kete aku. Dia memang rajin. Dia sendiri yang nak buat. Hulur duit upah pun tak mau. Bagus2. Adik sapa la ni..;p

Dah habis basuh kete aku sampaikan nak 2kali tonyoh tempat yang sama sampai aku suruh benti. Adik tanya sabun banyak agi nak basuh mane? Aku suh la cuci kete ayah pulak. Dia pun pi basuh. Aku cakap dahla sebab kete ayah tak kotor sangat pun. Sebab dah senja kan. Sampai umah pun dah dekat kol 6.

Pastu dia nak basuh moto pulak. Haa basuhla. Motor pun bawak masuk kebun sah2 la berhabuk. Dah habis basuh motor nak basuh basikal Alip pulak. Alip pun dah tak pakai basikal dah sebab dah dok asrama. Haih rajin sungguh. Kalau time rajin dia tu..bukan main lagi.

Ayat aku dah macam mak2 orang dah. Asal jalan ngan adik ja orang ingat tu anak. Aku nampak tua ke?

No comments:

Post a Comment