Mari join..:)

Monday, March 25, 2013

Bukak bengkel ngan Alif.

Adik aku yang nama Alif ni adik aku yang paling rajin. Kalau tukang basuh keta aku dia jelah. Yang ayah boleh ajak gi kebun dia lah. Yang mak boleh suruh buang sampah diaaaa lah. Nampak sangat kerajinan beliau. Untung nanti sapa kawin ngan dia. Cey tetiba,baru ja 13 tahun kan,akil baligh pun belum.
 
 
 
Gambar lama. Sebenarnya bila adik dah membesar dan masuk asrama,rasa sedih sikit sebab dah jarang jumpa. Pastu nanti dia dah tak manja ngan kita,sombong ngan kita,mula berani pandang kita bawah dah,tak hormat dah. *tetiba luahan hati pada adik2 yang lain*
 
 
Gambar paling latest. Dulu tangkap gambar diaaaa jaaaa,pastu dapat adik lelaki baru dok tangkap gambar Adiiiikkkk ja.Sian dia.
 
 
 
Okeylah. Balik pada kereta. Memang dia ja yang rajin kemas kete aku. Maklumlah dok flat ni payah nak cuci kete ape. Aku pulak busy,nak gi car wash je dah malam. Tutup dah *alasan baikkkkk punyaaaa*.
 
Jadi tiap kali balik kampung diaaaaaa lah yang tolong cuci dan kemas. Kakaknya ni bukan pemalas,cuma busy *koff koff*
 
Sebab dia dah masuk asrama, haritu adik-adik lain pulak yang cuci. Tapi ni cuti sekolah,dia mesti la balik maka kami sama2 beroperasi pagi Ahad tu.
 
 
Balik dari Ipoh dan lepas makan nasi ayam penyet tu aku balik ikut Kampar sebab nak gi umah Wah kat Bukit Pekan. Mak ayah aku ada sana. Sampai pekan Kampar aku singgah kedai kereta beli polish.
 
 
Beli ni ja murah sikit RM20. Kalau polish kat kedai RM60 kata orang2 yang aku tanya. Cheapskate kan. Polish sendiri jelah. Apa ada hal.
 
 
 

 
Kan aku ada ehem2 dengan lori haritu. Cantikkkk takkk? Dah 2 bulan baru reti nak polish kan. Tahan je kemaluan bila orang dok usyar2 kereta. So ni baru nak polish la ni. Maka kami pun beroperasi. Mula2 agak susah gak nak keluarkan.Mungkin sebab pagi sangat kot. So kereta sejuk. *Ada kaitan ke? tell me* Tapi lama2 gonyoh hilanglah semua hitam2 tu. Tak nampak cam baru sangat sebab ada scratch yang dalam. Nanti lain kali la buat lain yang tu. Pastu dah siap kami bukak bonet depan cuci2 habuk2 tu. Pastu usik2 apa yang patut. Dah macam pomen ja kami dua. Kahkah.Ada hati tu. Tetiba teringat pomen kat kedai aku beli polish tu. Napa pomen pun comel camtu eh? Ish3.*pang diri sendiri*
 
 
 
Masa tu dok terfikir,kalau dah besar nanti aku nak join venture la bukak bengkel ngan Alip. Huhu. Impian.
 
 

No comments:

Post a Comment