Mari join..:)

Friday, March 15, 2013

Bangkitnya seorang perempuan.

Rabu malam tu aku tertengok episod 1 Bangkitnya Seorang Perempuan ni. Tengok iklan ada Anzalna, Dynaz,pastu banyak la muka femes lagi. Tapi nak tau gak la apa yang bangkitnya kan. Macam cite tema Hari Wanita je.


Pastu. Biasa la first episode mestila slow sikit kan.Baru pengenalan. Dok tunjuk Anzalna yang sedih, tak leh move on sebab first love dia, pastu pompuan yang cite Cinderella tu mabuk2. Susah nak paham la pulak. Sebab start2 je dah camtu.


Pastu part Dynas caught my attention la. Sebab dia isteri pertama,pastu laki dia kawin lain sebab dia tak dapat bagi anak. Masa flashback,dia mintak suami dia amik anak angkat je tapi suami dia tak mau. Pastu last2 dia setuju laki dia kawin lain tapi dengan syarat,laki dia takleh sia-siakan dia. Laki tu pun janji. Biasalah lelaki kan.Kalau boleh kawin lain,apa syarat pun tak kisah. Tapi lepas kawin tu? Jawab sendiri la. Sedih tengok. Tak kawin lagi,mana la tau lagi kan bahagian kita nanti. Kalau dapat dugaan camni boleh tanggung ke...


Pastu. Part Anzalna yang dicerca orang kampung termasuk la bini ex dia. Bini ex dia tu dahla rampas boifren orang,pastu kutuk pulak orang tu. Laki dia pun sama. Dok kutuk Anzalna kat bini dia pastu terhegeh2 lagi cari. Sesuai la dua orang tu. Dua2 mulut busuk. Janganla kenal orang2 camni..=.='



 
 
Perempuan2 di luar sana,moh le nengok cite ni. Semoga kita lebih bertabah.

No comments:

Post a Comment