Mari join..:)

Friday, March 8, 2013

Balik kampung lagi.

Minggu lepas balik. minggu ni balik Perak jugak kot sebab mak mintak tolong I buatkan something untuk sekolah dia. Cakap pasal mintak tolong ni. Sekarang ni mak asal mesej je tanya pasal Microsoft Word. Camne nak buat landscape/portrait la apa la. Ni suruh buat surat dengan kepala surat lambang sekolah.
 
 
Haritu.Mak aku ade la cakap. Nak masuk kelas belajar Microsoft Office.Pastu aku dengan riaknya cakap, "mak ni bazir je.Apa guna ada anak dapat IT SPM A1 ni?" sambil tunjuk diri sendiri. Mak cakap "tak sama,lagipun korang bukan selalu ada". Aku suruh mak bukak je Word ke Excel tu try buat sikit2 baru leh tau ni function apa,ni apa. Cewah,konon cikgu IT sangat. Pastu mak aku kata banyak kerja.Nantilah. Hoho. Tapi time dia nak bukak,aku lak busy.Sian mak.Kuikui.
 
 
Ayah aku pernah je pegi kursus Excel la apa la.Tapi last2 anak jugak taip surat.Masa aku nganggur dulu memang dah jadi setiausaha JKKK,cawangan UMNO,kampung. Ambik. Jenuh taip surat rasmi. Padahal ayah aku bukan setiausaha tapi pengerusi. Hurmm.
 
 
 
Takpelah.
 
 
Haa, sape2 nak VCOA area Kampar/Teluk Intan/Tapah,bolehla mesej I. 017-5049769.
 
 

No comments:

Post a Comment