Mari join..:)

Thursday, March 7, 2013

Asrama tingkat 3.

Tadi nampak vendor angkat barang naik tangga,teringat masa zaman asrama. Masa sekolah paling tinggi pun tingkat 1. Sekolah kami all girls school, pelajar lelaki ada tapi STAM je dan diorang stay kat Izzuddin.Pagi2 diorang datang sekolah naik transit/bas. Ada 5 asrama semuanya, Biru, Merah,Putih,Kuning dan Hijau. Semua 2 tingkat je. Ni nak citer lepas2 sekolah yakni matrik dan U.


Masa matrik kat Gopeng.Eleh macamla jauh sangat kan. Tapi dah memang sume orang pun dok asrama.Ulang alik pun penat jugak. Duduk asrama P3. Paling dekat la ngan kantin,kuliah dan sebagainya.Kalau P1 dapat pulak tingkat 4,perghh semput. Teringat bila dulu2 pegi melawat Bella and Zarith Marlina. Mesti semput pastu diorang kesian tengok aku.Huhu....



Aku mula2 dapat tingkat 2 kot. Tak la penat pun naik tangga.Bilik pun sebelah tangga je. Pastu dalam setengah sem kot.Aku pindah bilik area belakang toilet. Jauh la sikit. Jarang aku naik tingkat 3 or 4 kecuali bila takda air kat bawah.Merasa la naik atas. Tapi aku dengar macam asseram sikit tingkat atas P3 tu.Sebab tak ramai orang. Tingkat bawah sekali pun. Nasib tak pernah jumpa la.Alhamdulillah



Pastu masuk Unimas. First year. Masa daftar ayah aku ja pegi sekali.Daftar2,katanya aku dapat Kolej Sakura,blok yang hujung sekali,tingkat paling atas.Tingkat 3 la tu. Bilik aku masa tu namanya C-3-3-5.Maksudnya,blok C, tingkat 3 ,rumah no.3,bilik no.5. Satu apartmen ada 5 bilik.Bilik aku bilik double.Aku dok ngan sorang Chinese-Kayan,namanya Angela atau dipanggil Angie je. Member aku yang dok C-3-3-3 tu namanya Amsal.Banyak kali jugak aku sebut pasal dia dalam blog ini.Sampai dia terjumpa blog aku dan katanya terharu sebab aku cite pasal dia.Bestfren kot dulu dengan Intan sekali.



Fakulti aku ngan Sakura tak jauh pun.Orang kata kentut pun dengar la juga walaupun sayup2. Jadi takdela istilah nak semput apa. Okey back to masa daftar.


Masa tu,aku ngan ayah angkat beg naik atas. Penat.Beg troli aku dah hancur kena campak ngan pekerja syarikat penerbangan tambang murah itu.Eh terkutuk pulak.Habis rabak.Nampak segala isi dalam. Tapi bolehla kaber2 sikit kan. So nak angkat kena extra hati2 la. Mujurlah aku ni bukan jenis macam adik pompuan aku 2 orang tu.Diorang jenis bawak macam2,bear la apa la sampai berbeg2. Dila dulu,masa habis belajar aku gi jemput dia kat umah Paksu kat Rawang. Penuh Myvi dengan barang dia. Nasib kami berdua ja.Kalau ayah ikut sekali memang tak muat dah nak duduk.


Pastu dok la 3 tahun 1 sem kat bilik tu. 3rd year sem 2 aku praktikal. Angie pulak ada ngan aku satu sem je.Sem depan nya dia tukar pi UMS.Kekasih hati di sana kan. Lagipun dia orang Miri,lagi dekat la ngan Sabah.Katanya la. Aku dok sorang selama 4 sem. Best gak la.Tapi bila time asseram,haa nak tidur tutup lampu pun takut. Nak2 pulak member sebelah bilik tu kata dia ada nampak "benda" kat ruang tamu tempat kami selalu lepak tu..Hisy. Seram2.



Yang paling 'best',bila nak cuti sem. Barang takleh tinggal dalam bilik. Masa hujung sem 1 kami tinggal baldi dalam kabinet bawah sinki habis hilang semua. Budak rumah Intan tinggal semua baldi,payung kat rumah. Lagi habis semua.Masuk sem 2 kami ramai2 jalan gi pekan Kota Samarahan beli payung,baldi,selimut dan memacam lagi. Sigh. Jadi next2 sem nya kami simpan barang kat stor yang disediakan. U know what?Stor selalunya tingkat bawah sekali, kadang2 blok lain pulak. Tak fix tiap2 sem. Jenuh2. Pastu bukak sem baru nak mengangkat la pulak.Tu yang best sangat tingkat 3 tu. Yang len ok je. Sebab kolej kami kan agak baru, tingkat atas tu macam tak berusik lagi. jadi perabot okey la. Kalau tingkat bawah memacam masalah ada. Kalau orang jahat masuk pun,bawah la kena dulu kan.



4th year. Aku dapat bilik lain. Tetiba kena campak pegi blok A. Tingkat 3 jugak.Kengkawan tinggal budak Kaunseling je.Major kengkawan aku course 3 tahun je. Kaunseling 4 tahun. Rumet aku orang Melayu Sarawak. Second year kot.Tak ingat la nama dia.Orang panggil Combi je. Aku jarang dok bilik. Selalu tidur bilik arwah Rina. Tingkat 1.Dah macam rumah aku dah. Kami selalu puasa,bukak sama2. Lepak tasik bagi makan ikan sama2.Rindu tasik. Aku kalau ada prob ke sunyi ke,aku suka sorang2 tengok tasik. Walaupun sejak azali gayat air. kat sini kat mana ada tasik? Habaq mai kat aku!



4th year second sem. Bilik lain lagi. Tapi dapat Blok C balik. C-3-2-2 kot. Tingkat 3 jugak. Memang tak dapat dipisahkan. Rumet aku masa ni namanya Amni Fathi. Junior aku sama course,tapi dia lagi tua dari aku. Jadi masa memula tu dia panggil aku kak sebab dia first year kan.Aku pulak 4th year.Pastu tau dia lahir 87,terus tak bagi panggil kak dah.Hehe.



Yang ni aku selalu lepak bilik je.Masa ni la aku start blog. Masa tu hari2 pun rajin tulis.laptop ada masa tu.Asrama pun ada LAN.Cucuk je.La ni laptop dah takleh on pun.Harap blog guna komputer opis or henfon I yang tak berapa nak canggih tu je. Kalau ada orang baca entri aku lama2, aku selalu sebut pasal Afgan Unimas. Baik budaknya. Rajin ngaji. Tu yang terpikat tuh. Ekeke.Miang. Tapi pastu aku rajin lepak Bunga Raya pulak. Rumah Kak Ayu ngan kak Atul. Afgan pun dok Bunga Raya.Motip?hihi. Masa tu dok wat FYP la yang rajin pegi sana tu.



Akhirnya.Keje first kat Shah Alam. Dok rumah sewa kat Seksyen 28. Company kat seksyen 27. Straight je dari rumah sewa sampai jumpa roundabout kilang aku la tu. Masa tu dok tingkat 3. Dok ngan adik pada biras makcik aku. Dia keje Canon. Tapi 2 minggu je kan aku keje Shah Alam. Pegi Penang pulak dok rumah teres. Pastu member tu kawin,aku dok rumah pakcik kat Penang. Last baru pindah rumah yang aku dok sekarang. Dulu rumah tu budak Honda gak duduk.Pastu dia benti balik Aloq Setaq,dia offer la aku dok situ. Takyah la ulang alik Penang dah. Tingkat 3 jugak. C6-3-3. Aku ni memang tak dapat dipisahkan ngan angka 3 kot. Nanti kawen 3.3 la. Eleh calon pun tak mandang ada hati nak sebut pasal kawin...=.='


Pasni dah takde tingkat 3 dah kot? Rasanya macam nak habis zaman dah je aku ni. Huhu.


No comments:

Post a Comment