Mari join..:)

Saturday, March 16, 2013

Adikku Izzah.

Adik bongsu pompuan aku nama Izzah. Muka dia masa kecik sebijik cam aku masa kecik. Semua orang cakap la. Tapi dah besar tak la sama sangat. Tahun ni dia darjah 5. Dia lahir masa aku form 3.

Bilik aku kongsi ngan dia. Jadi ada la buku dia dalam tu. Tau kan budak pompuan baya tu biasa ada buku biodata. Aku dulu takde kot. Macam tak berapa minat. Eh ke ada tapi aku lupa.huhu.

Pastu ada biodata dia dan kawan2 dia. Sepupu kami pun ada. Tapi aku baca biodata dia ja. Dia tulis perkara lawak bagi dia nak tau pe? Alip nangis.

Alip ni adik aku yang 2tahun lagi tua dari dia. Tahun ni dah masuk asrama. Suka nyakat Izzah ni. Izzah ni pulak jenis cengeng maka keraplah ada drama air mata. Kalau kami kuar selalu Izzah mesti malas nak ikut kalau Alip ikut. Huhu.

Pastu.Tempat yang dia ingin lawati Sunway Lagoon. Sedih plak aku baca. Sebab haritu aku dapat 2tiket dewasa free gi Sunway Lagoon. Makteh aku punya hari keluarga.Jadi aku dan dila ja gi. Kalau ada tiket kanak2 memang aku bawak dah adik2 aku. Aku pun first time haritu. Tapi dah besar ni keterujaan kurang. Naik kapal tu aku dah pening. Pastu terus naik cawan pusing2 aku hampir muntah. Spoil.

Aku rasa tak salah kan aku baca. sebab tu bukan diari. Lagipun dia adik aku paling senyap. Tak tau ape dia pikir.Sebab dia senyap sangat so sesekali dia bodek ayah atau aku, mesti belikan.

No comments:

Post a Comment