Mari join..:)

Saturday, March 30, 2013

Corat-coret kursus kahwin

Nak cite la sikit pengalaman gi kursus kawin ni pada yang tak tau. Advance kan orang lain yang nak tunang,orang lain pulak sibuk gi kursus kawin. Huhu.


Btw,adik aku yang nak tunang minggu depan ni dah gi kursus kawin beberapa tahun lepas. And guess what? Dia gi dengan bakal tunang dia yang dulu dianggap kawan tu. Is this called ironic?


Sabtu tu aku bertolak dari umah kol 7 lebih. Sebab ingat start kol 8. Tempat pun tak tau katne. Kulim je tau. So semangat mandi before subuh dan tak tido dah. Huhu. Dua kali kol ofis tu tanya kat na.
Aku daftar online pastu tak print plak resit yang dia hantar kat emel tu. So masalah la pulak. Masuk dewan perghh. Ramaaaaainyaaaaaa.aku pun dok la belakang sekali. Sebelah laki lak tu. Sekali kak tu panggil gi penuhkan depan. Hoi depan skrin betul tu. Aku la paling semangat nak kawin..;p


Kenal2 orang sebelah. Dia nak kawin bulan 6. Nama dia Mimi. Orang Junjong. Kawan for 2days la. Tapi aku ngan tak malunya terus mintak kad jemputan tym tu. Ngeh3. Baru kenal ja.

Mimi ni cite kat aku. Ramai pasangan gi sekali masa kusus pastu kawin pulak ngan orang lain. Oh takut. Mimi ni tunang dia askar kat n9 so takleh gi sekali.

Satu ustaz ni. Orang Ganu. Masa ceramah dia tanya aku nama apa. Aku cakapla Huda. Pastu dia tanya tunang panggil aku apa. Hud hud ka.Aku cakap Huda la. Pastu sampai last panggil aku Hud Huda.

Ahad aku bangun lambat. Pas subuh tido balik. Sampai satu simpang tu jem pulak paip pecah so lambatla. Sesat pulak tu sampai Tanah Liat. Salah masuk simpang..;0

So kena dok belakang. Arghh tensen. Tak dengar lak tu ustaz cakap apa. Sangat tak syok. Masa break tengahari aku Mimi ngan sorang kawan baru nama Ili gi makan kat Nasi Ayam Periuk Besar. Aku mintak nasi tambah pastu akak tu buh satu mangkuk nasi.aku nak separuh ja. Kiranya aku makan 2pinggan! Habis okey!

After break kol 2 Mimi suh aku dok depan. Dia rindu aku kot. Huhu. Okey ja. Ustaz ni pun lawak. Banyak tips dia bagi. Pastu last kena jawab soalan2. Aku dah layak kawin! huhu.

Paling penting pesanan untuk bakal pengantin, "sabar itu pahit,tapi di hujung ada manisnya". After kawin kebanyakan pasangan akan terserlah perangai sebenar,tak macam masa  bercinta,jadi yang penting sabar.
*Gambar masa dok belakang dan nasi ayam best 2pinggan tu.

You are blocked from my heart.

Hadiah selepas kursus kahwin. Thanx Abang.

Friday, March 29, 2013

Udez nak kawen???

Jumaat gaji. Pastu teringat apa nak buat Sabtu Ahad ni. Dah 4 minggu berturut balik kampung minggu ni mak cakap jangan balik. Sobsss.

Zupp dapat idea. Kawin!!!

Op op.. Tunggu dulu. Bukan kawin tapi satu proses untuk ke kawin iaitu kursus kawin..deng deng deng (dengan gaya dan suara Belt The Croods)

Mak aku berkurun dah suruh gi. Masa Gemok mula2 ajak kawin dulu aku yang belum matang ni macam kena electric shock pastu google apa nak buat sebelum kawin sebab malu nak tanya orang. Mak aku pulak suruh sebab katanya kalau tetiba nak kawin nanti senang. Asal ada banner kursus kawin je dia tunjuk. Adoiyai...

Pagi semalam tetiba macam dapat seru. Terus google nak cari yang leh daftar online. Sebab nak gi pejabat agama tak sempat kan. Tengok2 Hasani bole daftar online. Bayar online. Perghh senang. Gi ja www.hasanikursuskahwin.com.

Hasani ni kursus dia ada 4 cawangan. Ipoh(dekat Medan Kidd), Kamunting, Sungai Petani, Kulim. So aku pilih Kulim. Dekat sikit dari gi S.P. Lagipun senang aku nak gi tuisyen terus balik tu. Save minyak punya pasal.

Jadinye today is the first day. Nervous. Janganla orang tanya aku ni da bertunang belum. Sesungguhnya aku tidak ada! Huhu

Aku rasa sume yang nak gi pun nervous kan. Sebab seumur hidup gi sekali je kan. Mane de orang gi banyak kali. So normal lah aku ni. Hehe

Will update later about the course.*wink wink*

Mahu vitamin kulit percuma?????(Updated)

Haa ini bukan cubaan,ini betul2 kejadian.!
 
 
Vitamin kulit: Maixara C Sential
 
 
Maixara C sential ni harga dia RM99 sebotol,ada 60 kapsul tapi korang bole dapat free je. Diulang, FREE!!!
 
 
Camne nak dapat free?
 
 
Kontek aku sekarang kat
 
 
misshyda@gmail.com

Sekarang okey!!!

atau

boleh mesej2 kat fb aku:
fb udez

dan like

page Maixara saya

whatsapp punnnn bole:

017-5049769
 

Pengalaman pos produk pertama.

Tengahari tadi ada customer mesej nak COD VCO kat Carrefour. Kebetulan hari sebelum tu member baikkku Intan Salwana ada whatsapp kata nak VCO. Maka ingat nak pos jela kat Carrefour sekali. One stone kill two birds kata orang kampung.

Tanya adik ipar (keja Pos Malaysia) camna nak pos barang kecik camtu. Biasa aku pos surat je. Pos barang masa nak habis belajar dulu la. Tu pun besar. Berat lak tu. Berapa kotak tah yang penting semua sekali rm50. Okey la. Pos kapal laut kan.

Adik ipa suruh balut ja ngan kertas A4 pastu bawak gi pos nanti orang tu timbang. Ok amik je kertas recycle balut.

Tepat kol 1 aku berlarian ke kereta sampai carrefour 1.20. Mesej customer kata aku kat pos. Tunggu giliran mesti lama jadi baik amik nombor siap.

"Saya pakai pashmina,baju kaler ijau"

Macam blind date pulak!hoho

Pastu dia belakang aku je. Dia kata dulu amik Catalyst beberapa bulan tapi tak rasi. Biasala bukan produk tak elok tapi kalau tak rasi takleh watpe kan. So dia stop dalam 4bulan camtu dan nak try Treenea pulak. Tengah2 jalan trade barang. Nasib tak berbalut kalau tak orang ingat dadah. Kuikui.

Sebab ramai yang amik nombor pastu lesap tah kemana,cepat la turn aku. Dia bagi borang dulu suh isi pastu datang balik kat dia. Syok okey borang Pos. Takyah susah payah tekan2 masa tulis macam TNT sebab nak bagi copy belakang jelas. TNT jangan marah. Borang uolls cantik sebab kaler oren, I like!

Berat kertas A4 campur VCO 110gram eh. Pos ke JB tu. Haraplah selamat dan takde cela... Tapi kotak VCO sekarang ada plastik cover maka I lebih yakin dengan conditionnya bila dipos.

Aku tak caj posting. Lagipun member baik watpe nak berkira kan. Hope dia hepi ngan hasil VCO ni je..:)




K. Atol comel nak kawin!!!

Dulu masa proses nak buat FYP yang betul2 final tu,aku lepak kolej Bunga Raya ja. Gila kan kolej Sakura punya dekat ngan FK tapi aku leh pegi seberang Jambatan Pulau Pinang ke kolej Bunga Raya. Bukan ngintai Afgan,haipp!

K. Atol ni kawan baiknye K. Ayu. Diorang dah bersama sejak diploma kat UTM KL lagi. Dan satu fakta menarik,kakak k. Atol kawin ngan abang k. Ayu..;)

K.atol ni orang Melaka. Tapi dia lembut ja. Sebab orang cakap kan orang negeri sembilan ngan melaka ni cakap kasar sikit.  Penah la jugak dok sentap ngan kawan lain dari 2 negeri ni. Eh aku bukan kenegerian taw! Kalau kenegerian aku tak kapel la ngan orang Penang. Eh tetibe..;p

Masa tumpang rumah diorang agak best juga la. Sebab makan berjemaah. Yela kalau harap ngan bebudak rumah masa tu memang tak la. Suma junior pastu tak bertegur sangat. Aku bukan sombong,tapi aku bukan initiator. Kalau orang ramah ngan aku,aku leh ramah 2kali ganda. Tapi tengok keadaan gak. Sebab ada certain orang aku macam kurang selesa jadi kalau diorang ramah pun aku takleh nak close sangat. Macam hahaha pastu dah. Natural je nih. Tak leh watpe. Aku tak mudah untuk mencintai...;p

Okey back to k.Atol. Masa tu dia ada pakwe. Namanya abang Adnan.FSS. Aku tak sure diorang kapel berapa lama,tak ingat dah. Tapi biasa jumpa la. Diorang pun biasa kutuk aku masa dating. Kuikuikui. Diorang panggil aku "budak kecik". Cakap kutuk tapi sebenarnya puji tapi malu cakap depan kan?hihi

Kalo jumpa diorang aku mesti usik2 diorang pastu masing2 malu. Kahkah. Sayang takde gambar. Hmm.

Aku terjaga 3 lebih tadi. Mimpi tah pape. Aku kalau dah mimpi pelik ni pastu terjaga baiklah aku jangan sambung tido cecepat sebab mimpi tu boleh berlarutan sampai ke Subuh. Tak sanggup wey ketakutan sebegitu lama. Malam Jumaat lak tu. Kalau da kawin takpela leh la ada orang peluk bagi ilang takut..;p

Aku bukak FB dah takleh tido. Ada satu mesej. Sebenarnya kekadang takut jugak nak bukak mesej FB. Takut orang tak puas ati ngan aku ke kan. Tapi Alhamdulillah takde ape. Biasanya orang jemput kawin je..;p

Excited lebih aku ni. Orang takde kakak camni la. Lagipun da panggil comel rasa up sikit pepagi ni. Dasar. Kahkah.

Hope for your happiness,kakak!

Thursday, March 28, 2013

Aku nak bunuh orang yang buat The Croods!



Petang tadi masa nak balik keja decide nak gi Jusco tengok wayang. Rasa macam nak tengok The Croods. Dah banyak kali tengok iklan dia tiap kali nak start wayang. Best ke sampai kat US punya gila orang tengok. 


Sampai umah mandi solat. Ingat nak gi Jusco after maghrib je. Malas nak solat sana. Sampai Jusco kol 8 gak la. Macam la jauh sangat padahal tak sampai 10minit pun. Traffic lite ja yang lama. Amboih intro.


Sampai kaunter 8.04 aku dah rasa macam tak sempat je nak tengok sebab wayang start kol 8. Dulu konpiden kalau kol 8 mesti tak on time. Sekali tu tengok Sherlock Holmes kol 2. Cakap dengan Gemok "ala mesti tak start on time la" Dia pulak kate "eh,mestila start on time" Pastu masuk2 wayang je dah start.Beli makan pun tak sempat.Pastu Gemok kuar jap belikan sosej sebab aku kelaparan. Nasib tak kena bebel.Kahkah. Eh tetiba nak sebut dia kan.

Pastu tanya ja budak kaunter da start lum. Dia kata ngah iklan. Hah bolehla. Macam ada jodoh ja nak tengok The Croods. Dapat tiket terus ja masuk. Penuh gila tempat duduk! Selalu aku boleh pilih2 sukati nak dok mana,harini aku kena dok sebelah orang. Dahla baris H. Takpela janji bukan kena masuk tengah2.Segan kot.


Iklan serius lama. Aku beli McD tingkat bawah pun sempat.Cis sangat. Tengok budak2 ramai baru teringat sekarang cuti sekolah patutla ramai. Takpalah. Peduli ja. Budak2 sebelah aku budak2 Cina dalam sekolah rendah kot.Yang sebelah aku tu punya segan nak dok sebelah aku.Sampai gi tukar kerusi.Macamla aku nak ngorat dia.Budak laki kot!


Wey,kenapa lawak sangat cita tu?????Aku rasa memang perut hampir pecah gelak.Dahla datang sorang.Gelak macam apa pulak. Buat segan je. Kartun dia memang stail. Pastu elemen lawak yang banyak sangat tu buat rasa 1 jam 40 minit (agak je) tak terasa pun. Sedar2 dah habis.Tapi ending dia macam tak best la. Macam simple sangat. Tapi ok la,kira berbaloi la RM6.Hekhek.


 
The family.
 
 
 Ayah yang gagah.
 
 
Mom.
 
Nenek Eep. Yang kelakar ayah dia macam hepi kalau nenek ni takde. Banyak part kelakar pasal ni je.
 
 
 
Eep (heroin) dan Guy(lelaki asing). Guy ni lah yang tolong family The Croods ni berubah.
 
Thunk ni adik Eep or abang. Rasanya adik. Sangat penakut pada mulanya. Last okey dah. Dan agak bodoh2 sikit.Meat Head kan.
 
 
Sandy ni adik Eep paling kecik. Masa diorang memburu,paling lawak sekali ialah bila ayah dia cakap kat mak dia "Release the baby!" 
 
 
 
Ni nama dia Belt, Guy punya pet. Comel gila. Lagi2 bila dia buat bunyi "deng deng deng.." Comelllll sangat.
 
 
 
 
Sapa tak tengok lagi,gi la tengok. Best sangat!


Wednesday, March 27, 2013

Lagu putus cinta.

Ada satu lagu putus cinta best yang aku suka.Lagu putus cinta pun boleh jadi favourite? Ada wire putus kot aku ni. Huhu....
 
 
Sang Mantan
 
Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang slalu engkau cinta
Kini roda telah berputar
Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar
 
Chorus
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri
Ulang Chorus
Mana janji janjimu
 
 
Best kot lagu ni. I like! Sekarang ni lagila..Tu je lah jadi mainan dalam telinga aku ni. Yelah keja kilang mana leh dengar2 radio ke apa ni. Eh bukan dulu masa honda selalu pasang lagu kat laptop pastu karaoke dalam ofis ngan Yazid,Apek dan lelain?Hekhek.
 
 
Apa2 pun,sedih tetap sedih. Biasalah,laki mana nak sedih. Pompuan ja lelebih feeling nih.

Adik yang gila kamera.

 
 
Haritu camwhore ngan Adik. Dia ni sekarang gila kamera betul. Okey ni first picture.
 
 
Dia tak puas ati sebab muka dia separuh je. Jadi la pic di bawah:
 
 
 
 
 
Dia memang suka bergambar.Sebab kakak2 dia yang suka tangkap gambar dia sejak kecik dulu kot. Jadi dia dah terbiasa.Huhu. Ni gambar masa dia kecik. Ya,dulu dia sangat chubby. Masa lahir 3.8 kg kot. Sangat besar dan tengkuk dia keras. Jadi bila dukung pun tak kena sangga leher dia.
 









 
 
Comel ker?

 
 
 
 
 
 

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

 
First time join segmen ni..sebab dari dulu menulis untuk kepuasan diri je.Segan untuk dibaca sebenarnya.Hehe..Tapi best gak kalau ramai kawan ni.kalo blog sorang2 tak syok gak kan? hihi.
 
 
So follower saya sekarang ada:
 
 
29
 
Sikit je kan?hikhik.
 
p/s: Oh sori ye korang..ofis aku ni prob. aku takleh nak follow orang. Bukan aku sombong tau.Banyaaaaaaak yang aku nak follow tapi takleh. Yang aku follow tu dah berzaman dah aku follow. Sori sesangat!
 

Taip cepat.

Amboih,harini nak update berapa banyak entri ni Udez? Huhu.Maafkanlah. Harini la nak rindu, nak promote,nak kena puji.Kahkah.


Tadi colleague aku dok terangkan kat aku pasal something,so aku buat la kerja tu sambil diskas. Pastu dia balik kat tempat dia. Tetiba dia cakap dengan aku "eh nurul you taip cepat oh" Pastu dia tanya lagi,"you ada belajar eh?" Oh terkembang sekejap. Nak kata laju tak la.Tapi time busy camna pun kekadang aku leh sempat taip satu entri jugak. Hikhik.


Pastu dia dok tanya la dulu aku belajar U selalu taip2 kah,meleret sampai topik laptop. Tanya aku ada laptop ka. Laptop apa. Pastu meleret sampai laptop 1 Malaysia yang ayah dan adik aku Azam dapat. Install MS Office la.Huhu. Aku yang selalu diam banyak cite pulak harini.Sampai iolls rasa tak selesa pulak.Hihi.


Dah biasa buat kerja last minute je. Tu ja sebab yang boleh disimpulkan. Takde apa lebihnya pun.huhu.

Rindu kelas VLSI

Tadi bukak Facebook. Diorang ubah layout aku pastu semua benda pun ko leh nampak. Pastu ternampak Note yang aku penah buat 3 tahun lepas.
 
 

 



 
Serius rindu juga lah. Adakah sebab aku ketua kelas?Kahkah.
 
Terus update status.
 
 
 
Terus cari gambar lama dalam blog ni. Huhu. Masa ni buat assignment kot. Kat cafe Alamanda. Kerusi kosong tu kerusi aku la. Masa ni aku pakai Samsung Slide so maafkan kualiti nya. Aku sorang ja pompuan? Huhu nak wat camna,aku ja pompuan yang tercampak ke sini. Malam sebelum exam kami sama2 stay up kat library.Jangan risau,ramai orang kat library maka aku berani duduk dengan diorang2 ni. Akhirnya lulus juga subjek paling sukar ini.

 

Kesan sampingan VCOA Treenea (penting)

Sebagai penjual VCOA ni,aku kena jujur lah kan. Kat sini aku revealkan kesan sampingan lepas consume VCOA ni.


1. Cepat haus.

Memang cepat haus. Selalu aku minum dalam satu cawan air masak pun okey dah. Tapi bila makan VCOA ni, haruslah minum sekurang-kurangnya satu botol untuk hilangkan haus. Penat okey turun naik tangga untuk ke toilet. Dalam masa yang sama bersenam lah tu. Bila bersenam barulah badan kita akan lebih mudah bertindak balas pada supplement yang kita ambil tu. Tak caya cubalah..:)


2. Lapar.

Aku start keja 8.15 a.m. Before mulakan tugas,wajiblah aku breakfast untuk mengelakkan kelaparan melampau sementara menunggu rehat tengahari. Dari kecik kot memang biasa dah breakfast. Tapi aku sedar yang aku takleh go without breakfast masa Unimas. ke masa matrik eh? Matrik kot.Sebab nak tunggu time boleh makan (gap antara kelas) memang sengsara. Nak dengar lecturer cakap pun takleh dah. Kawan sebelah la jadi mangsa sebab aku dok jampi lapar..lapar.. kat dia.Kahkah.

Makan VCOA kena makan dulu. Pagi dalam 30minit after breakfast makan 2 bijik VCOA. Biasa aku bancuh air cicah biskut lemak Hup Seng beberapa keping. Pastu buatlah kerja apa pun saaaaaampai la rehat kol 1. Kol 1 memang semulajadi aku kena makan nasik. Dulu masa Honda memang aku breakfast pagi.Kan tak pernah late. Maka sempatlah makan apa yang ada kat kantin. Pastu ada rehat kol 10 maka setiap kali rehat kol 10 akan makan nasik dah. Tengahari time tidur. Rehat kol 3 makan kuih. Atau roti pizza yang diorang ada jual. Sekarang kilang takde kantin maka bersabarlah hingga pukul 1 dan melantak sehabisnya. Tengahari takleh makan VCOA okey. Kalau makan mungkin keletihan pulak jadinya. Tak pernah try.

Pastu malam. After dinner makanla lagi sebijik. Dan kalau rasa nak sapu,cucuk je dan sapu. Sapu elok2 bagi meresap. Bawah ni ada tips sikit. Credit to: http://coretanyiewin.blogspot.com/



TIPS HILANGKAN JERAWAT DENGAN VIRGIN COCONUT OIL (VCO)
 
Treenea VCOAntioxidants TIDAK AKAN membuatkan kulit and lebih berminyak atau bersifat 'komedogenik' yang akan menyebabkan liang roma tersumbat, malah beberapa krim jerawat menyenaraika...n VCO antara BAHAN tambahan dalam produk mereka.

VCOAntioxidants akan membersihkan liang ROMA dari kotoran, MEMBUANG toksin, menghilangkan parut jerawat & menjadikan kulit anda lembut dan licin dengan cepat!


VCOAntioxidants akan membersihkan liang ROMA dari kotoran, MEMBUANG toksin, menghilangkan parut jerawat & menjadikan kulit anda lembut dan licin dengan cepat!

1. Gunakan pembersih muka untuk membuang solekan dan kesan kotoran pada permukaan. Bilas dengan air suam untuk membuka liang pori muka. DENGAN cara ini VCO akan dapat masuk ke dalam liang pori anda dan menolak keluar semua kotoran dan toksin.

2. Minyak kelapa adalah pepejal pada suhu bilik, tetapi haba badan anda akan cair dengan cepat. Gunakan hujung jari anda untuk mengurut perlahan-lahan VCO pada muka anda dalam gerakan membulat. Biarkan VCO meresap ke muka anda selama kira-kira dua puluh minit. Urut selama 5 minit, kemudian biarkan ia selama 5 minit, dan urut selama 5 minit lagi. Teruskan untuk dua puluh minit keseluruhan.

3. SELEPAS dua puluh minit, bilas VCO dari muka anda dengan teliti. Proses ini agak sukar sedikit kerana minyak adalah umumnya sukar untuk dibersihkan. Setelah dibilas, gunakan sedikit pembersih muka untuk membuang mana-mana minyak yang masih tidak dapat dibersihkan.

4. Jika anda melakukan ini setiap hari, anda akan melihat PERUBAHAN dalam beberapa hari penggunaan. JIKA JERAWAT KELUAR PADA AWAL PERCUBAAN, Ini adalah perkara biasa, VCO membawa toksin ke permukaan. Perubahan dan kesan akan nampak dalam masa 3 hari, dan kulit akan jadi sihat dan lebih cantik :)

*Untuk mendapat kesan yang lebih efektif ambil 2 - 4 capsule VCOAntioxidants setiap hari!



Jadinya bila makan VCOA tu memang akan kelaparan sikit. Boleh baca ayat di bawah ni (tak rugi baca).



Minyak Kelapa Dara bukan ubat tetapi makanan. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan. Tetapi individu yang berbeza dan ada yang mungkin akan mengalami tindak balas yang berbeza. Ini adalah kerana komponen asid laurik minyak kelapa yang ...anti-bakteria, anti-virus, dan kerja-kerja anti-protozoa untuk menghapuskan bakteria buruk dari sistem anda.

Untuk mengelakkan ini, adalah disyorkan ambil bersama 3-4 sudu besar. Bahagikan setiap dos yang lebih kecil sepanjang hari. Anda juga boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan VCO anda. Sesetengah orang mungkin alah kepadanya, walaupun ianya jarang berlaku.

Minyak kelapa dara adalah agak mahal kerana pengeluarannya adalah rumit dan sangat lengkap. Ia perlukan ketelitian untuk memastikan kualiti yang terbaik. Hanya kelapa sihat yang digunakan. Selepas penuaian, kelapa diproses secepat mungkin untuk mengelakkan kerosakan. Oleh kerana VCO dibuat dengan kelapa segar, ia tidak memerlukan penapisan lanjut. Sifat antioksidan semula jadi membuat minyak sangat stabil.

Persepsi bahawa 'minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan' telah terbukti salah oleh pelbagai kajian saintifik yang dilakukan oleh ahli sains dan pakar-pakar.Penemuan terkini menunjukkan bahawa minyak kelapa mengandungi asid laurik yang tinggi (juga hadir dalam susu ibu manusia) yang sangat bermanfaat dalam serangan virus, bakteria, dan lain-lain patogen. Bahan antimikrob boleh digunakan untuk melawan pelbagai penyakit yang termasuk malah HIV membawa maut yang menyebabkan Aids.
 
 
 Oh ya! PALING PENTING SEKALI,BANGUN PAGI TERUS MINUM AIR KOSONG!
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, March 26, 2013

Kenapa Melayu jarang score Math.

Amboi,mentang2 cikgu math pandai pulak dia nak wat teori eh. Biasaaaa Udez tu! Hehe.

Berdasarkan pemerhatian aku pada adik2 dan anak murid aku,inilah teorinya. Kebanyakan Melayu tak dididik untuk suka nombor. Didikan awal ialah penting okey.

Bukan nak kate orang lain,adik2 aku pun sama. Aku lain dari adik2 kenapa pulak? Mak ayah sama. Huhu.

Mak aku kata. Masa aku kecik (dalam perut sampai dalam buai) mak aku rajin wat kira2. Tak tau la kira2 apa. Pastu satu lagi arwah atok iaitu arwah ayah pada mak aku suka congak. Jadi kononnya turun pada aku.

Turun kat aku ja? Tak aci la. Okey yang tu aku tak tau la. Walaupun memang aku suka congak2. Tapi sejak aku tadika mak aku rajin ajar aku math. Ingat lagi. Masa tadika aku dah tau cara bahagi. Kan darjah 3 baru belajar kan. Kira advance la.

Tapi takdela nak show off aku pandai ke apa kan. Cuma nak cakap yang sebab mak aku rajin ajar aku dulu maka aku jadi berminat dan suka buat math. Dia ajar sampai bebetul dapat. Dan aku pulak jenis tak putus asa masa tu. Huhu. Minat kan bole dipupuk...;)

Memang aku sangat suka math dari kecik. Aku bole lupa sekeliling buat math. Masa darjah 1 heboh kat sekolah sebab kononnya aku bole wat soalan darjah 6. Aku pun tak tau masa bila. Huhu. Tapi yang aku ingat masa darjah 5 aku sibuk belajar form 1 nye math. Aku jenis memang takkan tumpu masa kelas.Macam genius kan bunyinya dulu. Sekarang? Macam apaaaa pun tak boleh.

So aku rasa budak2 dari kecik kenaaaa diajar untuk fikir yang math tak susah. Macam Cina ajar anak diorang. Macam genius Sufiah dulu. Kan ayah dia yang ajar yang dia pandai sangat tu. Pastu ada talent pulak. Takde talent takpe, yang penting rajin.

Okeyla. Takut ada orang nyampah pulak baca. Bukan perasan good good,cuma nak share opinion aku. Melayu boleh!

Sistem tah pape!

Company aku ni, nak mintak cuti ada la sistem. Pastu ada la sistem untuk documentation jugak. Headquarters yang jaga. Tapi rasa macam geraaammmmmmm ja. Rasa nak bom ja PC ni.



Selalu tak stable. Pastu aku ja yang selalu kena. Orang lain okey ja. Dah tu kena la call HQ,kena la call IT Consultant. Hish. Banyak keje. Buang masa dan duit. Duit company lah,bukan duit aku. Dan buat aku stress and takda mood. Lantak kau lah.

Matlamat April.

2 bulan skip tak buat matlamat. Dasar azam tahun baru sat ja pastu tah ke mana.hikhik.


1. Hadir seminar bisnes.

Aku dah daftarkan diri untuk join satu seminar ni. Kat area tempat kerja aku gak. Tarikhnya ialah bersamaan besday Afgan Unimas. Aik,ingat lagi? Huhu. Bukan ingat,cuma tak lupa. Sebab dekat2 ja ngan tarikh besday I. Oh ya, esoknya pulak hari tunang adik aku. Mak aku kata takyah balik pun takpe sebab bukan aku yang tunang pun. Hihi bagus. Memang malas nak balik sebab dah 4 minggu berturut balik. Tiap kali drive ja takut ada "orang" tumpang belakang.


 
 
2. Re-schedule.
 
Bulan depan tambah busy. Maka time management haruslah lebih jitu lagi untuk mengelakkan pancit.Hehe. Macam naik gunung pulak leh pancit2. Maka rasanya baiklah aku jangan skip makan VCOA Treenea lagi. Pagi aku memang makan,tapi malam alwaysssss lupa. Harus lebih rajin bersudoku kot untuk kuatkan daya ingatan.Hihi.
 
 


3. Buat soalan untuk my students.

SPM,PMR tinggal berapa bulan lagi. Harus giat lah cari soalan2 best untuk mereka buat.


 
 
4. Tukar kerja.

 
Aku rasa dahla buat Road not Taken. Tak make any difference pun. Buang masa ja. Dan buat serabut ja. Big X!
 
 
 
 
 
April=4. So matlamat 4 je.Hihi. Good luck for me!Oh sudah nak masuk 25 harus lah buat banyak perubahan pada diri sendiri!
 
 
 

Monday, March 25, 2013

Beef mcpepper!

Sedap2. Tak sempat capture da gigit dulu. Huhu. Beli a la carte ja. RM6.45.

Tau Jalan Raja di Hilir je.

Asal datang Ipoh tanpa ayah ja mesti sesat. Tah pape. Memang kena kutuk la dah sekola 5tahun kat Ipoh tapi tak tau jalan ape.Harap maklum ye,aku memang budak baik. Masa sekolah aku takde fly. Ponteng prep ada.biasala budak asrama camni kan. Huhu.


Dulu selain sekolah aku tau Medan Kidd, UO (Greentown Mall),stadium,Medan Kidd, Super Kinta ngan kedai S.S Mubarak (kedai buku).Aku suka gila kedai buku ni sebab banyak buku best. Luas dan banyak pilihan.Also Padang Polo yang diorang wat 1 million Purple Walk itu hari.


Masa tu even Jomheboh pun tak penah gi. Padahal bukan jauh pun. Tak taulah apa je aktiviti aku masa tu. Even Istana Raja di Hilir yang sebelah je ngan sekolah tu pun aku leh tak tau. Loser.



Hurmm walau bagaimanapun,aku pernah ke McD. Sebagai pelajar sekolah agama kerajaan negeri dengan bantuan kerajaan maka setiap tahun akan dapat biasiswa. Ini lah yang ditunggu oleh semua orang. Pernah sekali masa form 4,bulan puasa. Kami budak bilik RBBC dan RBBD order delivery secara berjemaah. Tau tak total berapa? Rasa ada lebih 30 set diangkut guna troli dan total semua err..kiralah ya.


Ada satu McD best.Belakang Super Kinta ada satu jejantas yang connect to McD. Tak la turun2 terus je masuk restoran tu. Tapi turun2 jalan dalam 5 langkah gabak dah jumpa pintu masuk.Hihi.

Credit to:www.gielewski.com
 
Haritu aku lalu sini tapi tak sempat nak capture gambar. Stail tak bangunan McD tu? Aku suka gila! Dia 2 tingkat. Sini la first time aku makan Prosperity,which is the last sampai lah masa 4th year UNIMAS kot aku terus bantai double prosperity! Dan tak larat habis,dasar tamak selalu rugi punya orang. Dan sekarang,aku memang suka Prosperity. Sekarang ni ngah ngidam Beef McPepper lak. 
 

 
Eh,tetiba McD pulak. Dah kena rasuk ni.Huhu. Ta-ta.

Bukak bengkel ngan Alif.

Adik aku yang nama Alif ni adik aku yang paling rajin. Kalau tukang basuh keta aku dia jelah. Yang ayah boleh ajak gi kebun dia lah. Yang mak boleh suruh buang sampah diaaaa lah. Nampak sangat kerajinan beliau. Untung nanti sapa kawin ngan dia. Cey tetiba,baru ja 13 tahun kan,akil baligh pun belum.
 
 
 
Gambar lama. Sebenarnya bila adik dah membesar dan masuk asrama,rasa sedih sikit sebab dah jarang jumpa. Pastu nanti dia dah tak manja ngan kita,sombong ngan kita,mula berani pandang kita bawah dah,tak hormat dah. *tetiba luahan hati pada adik2 yang lain*
 
 
Gambar paling latest. Dulu tangkap gambar diaaaa jaaaa,pastu dapat adik lelaki baru dok tangkap gambar Adiiiikkkk ja.Sian dia.
 
 
 
Okeylah. Balik pada kereta. Memang dia ja yang rajin kemas kete aku. Maklumlah dok flat ni payah nak cuci kete ape. Aku pulak busy,nak gi car wash je dah malam. Tutup dah *alasan baikkkkk punyaaaa*.
 
Jadi tiap kali balik kampung diaaaaaa lah yang tolong cuci dan kemas. Kakaknya ni bukan pemalas,cuma busy *koff koff*
 
Sebab dia dah masuk asrama, haritu adik-adik lain pulak yang cuci. Tapi ni cuti sekolah,dia mesti la balik maka kami sama2 beroperasi pagi Ahad tu.
 
 
Balik dari Ipoh dan lepas makan nasi ayam penyet tu aku balik ikut Kampar sebab nak gi umah Wah kat Bukit Pekan. Mak ayah aku ada sana. Sampai pekan Kampar aku singgah kedai kereta beli polish.
 
 
Beli ni ja murah sikit RM20. Kalau polish kat kedai RM60 kata orang2 yang aku tanya. Cheapskate kan. Polish sendiri jelah. Apa ada hal.
 
 
 

 
Kan aku ada ehem2 dengan lori haritu. Cantikkkk takkk? Dah 2 bulan baru reti nak polish kan. Tahan je kemaluan bila orang dok usyar2 kereta. So ni baru nak polish la ni. Maka kami pun beroperasi. Mula2 agak susah gak nak keluarkan.Mungkin sebab pagi sangat kot. So kereta sejuk. *Ada kaitan ke? tell me* Tapi lama2 gonyoh hilanglah semua hitam2 tu. Tak nampak cam baru sangat sebab ada scratch yang dalam. Nanti lain kali la buat lain yang tu. Pastu dah siap kami bukak bonet depan cuci2 habuk2 tu. Pastu usik2 apa yang patut. Dah macam pomen ja kami dua. Kahkah.Ada hati tu. Tetiba teringat pomen kat kedai aku beli polish tu. Napa pomen pun comel camtu eh? Ish3.*pang diri sendiri*
 
 
 
Masa tu dok terfikir,kalau dah besar nanti aku nak join venture la bukak bengkel ngan Alip. Huhu. Impian.