Mari join..:)

Monday, February 11, 2013

Yang buruk buruk aje.

Semalam family pakwe adik aku datang merisik. Aku mulanya tak nak balik. Tapi Gemok suruh balik jugak. Maka baliklah kite.

Dari lepas Subuh aku tolong mak masak, keluarkan pinggan mangkuk suma. Sampai la tengahari. Diorang datang lepas Zohor katanya. Wah, makcik, maklong dari belah ayah. Juga pak uda dari belah mak ja yang hadir. Makteh tak dapat datang sebab adik ipar dia pun kawin kat Melaka.

Petang sebelum tu. Opah cakap dengan aku hati ke hati kononnya. Dia suh aku bertunang jugak. Dia nak kami ikut aturan la. Aku diam ja.Dia kata dia berkenan dengan Gemok. Haha. Yang tu buat mood aku up sikit. Boringla kena paksa ni.

Masa majlis berlangsung,pak uda yang jadi jurucakap. Sebab pakcik lain yang ada tu takleh jadi wali kiranya kan. Jadi diala paling layak jadi jurucakap.

Haritu aku memang tak mandi dari pagi.sibuk katakan. Sepupu aku cakap. Patutla tak kawen kawen sampai sekarang. Mandi pun malas. Sentap la jugak. Dahla dari sekola menengah lagi memang suma orang dok cakap yang adik aku akan kawen dulu dari aku. Adik laki sulung aku tu syok la. Dia kata aku memang stok tak laku.

Antara orang yang dok kata dari dulu aku akan kena langkah bendul adalah makteh. Masa aku dok ngan dia masa praktikal dulu. Dia cite kat membe dia yang mak aku kata aku ni asyik mintak duit. Dok sarawak tapi tiap2 bulan nak balik. Memang sem sebelum tu aku kerap balik. Sebab kebetulan banyak cuti panjang. Pastu ayah pun mula sakit sakit. Darah tinggi,kencing manis. Tapi duit tiket ape memang aku beli sendiri. Save gila duit ptptn mase tu. Makan pun skip.Tapi takpelah. Biarla orang nak cakap. Dia suh aku save duit masa praktikal tu. Sebab duit ptptn ada. Elaun pun dapat.dok umah dia.gi canon naik bas. Dia tak bagi aku boros la. Memang aku tak boros pun. cuma aku memang selalu nak balik kampung. pastu bagi adik duit.bukan sikit jugak tu. Tapi bak kata mak kan,dengan adik2 takyah berkira. Fine.

No comments:

Post a Comment