Mari join..:)

Saturday, February 2, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA.

Entri ni dibuat atas desakan Gemok. Entah pape dia tu.

Dia ni sekarang suka sangat tengok cite Melayu. Setia hujung nyawa lah,Ruby lah. Mentang mentang lah aku takda TV. Saje nak wat aku dengki.Aku ni kalau gi umah dia ja aku tengok. Kalau kat umah sewa aku melangut ja tengok dinding.Dinding pun boring dah ngan aku.

Apa yang menarik perhatian aku tentang cite ni ialah. Pelakon dia. Nelydia dan laki tu.Aku tak pasti nama dia. Tapi tak silap aku dia rambut kerinting dulu. Banyak gak dia berlakon.Apa yang aku perasan suara dia. Macam suara Ery Putra je. Huhu

Aku walaupun suka gak baca novel tapi tak pernah jumpa pun novel tu dan tak pernah nampak nama penulis novel tu. Jadi taklah macam kes Kau Laksana Bulan dulu. Yang tu aku siap bole tau pasni ape jadi,pastu apa pulak. Yang paling syok,compare watak dalam imaginasi aku dengan watak dalam drama tu. Sama tak.Huhu.

Apa yang best tentang citer ni. Sebab hero sangat sweet kot. Sebab dah kawen terpaksa pun,tapi dia layan wife dia dengan sangat baik jugak.

Apa yang tak best,sebab kisah hitam pompuan ni. Dia pernah terlanjur dengan balak lama dia. Sampai mengandung dan pastu keguguran. Masa dah kahwin lak tu gugur. Hmm. Laki dia tak dapat terima. Terus layan teruk. Sian sangat dia. Pastu sekarang ni. Dia dah start sayang balik kat wife dia. Tapi wife dia merajuk dah. Hmm laki camni la. Dah pompuan merajuk,barulah sibuk nak pujuk ape.kalau tak tu, buat tak tau je. Kurang peka diorang ni. Kalau tak bagitau,memang takkan tau dan tak nak ambik tau.kalau bagitau,diorang bosan pulak.wah luahan perasaan nampak.

Lagi satu. Takutla pulak kan. Kalau ada pompuan berfikiran singkat dan fikir takde dara tu bukan masalah besar sekarang ni. Dosa tetap dosa. Yang penting bertaubat. Tapi kalau sengaja nak buat tu,tak patutla kan. Bukan soal dara yang lebih utama,soal dosa dan pahala. Walaupun ada orang cakap, "alah laki bukan tau pun ada dara ke takde dara tu camne" haih.macam ni pun ada.

Hmm. Yang penting,apa yang boleh kita elak, kita elak lah. Tengok kisah apa pun,mesti ada pengajaran dia. Jangan salah paham sudah. Tengok cite orang putih,hmm. Kalau part tut tut tu,punya ramai yang nak tengok sangat. Padahal nak rosakkan pemikiran umat Islam.

No comments:

Post a Comment