Mari join..:)

Monday, February 25, 2013

Semuanya pasal mimpi.

Tak taulah kenapa blog2 yang aku follow semua update sikit2 je harini.padahal aku free harini leh baca semua siap boleh ulang2.Heheh. Nak tengok page follower memang takleh nak tengok sebab kena blocked. Nak komen pun kadang boleh kadang tak.Maafkanlah saya bukan sombong. Kalau dapat sembang esok pun lum tentu habis.Hehe!



Malam tadi aku mimpi perang dalam kampung.Bukan kampung aku.Tak tau kampung sapa. Tapi kampung tu ada macam rumah panjang sikit. Sebab banyak bilik. Entahla. Latar tempat tak dapat dipastikan. Latar masa rasanya zaman sekarang lah.Cey tetiba nak KOMSAS sangat kan.



Herannya. Dalam tu kes hapuskan bangsa sendiri. Contoh, bapak jadi penyerang. Anak jadi orang yang diserang. Cukup tak faham. Nak kata perang saudara,bukan. Pastu orang Melayu lawan orang Melayu lak tu. Pastu ada campur bangsa asing sikit. Tapi tak pasti sape. Serius, banyak kali gak mimpi camni. Serius takut. Macam dok fikir,camne aku nak selamatkan diri ni?Mana nak lari?Mana nak nyorok?serius takut. Sama takutnya macam takut PKR menang PRU-13. Oh tidak!Please dont be happen.*Biarlah aku nak sokong mana pun kan.Hak masing2.*


Pastu aku terjaga.Rasa lega sangat. sebab kengkadang mimpi aku ni leh bersambung2. Macam ko jaga, pastu tidur balik,sambung mimpi tadi. Sampaaaaaaila pagi. Kalau mimpi kawen syok gak.Tapi aku selalu mimpi kawen ngan orang yang aku tak suka ja. Mana syok.Ada sekali tu,leh mimpi bercinta dengan sorang artis ni. Siap cakap omputih lagi dengan aku.Tajuk lagu dia pulak tu.Nak kata minat dia,tak jugak.Huhu. Tapi I is bahagia.Ngeh3.




Kengkadang mimpi aku memang suka berulang. Dulu masa kecik aku selalu mimpi rumah atas awan.Rumah tu kecik je.Macam rumah aku dulu. Rumah papan. Pastu bukak pintu nampak orang naik basikal atas awan. Kayuh macam tak kayuh je. Tengok,sampai sekarang ingat. Nampak sangat selalu mimpi tu sampai boleh ingat. Pastu aku selalu mimpi aku panjat tangga. Sangat kerap okey. Macam dari satu tempat ke tempat lain ada tangga.Pastu ada tangga lagi. pastu macam kena lompat pulak nak gi tangga lagi satu. Takut tau. Kalau dulu masa kecik bila ada adegan panjat tangga ni last2 mesti jatuh.Terus terkejut.Alhamdulillah sekarang tak dah.Mimpi panjat ja tapi tak jatuh sampai jantung rasa nak tercabut tuh. Terjaga sebab apa pulak sekarang ni.hmm tak ingat pulak. Tapi serius tak faham key. Mungkin maksud dia aku sekarang rajin berusaha tapi lambat nak berjaya kot? Entahlah. Allah je tau.


Kengkadang tu. Aku mimpi kan. Pastu aku leh fikir dalam mimpi tu,"oh aku penah mimpi ni dulu".Pelik tak? Dalam mimpi aku tau aku mimpi dan aku leh sambung layan je mimpi tu. Hoho. Lebih takut dari rasa lawak aku rasa. haih,mimpi la mimpi.


Baru2 ni,haa semua nak cite sekaligus kan. Pasal mimpi jugak. Yang ni scary ok. Ada sorang laki tua ni. Dah tua baya2 arwah tok aku kot. Ade sebatang gigi depan. Dia naik keta dengan aku. Pastu dia peluk aku kiss mulut.TAKUT!!!Nak lari tapi tak leh.Arghh aku dicabul di dalam mimpi sendiri! Menakutkan! Nasib la takat tu ja pastu terjaga. Takut sangat. I is suci tau. Jangan rosakkan minda kanak-kanak macam I.=.="


Macam2 mimpi dah aku cite kan.Mimpi kena patuk ular pun ada tapi kat jari. Ada sekali tu kat tengkuk. Sebab aku mimpi aku jadi macam ni.


Dua2 scary bukan membahagiakan. Bangun2 terus baca ayat suci bukan terus rasa seronok rasa macam ada orang nak minang.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. saya juga minat cerita pasal mimpi... mimpi yang real boleh terbawa2 dalam ingatan dan sukar dihapuskan.. mimpi yang seronok , kalau berulang.. alangkah bahagianya..
    kalau sudi dan ada masa terluang, saya persilakan sahabat ke blog saya yg xseberapa... http://kawalmimpi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah..tq sebab baca entri sy..mimpi memang selalu pelik2.bila bgn kdg2 bingung plak rasenye.hehe..will do..thx

    ReplyDelete