Mari join..:)

Wednesday, February 27, 2013

Sembang politik.

Sekarang ni bukan main dasat lagi peperangan politik Malaysia ni. Yang penting aku tau aku sokong sape kan.Lantak la orang nak cakap ape. Kita ada hak masing2 dan apa yang kita nampak dan dengar tak semestinya betul.Setiap orang ada hujah masing2.Ada kebaikan dan kelemahan masing2. Ada pihak tu manifesto pun agak tak logik.Nak caya camna kan. Too good to be true laaaaaa...



Pastu sekarang ni pasal poll yang Merdeka Center buat.Eleh poll tu bukan kita tau pun sape responden dia. jangan2 kucing. Even pilihanraya pun orang tu kata ada pengundi hantu la apa kan. Jadi apa la sangat setakat poll camni. Bukan semestinya menyeluruh pun.Kalau menyeluruh,mesti la aku pun responden gak kan.


Satu yang aku rasa lawak kan. Kebanyakan orang yang dok sembang politik sangat ni.Bukan join parti tu,tak daftar pengundi pun.Cakap je lebih kan.Kalau betul sokong jadi la ahli parti tu. Daftar la pengundi. Ni apa pun tak buat,cakap je lebih.kahkah. Aku cakap berdasarkan orang yang dekat dengan aku. Masing2 sembang kemaih.



Ku akui (lagu hafiz) rumah aku ada bendera satu parti ni. Ayah aku kan ketua cawangan. Dalam rumah pun ada buku2 ahli politik yang menjurus ke arah parti ni. Yes, I did read those. Aku tak kata lepas baca tu makin sayang ke apa. Sebab aku pun baca jugak paper satu lagi parti tu. Rumah Gemok banyak. Even dalam peti surat pun ada dapat free. jadi tak kata aku baca sebelah pihak je. Boleh kata adil la baca dua2.hoho.



Tak mau cakap sapa betul sapa salah. Cuma yang tak faham orang dok gaduh kat blog pasal politik. Kefahaman lain2 pastu nak bagi orang ikut cakap kite. Tak patut la kan. Sokong diam2 dahla. Nak gaduh pasaipa. Agama sama what. Agama lagi penting dari politik.



No comments:

Post a Comment