Mari join..:)

Friday, February 1, 2013

Semangat untuk Cantik!

Sejak aku berjinak jinak dengan produk produk kecantikan ni, ewah ewah kemain lagi. Siap jual pulak lagi. Dok promot orang sana sini. Siap suh mak tolong jual kat Ustazah Kamariah. Pastu mak tak nak. Haha
 
 
Semalam. Seperti biasa. Lepak umah Gemok. Entah pape kan. Eh aku rasa aku kena buh nama baru la untuk umah ni. Sebab segan setiap kali tulis perkataan Gemok. Ok lah aku panggil Rumah Kuning. Dah memang cat kaler kuning.
 
 
Ok semalam lepak Rumah Kuning balik dari tuisyen. Dok layan citer Ruby yang dah nak habis pun. Sampai dah dekat kol 11 gak. Sempat beli burger femes kat Permatang Pauh tu untuk orang orang di umah.
 
 
 
Lepak lepak bla bla bla sembang suma. Gemok muncul dengan satu bekas Nata de Coco.
 
 
 
Dia sua kat aku. Dalam bekas tu ada macam jeli agar-agar. Kaler coklat.
 
 
Aku usik sikit. Tapi rasa sejuk gila. Sebab baru kuar dari peti ais. Dia suruh bau. Melatong kehong. Pastu cepat cepat dia masukkan balik dalam peti ais. Dia cakap takut busuk kalau letak luar lama lama.
 
 
Aku tanya apa dia. Dia cakap.
 
Pure Collagen.
 
 
 
Pastu dia ceduk sikit bagi kat aku suruh aku try kat belakang tangan kiri. Pastu aku amik sikit buh kat muka. Dia pun semangat nak buh jugak kat muka. Siap tolong sapukan kat Ayong ngan mak cik.
 
 
Berapa minit. Aku rasa jegang kat tangan aku. Hehe aku bukan buh kat belakang tangan je. Satu lengan aku buh.Nasibla.Jangan kedekut!Huhu.
 
 
Oh ye, kolagen ni dia yang beli. Tu yang over tu.
 
 
Pastu. Aku cakap ngan dia. Kolagen ni dia takleh makan or minum. Sebab dia ada resdung kuat. Kolagen kan dari laut. Orang ada alergik no no no k.
 
 
Pastu. Dia mintak aku sebijik VCOA. Dia taknak try satu botol.Nak try sebijik je. Habis2 makan. Dia dengan poyonye bagitau suma orang "Bertenaganya lepas makan ni" sambil buat gaya berlari. Overrrrr nya pakcik ni. Dahla makan sebijik je. Pastu baru masuk tekak dah kata bertenaga. Kurang kurang pun, bagitau la esok pagi lepas bangun tidur ke.Keji.
 
 
 
Then aku teringat sabun Myracles Beauty.
 
 
 
Aku rasa produk ni memang tengah hot sekarang. Sebab spray tu memang bertindak serta merta. Memang sesuai dengan nama dia. Miracle sangat. So I decided to try. Sabun dulu.
 
 
Bila aku cakap dengan Gemok nak beli, dia cakap dia hairan sangat. Sebab aku ni macam dah gila kolagen.Dulu dia suruh aku pakai Meiko pun aku beria tak mau. Sekarang tanpa disuruh suruh aku yang cari. Eleh jeles la tu. Dia ni lagi gila glam dari aku. Kalah pompuan. Haritu sibuk nak try charcoal mask aku. Pastu nak bukak punya pedih. Menyesal.Padan muka.Haha. Padahal dia la penyebabnya. Suka kira jerawat kat muka aku. Padahal sekarang pun dia dah tak flawless sangat.Haha gelak kejam.
 
 
Aku tak kira. Nak jugak try benda benda ni semua. Kalau tak ok tak payah pakai dah kan. Senang cite. Kalau tak cuba,mana nak tau. Laser tu kemudian la. Tunggu Cik Fizah kurus dulu. Hoho mati la kalau dia baca blog ni. Peace! Nanti nak try Hansaegee pulak.Hehe
 
 
 
 
 
 
 
 

4 comments:

  1. hot skang ni..miracle,pure marine collagen...

    udez.ada fb? add la eka.hehehe

    ReplyDelete
  2. cik eka juga tapi eka setting org lain tak boleh cari..hehehehe

    ReplyDelete
  3. huhu..then eka la add udez..

    https://www.facebook.com/udezHUda..hihi

    ReplyDelete