Mari join..:)

Friday, February 22, 2013

Projek masa mak ayah gi umrah

Flashback lagi.Masa mak ayah nak gi umrah mak aku ada pesanan kat adik aku Dila. Katanya jangan bagi ayah tau sebelum masanya. Takut ayah tak bagi.

Ayah aku pesan suruh aku balik hujung minggu tengok adik2 masa deme gi umrah. Masa tu yang ada kat umah Dila, juga adik2 bawah umo 13 iaitu Alip, Izah dan Adik. Okey aku balik. takyah suruh pun sebenarnya.Hehe.

Pastu.Disebabkan pesanan emak tu,kami pun pegi pekan Teluk Intan cari kedai yang dimaksudkan. Bukan kedai barang kemas,harap maklum. Pegi pulak petang Sabtu. Memang salah hari la. Sabtu petang dan malam jalan Teluk intan memang sesak sebab pasar malam.

Setelah membuat pilihan berdasarkan bajet dan politik. Maka terhasillah.

Warna biru ikut warna BN bak kata Dila. Ayah balik dari Mekah terkejut gila. Dengan semua orang dia cite yang dia terkejut balik rumah.Eleh cakap jela suka.

No comments:

Post a Comment