Mari join..:)

Saturday, February 16, 2013

Perjalanan ke tempat kerja sangat menakutkan.

Teringat masa baru praktikal dulu.Awal 2009.

Mak teh aku tinggal kat Kampung Jawa,Klang. Pegi keja naik bas kilang.Setiap pagi bas sampai bus stop kami kol 6.30. Bayangkan. Aku yang jenis kuat tidur dulu boleh bangun seawal 5.50 pagi,mandi,cuci baju,dan 6.25 dah keluar rumah ke bus stop. Tak jauh pun.Selalu pakteh ulang alik anta kami naik moto je.

Masa baru tu,van je yang ada.kadang2 ada bas. Memang sempit la. Dah lama sikit baru la hari2 naik bas. Minah kilang habis. Nasib keja normal. Kalau syif tah kol bape kena bangun.3 syif lak tu.

Setiap pagi lalu KESAS. Setiap pagi jem. Balik keja pun sama. Kalau bawak kete memang scary kot. Sebab ada roundabout yang kecik tapi banyak cabang on the way tu.

Pagi tu biasa senyap je. Orang tak cakap sangat. Kalau petang riuh. Especially mak teh aku la. Haha! Tapi selalu gak dia tertido dalam bas. Sian dia. Balik keja nak masak lagi. Nasib anak 2orang je. Kalau mak aku.8 orang. Perghh. Jenuh.

Tiap pagi aku mengelamun ja. Biasala kalo ada perbualan pun makcik makcik jela yang leh join. Kang kata budak kuang ajo pulak. Anak sedara sape tu? Huhu.

Apa yang aku fikir setiap pagi ialah. Masa tunggu bas sampai,akan ada bas sekolah lalu. Penuh. Gile la 6 lebih da naik bas. Aku dulu 7.30 baru gi sekola. Ayah hantar dah besar sikit baru naik basikal. Penatnya diorang tuh.

Pastu pagi 6.30 jalan dah start jem. Tu baru Klang. Belum lagi KL yang lagi teruk jem dia. Dengan highway merata. Sorila aku memang tak konpiden langsung nak hidup KL. Biarla selamanya kampung pun. Huhu! Motip sangat. Macam Penang ni kampung. Tak tau ape yg takut sangat KL tu. Padahal orang KL sejati macam Zatil tu relak je. Bak kata dia,g shopping pakai tracksuit pun watpa nak kisah. Huhu.

Semua kereta nak laju. Tak main la bawak 40 km/j sejam kan(ade orang terase ker?haha!). Semua macam race. Suma feeling Schumacher. Terus rasa zaman pekerjaan adalah menakutkan. Nak pegi kerja pun macam apa dah. Belum cabaran bekerja lagi. Takutt takutt. Plus masa tu belum belajar memandu maka rasa takut juga la nak amik lesen dan akan tempuh race itu.

Life is scary. Agree?

Tetiba buh gambar keranda pelik.

No comments:

Post a Comment