Mari join..:)

Tuesday, February 5, 2013

Pelajaran loghat utara #1

Sian aku kan. Pas kerja baru dapat update. Pakai Galaxy Y je. Belum mampu nak pakai Tab. Tu yang memang selalu takde gambar apa tu. Hihi. Maafkanlah.

Harini nak jadi cikgu BM sikit. Aku ni minat gak bahasa2 ni. Dulu masa Cikgu Rosanita mengajar,dia kan memang kira otai gila dah bahasa. Pengetahuan tatabahasa dia ialah sangat up-to-date. Apakah ada perkataan English pula di sini wahai cikgu BM.

Okey back to Cikgu Rosanita. Dia memang terer. Walaupun aku ni memang pelajar bermasalah,memang berapa kali gak la kena marah dengan dia. Pandangan sinis dia yang aku takleh lupa sampai sekarang tu. Tapi aku hargai apa yang dia ajar. Dia ja taktau. I kan jenis suka tak tunjuk.*tetiba*

Sekarang ni nak cakap pasal  perkataan gandaan berirama. Tak silap aku lah. Ke gandaan majmuk. Entahlah.(hoi kau kata kau hargai pelajaran Cikgu Rosanita tadi?) Perkataannya ialah SERAM SEJUK.

Seperti yang ramai maklum,aku bekerja di Penang. Ramai la sangat kan. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Perak. Jadi aku mestilah tak pakar loghat utara kan.

Jadinya, satu malam ni. Makcik kata, seram lah. Aku heran la. Seram apa? Tanyaku dalam hati. Aku kan jenis lambat bertindakbalas sikit. So aku tak terus tanya. Pastu dia sambung lagi. Seram sejukla malam ni. Tak tahan.

Sejuk=seram??¿¿




No comments:

Post a Comment