Mari join..:)

Tuesday, February 19, 2013

Mudahnya menjemput rezeki.

 
 
 
Dah janji kan nak wat review haritu. Sebenarnya semalam dah beria dah menulis kat bloggerdroid, sekali line tak ok kat umah aku tu. Tak mau nya save. Last last ilang. Adoiyai.
 
 
 
Aku tau buku ni dari sebuah blog. Tak pasti la blog siapa. Sebab dah agak lama. Yang aku ingat tajuk buku ni je. Haritu bulan lepas kot, masa teman mak ke Teluk Intan. Mak ajak pegi Pustaka Intan Shah. Aku nampak buku ni. Siap tunjuk kat mak aku. Masa tu aku ngah kering. Pastu tak sampai hati nak pau mak aku walaupun dia dah offer nak bayarkan. Takpela. Lain kali aku beli. Pastu masa yang aku nak gi tukar tayar tu. Datang sini dulu baru gi kedai tayar. Huhu. Memang aku gemor la Pustaka Intan Shah ni. Kalau nak cari buku camni memang banyak. Ada satu buku tu. Salesgirl tu promot. Tapi aku kena bajet betol2 dulu. Tak ingat dah tajuk dia. Cuma yang aku ingat. Penulis dia dah meninggal sebelum buku tu diterbitkan dan dia ceritakan pasal dia di Pakistan.
 
 
 
First, rezeki. Kalau sebut rezeki semua orang pun ingat duit. Betul tak? Semua orang pun nak duit lebih. Bukan semua benda boleh dapat dengan duit, tapi kita perlu duit untuk dapatkan benda. Tapi di sini bukan duit sahaja yang termasuk dalam definisi rezeki. Ada banyak lagi. Kita ja tak perasan dan tak sedar.
 
 
 
Kedua. Buku ni ceritakan camna nak menjemput rezeki. Bukan mencari rezeki. Semua orang tau cari rezeki kena kerja, buat itu buat ini pastu susah jugak kan nak cari kerja sekarang ni. So yang ni, jemput je. Bunyi pun dah lain kan? Camna cara dia,kena baca buku ni sampai habis.
 
 
 
Ketiga. Muhasabahkan diri. Serius, aku rasa ada perubahan dalam diri aku lepas baca buku ni. Tak pernah kot aku baca satu buku dari awal sampai habis dalam satu hari tak bergerak mana2.Pernah la dulu2 masa baca novel camtu. Tapi sekarang dah tak gemor teman baca novel ni. Boring rasa teman.Lagipun dari novel mana la ada faedah sangat kan. Sikit sikit ada la.
 
 
 
 
Ada banyak lagi benda yang kita boleh dapat dari buku ni. Jangan tak tau, Wardina Saffiyah pun baca buku ni.(Hai kak Dina..) Dan lagi, buku ni cetakan pertama dia 2012. Yang aku baca ni cetakan keempat. Juga 2012. Dasat tak dasat. Silalah dapatkan di kedai buku berhampiran eh. RM18 je aku beli. Huhu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment