Mari join..:)

Thursday, February 7, 2013

mohon tapak rumah

Semalam aku ada hal di kampung. Gila la tengah minggu balik kampung.kalau isnin or jumaat takpela. Tak la penat sangat. Ni,sampai kampung dekat 4 pagi. Pastu pagi pagi mak gerak suruh pegi pejabat tanah awal. Oh ya, aku kena balik kampung sebab urusan permohonan tapak tanah. Ada temuduga. Kalau tak datang, kira tak mau la. So,kena datang. Tapak rumah ni untuk rumah yang kami satu family tinggal sekarang. Mungkin sebab aku anak sulung, so ayah suh aku apply. Nasib tak kena bayar pape..hehe


Pastu masa mak aku gerak untuk subuh tu, aku cakap kat mak aku. Huda gi petang la. Ngantuk sangat. Mak aku dok bising kata ramai orang so kena gi awal. Adus. Pastu tengok aku memang ngantuk, dia kata takpela pegi la petang.Pastu kol 9 lebih dia gerak aku lagi. Dia cakap dia nak gi Kg Gajah. Patutla suh aku gi awal. Kalau tak leh gi sekali je.Huhu.


Tapi sebab masa gerak aku tu, dia dah siap dah pun. Mestila dia malas tunggu aku kan. Dia gi nek motor je. Rasa bersalah pulak diriku ini. Tapi sebelum kuar,mak aku dah pesan suruh tenggek nasi siap siap. Aku cakap ok je. Pastu suh mak pasang kipas sekali sebab panas. Mak kata, takyahla pasang kipas. Nanti lagi sedap tido,payah nak bangun. Sedih. Aku memang tak larat sungguh nak bangun. Badan rasa lesu gila. Sambung tido. Pastu kol berapa tah ada makcik mana tah datang. Aku dengar, tapi macam sayup sayup je. Last last senyap. Aku sambungla tido lagi.Haha.


Dekat kol 11. Aku betul betul bangun. Sebab nak kenc. Sebenarnya dah lama dah aku tak biasa bangun tengahari. Bila sekali sekala bangun camni rasa pelik pulak. Pastu ayah dok kol. Tak sempat nak angkat. Mak aku pulak kol. Dia cakap ayah kol dia suh gi cepat. Suruh bagitau aku la. Pastu mak kata kalau nak gi petang nanti amik la adik kat sekolah. Adik kuar kol 11.45. Orait je. Pastu ayah kol lagi. Rupanya suruh aku pegi pejabat tanah masa tu gak. Katanya tengah takde orang ni. Aku mandi pun belum. Pastu aku tanya ayah aku nanti sapa pulak nak amik adik. Ayah kata dia suh pak andak amik.


Tenggek nasi. Panaskan gulai lemak dalam periuk. Baru nak gi mandi. Ada orang bagi salam. Adus. Tengah kalut ni macam macam la. Rupanya makcik tadi nak mintak borang tanah. Pastu siap tanya, aku ka yang tido tadi.Haha segannye.


Siap siap mandi. Pakai baju kurung. Nak temuduga kan. Tengok jam dah 11.52. Aku decide nak gi je sekolah. Bawak sekali selipar ngan baju adik. Bukan jauh pun. Tengok dari jauh dah nampak adik aku ngan Haziq anak pak andak tu berdua. Terus aku angkut Haziq bawak gi umah opah cik. Yang lawaknya, adik aku ngan Haziq dua dua berhingus. Nak tergelak pun ada. Macam berjanji je. Tak taulah cikgu tau ke tak diorang ni dua pupu. Kalau tak mesti cikgu pun gelak tengok.hehe


Perjalanan ke Kampung Gajah 20 minit je. Dah pecut macam gila. Tu pun banyak lori.Kalau tak banyak lori 15 minit sampai dah. Tapi takut gak nak laju. Silap silap masuk bendang. Dahla bawak adik.


Pagi tu aku dengar ayah aku cakap dalam aku ngah mamai mamai tu. Ayah aku kata, pegi awal nanti tak tau tempat dia katna. Terus assume depa buat kat pejabat tanah lama. Sebab kalau pejabat tanah Kg Gajah yang baru bukannya aku tak biasa pegi pun. Pejabat tanah lama pun biasa jugak gi sebab selalu ikut ayah kan. Walaupun aku tau pejabat tanah lama dah jadi sekolah agama pun.
 
 
Tak lawak eh. Sampai sampai memang tak nampak apa. Ada lagi 10 minit sebelum tutup untuk tengahari. Kol ayah tak angkat pulak. So pegi pos surat pulak dah alang alang memang depan pejabat pos parking nya. Last last gi jugak kompleks pejabat kerajaan kg.gajah yang canggih tu. Aku kata canggih sebab compare ngan parit buntar haritu. Suma bersepah. Pejabat tanah belah sana. JPN belah sana. Kg Gajah senang. Suma satu tempat. Tetiba bangga dengan daerah sendiri.
 
 
OMG. memang kat kompleks tu pun dewan milenium tu. sah sah kena ceramah dengan ayah mak satgi ni.
 
Cis. Terbuang sejam setengah kat Kg gajah. Adik pulak nak makan nasi. Kena bawak gi makan dulu.
 
 
Then temuduga. Kira ok la.Bukan macam temuduga mintak kerja.
 
 
Then gi Teluk Intan. Masa untuk membuang duit yang memang tak seberapa itu..-.-"
 
 
 
Tukar tayar: next entri.

No comments:

Post a Comment