Mari join..:)

Monday, February 18, 2013

Minum air kosong 2 liter sehari.

Dulu konon-konon aku bercita-cita nak rajin minum air kan. Nak minum 8 gelas sehari kononnya. Tapi tak jadi sebab 8 gelas minum air setiap setengah jam nak ke toilet. Penat sebab toilet jauh. Kalau tak sempat?Ish.


Beberapa hari ni kira macam musim hujan dah kot. Rasanya la. Sebab kat Perak or Penang, asal petang je hujan. Haritu aku gi intebiu tanah tu, ayah aku gi Seri Iskandar,mak aku pulak gi Kampung Gajah. Senang cite takde sape kat umah. Aku keluar dekat kol 12. Penyidai ada ja tengah laman tu. Tengok macam panas terik ja. Tapi berawan la jugak. Aku tengok jugak penyidai tu. Tapi ingatkan jap lagi mak or ayah aku nak balik dah so aku biarkan je.Lagipun tengah kalut kan.

Mak aku balik dalam 1.30 kot.Mak aku kata baju semua lenjun. Jiran aku Opah Lebor bising katanya napa tak teduhkan kain. Hoho. Tapi nak blame sapa pun. Sebab mak aku pulak ingat ayah aku balik awal sebab dia cakap dah yang dia nak balik awal.Sekali ambik ko.


Malam tadi. Hujan tersangat lebat. Ribut dah. Cepat cepat aku bawak lari kaktus jangan bagi kena hujan. Mati pulak nanti. Gemok kata Seberang Jaya pun ribut gila.


Asal aku cite pasal hujan ni?


Selalu bila hujan mesti sejuk gila kan. Tapi semalam aku rasa panas. Tengah ribut tu aku leh buang selimut. Pastu dok haus je. Terus masak air sebab bekalan air masak da habis. Tu lagi gila. Sebab tak pernah aku refill air masak lebih 2 kali sehari. Hoho. Disebabkan itu juga semalam cipta rekod minum air masak 2 liter. Terus masuk Udez World Book of Records.Haha.


Harini pun dok haus. Tak taula sampai rekod semalam tak. Ni start hujan dah pun.


No comments:

Post a Comment