Mari join..:)

Sunday, February 24, 2013

Macam anak bongsu.

Sape yang baru kenal aku mesti ingat aku anak bongsu. Pernah masa zaman miang2 dulu ada orang dok salah nombor kan. Layan je la masa tu. Baru mesej2 beberapa ayat diorang tanya aku anak no berapa.So gedik2 la suh depa teka(tak tau nape asal salah no je kedah/penang). Depa mesti jawab anak bongsu.

Jangan salah paham.Aku miang sehari je.Agak2 mesej dalam sejam dua aku ngantuk dan tidur.Esoknye aku tak layan dah mesej orang tu.Hohoho. Rugi je aku rasa.

Rasanya disalah anggap sebegini bukan sesuatu yang baik.Sepatutnya jadi memalukan. Yela,nampak sangat aku ni takde ciri2 kakak mithali kan.

Ayah aku selalu bising.Dia kata "yong kome ni dari kecik nak bertolong. Sebab tu dah besor ni dia jadi camtu"

Maksud dia dari kecik nak buat pe pun mesti nak ayah mak tolong.tak reti buat sendiri. Oh sedih tau. Aku rasa sejak aku pegi Sarawak aku banyak buat benda sendiri. Borang apa pun sejak sekola menengah isi sendiri.Adik2 aku semua nak aku tolong isi.Dah masuk kolej ni pun nak aku buatkan.Maksudnya semua pun manja.Bukan I sorang je.huhu!

Masa kena pelentung dulu.Masa tu cuti sem.Umo 19.Masa tu sebelum cuti Dila mesej suruh aku ajar dia Add Math cuti nanti.Aku cakap ok je.Balik2.Start dari adik yang asrama bawak virus pelentong abis satu rumah kena. Kecuali mak ayah ngan Izah.Ayah sebab dia dah penah kena.

Aku start tumbuh kat belakang tapak tangan kanan.Ada parut sampai sekarang.Pastu merebak.Satu badan sakit2.Last2.dari aku kena ajar Dila,sampai dia balik asrama balik aku dok sakit lagi. Dari aku yang patut ajar,dia yang kena jaga aku pulak.Bukanla jaga apa,tolong sapu ubat ja. Dahla masa balik tu aku gemuk betul.Jeans sampai tak muat.tak tau apa yang aku makan.Pastu sebab pelentung aku tak lalu makan.Terus kurus.2minggu je.Bila tengok bekas parut pelentung tu,scary je.Besar sangat.Timbul lak tu.

Adik2 pompuan aku suma lagi rendah dari aku. Tapi bila bergambo,kengkawan aku akan cakap yang dila macam lagi tinggi dan lagi matured. Bila gi kenduri, makcik2 tu kate kakak dia ni biase je.Tengok adik2 nye ni ha mekap sakan.Ape nak wat aku lebih rela nampak biasa dari aku rasa tak selesa. Comfort is everything,dont you agree? Tapi bila aku rasa nak mekap ke,nak pakai pape aku akan tanya diorang okey tak.Terbalik sungguh.Huhu.

Ada sekali tu,aku post status kat FB. dulu gila update status. Aku cakap "bila la nak jadi matang". Ada sorang tu komen, "dah kawin nanti matang la" Err bole teka sape yang komen? Hmpphh nyamfes.

No comments:

Post a Comment