Mari join..:)

Friday, February 15, 2013

Kena ketuk kat traffic light.


Malam tadi balik dari tuisyen dalam kol 10. Keta tak banyak sangat 2 harini.Sebab suma orang balik kampung kot.Gi tuisyen yang biasanya dekat sejam baru sampai sebab jem teruk tiba-tiba jadi 20minit je. Balik tu aku cam biasa la pemandu yang sopan santun. Slow aje pun. Dah tua kot.Kalau dulu memanjang je Schumacher.


 
Pastu sampai traffic light area kilang Bukit Tengah, aku benti line tengah. Sebelah aku ada satu line lagi. Benti benti tu, aku dok usya Schenker tu. Tak taula apa yang menarik sangat masa tu.
 
 
Tetiba. Ada orang ketuk keta aku dari sebelah kiri.Aku dah terpikir adakah aku bentikan keta aku lebih garisan yang sepatutnya dan keta sebelah takleh lalu. Ataupun samseng jalan raya. Keta sebelah tu betul betul rapat dengan aku. Habislah aku.Dalam beberapa mili saat tu segala benda yang buruk ada dalam fikiran aku.
 
 
 
 
Aku toleh ke muka pemandu.
 
 
Traffic lite hijau. Mesej sampai.
 
 
"U comel tadi."
 
 
I hate Gemok.
 

No comments:

Post a Comment