Mari join..:)

Saturday, February 16, 2013

Kau suka aku eh?

Zaman muda2 banyak warna warni kan. Macam kawan kite kapel orang ni,rungsing nak first date,crush kat orang ni. Macam2 kerenah. Huhu

Flashback. Aku dulu sentiasa ada mangsa untuk aku crush kan. kalau tak hidup rasa kosong.haha! Tapi ni nak cite orang lain yang crush kat aku.

Masa first year. Dari start kelas ada sorang budak Iban ni rajin kacau aku. Satu kelas la kami. Tapi nak kata dia suka,rasa tak mungkin pulak. Ke aku yang naif sangat tak perasan?ngeh ngeh ngeh.

Masa second year. Kelas software engineering. Lecturer pecahkan kami pada beberapa group. Setiap group kena wat soalan dan tanya pada mana2 group yang lain. Tak dapat jawab kena denda..-.-"

Kami group lain2. Sampai turn group dia. Dia berkata ngan lantang.

"Saya nak tanya soalan pada bini saya"

Okey fine. Takyah sebut pun tau sapa dia maksudkan.Satu kelas dah riuh.

Lecturer tu pulak over excited. Dengan muka penuh bercahaya dia terus tanya kami, kamu dua orang kapel ke? *pengsan*

Kadang2 kami kebetulan jalan sekali. Dia jumpa kawan yang lain. Selamba dia kenalkan kat kawan dia tu. " Tok lah gerek ku." Kadang2 cakap "tok lah bini ku" (Note: gerek means gf/bf, tok means ini)

Tapi serius,aku rasa dia melawak ja.sebab dia jenis tak serius. Lagipun aku takda feeling nak crush ka apa pun ngan dia.

One fine day. Third year dah masa ni. Nana membe kelas ku yang selalu kontek ngan budak Iban tu bagitau. Kita panggil budak Iban ni L.

"Haritu L ni mabuk mabuk dia kol aku cakap dia suka kat kau. Dia nak sangat kat kau" (dah ditranslate pada bahasa baku)

Cis sangat. Mabuk leh ingat aku.

Tak lama pastu dia sendiri mesej aku. Dia sembang benda biasa ja. Tapi agak menjurus ke arah itu. Aku pulak gi sengal tanya

"Kau suka aku kah?"

Dia jawab ape tau.

"Aok.kenak?" (Ye,kenapa?)

Gila. Aku gila. Dia pun gila. First gila sebab aku yang bertanya.Second,boleh dia jawab camtu?

Next sem kami praktikal. Aku ofcos balik praktikal semenanjung.Dia pulak praktikal kat sarawak je. Aku dengar dia dah kapel ngan member ku budak Bidayuh,budak fakulti ku jugak.Diorang praktikal tempat sama. Sedih? Takde maknenye.

No comments:

Post a Comment