Mari join..:)

Tuesday, February 26, 2013

Jaga diri sendiri.

Biasala, orang belum kawin, dok jauh dari keluarga pulak. Kena jaga diri sendiri la.Takkan nak harap orang pulak kan. Alhamdulillah,sepanjang jauh dari keluarga jarang sakit teruk2. Demam pelentung yang kira paling teruk tu pun masa cuti sem.Eksiden beberapa kali tu, alhamdulillah kereta ja cedera. Tuannya tak de pape. Kalau naik motor,rasanya selamat dah. Memang tak konpiden. Lesen untuk hiasan semata.


Kengkadang datang masalah teruk2. Macam masa final year hampir fail,hampir kena extend, hari2 berendam air mata. Masa turun naik bilik Ketua Jabatan pasal nak bukak kelas untuk kami yang fail ni, aku sorang ja perempuan. Masa KJ kata macam susah nak bukak satu kelas baru.Keluar2 tu aku jalan jauh sikit dari orang lain nangis pastu kawan sama-sama nak bukak kelas tu ternampak.Dia cakap "jangan risaula,ada peluang tu".Bila dah dapat bukak kelas.Nak exam,kami sama2 study library,sama2 risau boleh lulus ke tak. Sorang member tu cakap "Dont worry huda, kami fail takpe. Yang penting kau lulus.Kami memang akan extend." Sedih gila. Walaupun diorang selalu buli aku jadi ketua kelas merangkap penyedia gula2 tiap2 kelas, aku hargai apa yang diorang buat untuk aku. Mana nak cari kawan camni. Aku boleh doa semoga Allah yang balas jasa diorang tu.


Gula2 sepanjang kelas Dr. Bakri 4 jam.


Dah dewasa ni. Memang tak jumpa dah orang macam diorang ni. Tapi takpela. Takkan selamanya nak bergantung pada orang lain je kan. Kadang2 ada masa kita rasa nak jerit. Nak lupa semua benda. Nak pergi jauh2. Tak nak jumpa sesapa. tapi lepas tu kita mengadu kat Allah. Sikit2 kita rasa tenang semula dan selesaikan masalah satu-satu. Sapa lagi tempat nak mengadu.


 
 

No comments:

Post a Comment