Mari join..:)

Sunday, February 17, 2013

Hari buat baik sedunia.

Tajuk macam mengungkit or show off kan? Haha!

Pagi tadi sebelum kol 6 dah bangun. Membe dari Johor naik bas turun kat Juru. So aku tolong ambik hantar gi kolej dia. Agak gigih juga la sebab sebelum Subuh bangun dah. Nasib tak mandi ja. Kalau tak lagi la gigih. Huhu!

Dah ambik aku tunggu dia Subuh jap kami teruskan perjalanan. Sambil tu cari kedai makan sebab dia kata dah lapa. Tengok jam dah kol 7. Gila lama perjalanan. Huhu.

Alhamdulillah. Setelah 2 ke 3hari teringin dapat jugak aku makan murtabak. Pasar malam kat umah aku ni ada jual semalam tapi takde kuah kari. Aku nak kari. Kalau pekat sikit ok la. Sebab selalu jumpa ceroi sangat. Tolong jangan kedekut sangat eh para peniaga roti canai/murtabak. Haha. Membe aku boleh cakap. Aku tau ko teringin murtabak sebab tu aku ajak datang sini. Yolah. Nyamfes I.

Petang. Aku hantar stok kat akak customer first. Sekali dia beli 2. So terus bagi diskaun RM5. Sebelum ni ada gak orang beli 2 sekali tapi masa tu tak terfikir nak wat diskaun2. Sori kak eh.

Pastu Gemok pesan nasi goreng ayam. Dia sibuk jadi babysitter baby arnab yang baru lahir. Jap aku buh gambar. Dahla baby arnab tu macam sejuk ja. Aku suh dia selimutkan. Kita tengok berapa lama baby ni leh idop. Kalau sampai besar baru leh kawin ngan aku. Haha!

Dia ni mentang2 aku offer nak belikan. Siap mintak nak ayam gantung. Aku jenuh pikiaq tang mana ada juai ayam camtuh. Aku cakap siap2 la tak tau jadi nak beli yang biasa ja. Sekali kedai aku tuju tu tutup. So pegi kedai belakang 7e dekat rumah aku tu. Sekali ada dah. Tak penah perasan pun. Dalam dia sibuk cita pasal baby tu kat whatsapp aku send gambar kedai nasi ayam tu. Punya hepi dia. Memang rezeki dia la. Berkat baby tu jugak kot. Hehe.

Dah malas nak buat baik dah. Jadi jahat pulak. Len kali nak buli depa cukup2!hoho gelak jahat

No comments:

Post a Comment