Mari join..:)

Thursday, February 21, 2013

Gelaran nama untuk orang.

Biasala manusia suka bagi gelaran kat orang kan. Kekadang tu macam tak manis didengar, kekadang tu lawak.


Masa Honda dulu banyak gelaran lawak. Mostly kengkawan bagi kat kengkawan la. Maknanya gelaran tu orang yang digelar tu tau. Dan sampai nama sebenar pun jadi terselindung. Banyak sangat sampai memang kelakar.


Contoh, tok batin. Tau sebab ape? Sebab dia ada parut eksiden kot kat tengkuk. Memang obvious sebenarnya. Maka digelar tok batin.


Artis pun banyak. Contoh, van damme. Justin bieber. Apek (Goal keeper malaysia).Predator pun ade weh. Sian sangat. Yang ni sebab muka yang iras. Ek,ada orang iras Justin bieber kat honda? Comel ke? Huh. Tak serupa langsung. Macam aril ada (boleh teka tak?)


Kat kilang ni. Operator bagi gelaran kat orang atasan. Dalam kata lain, orang yang digelar tu tak tau. Contoh, mambang. lagi satu tak silap gorila ke orang utan tah. Apakah? Sesuka hati je. Kalau yang digelar tu elok sangat, takpela. Aku rasa kalau gelaran tu bagi kat depa lagi sesuai kot. Aku bukan la nak kata orang buruk, tapi perlu ke nak gelar2 orang ni. Cube kalau orang buat camtu kat ko, tak ke rasa sedih. Kalau tak mau orang buat kat kite, jangan la buat kat orang betul tak. Tak paham tak paham. Si luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan,biarkan.

No comments:

Post a Comment