Mari join..:)

Thursday, February 21, 2013

Gaduh,berpisah,jumpa,baik semula.

Aku ni kengkadang macam orang takde hati perut. Bila nak benti aku jenis tak suka jumpa sorang2 manusia mintak maap. Bukan ape,aku takut nanti aku nangis. Haha!

Masa nak habis praktikal Canon dulu aku nanges. Sebab orang dok sebut ayat perpisahan la. Huhu. Malunye saya.So lepas tu taknak feeling2 dah.

Masa benti Sharp okey je. sebab baru sangat masuk. So tak kenal ramai orang sangat. orang pun sikit ja kenal aku. Maka takde la nak feeling sangat. Ade sedih jugak sikit sebenarnya.Huhu.Aku sebenarnya rindu Sharp. Serius.

Tadi petang. Aku ternampak budak kilang lama aku belakang keta aku ja. Aku patah balik tegur. Ada 2 orang. Sorang tu aku okey ja. Sorang lagi tu aku penah gaduh. Tak ingatla apa dia cakap dulu tapi aku betul2 marah. Sejak tu tak pernah cakap. Dia pun tak cakap jugak ngan aku.Pastu dia kena tukar tempat lain. Dalam sebulan dua camtu. Dia mai balik. Pun aku tak cakap ngan dia. Oh ya. Dalam dia hilang sebulan dua tu,bole dia tanya membe dia pasal aku.Dalam benci ada rindu ya.

Tadi tu. Aku sebenarnya tak tau nak tegur tak. Dulu sebelum gaduh tu aku baik gila dengan dia. Dari dia la aku tau macam2 pasal kilang tu. Macam2 kitorang borak.Tapi tadi dia yang tegur dulu. Rindu katakan. So aku pun okey2 jugak la ngan dia.

Dengan Gemok pun selalu camtu. Kengkadang gaduh dalam tepon. Pastu balik keja aku gi jugak gerai tolong mak dia. Pastu terjumpa la kan. Bole je borak cam biasa. Kalau dia tak tegur pun.Aku pulak yang tegur dulu. Padahal aku yang beria masa gaduh tadi petang. Hoho.Tah pape je. Macam lalang.

No comments:

Post a Comment