Mari join..:)

Tuesday, February 19, 2013

Da guda da.

Percaya tak. Nama timangan aku ketika ditimang timang dulu ialah Guda. So bunyi dia akan jadi lebih kurang macam "da guda da".


Orang yang bertanggungjawab ialah pak uda adik mak. Anak no.4 ni selalu suka budak2 kot. Sebab ayah aku pun camtu. Adik aku yang kami panggil kak uda pun camtu. Tapi bezanya. Adik aku ni dia jugak paling garang. Kadang2 mak aku panggil dia singa. Dengan boifren dia pun dia garang(mak kata).


Masa kecik banyak jugak gambar dengan pak uda. Masa aku kecik dan pak uda belum kawin,dia rajin datang rumah kami. Dalam adik beradik mak, mak yang dok jauh sekali. Walaupun Perak je. Adik beradik lain tu hari2 pun leh jumpa. Ingat lagi moto dia kaler merah. Yamaha sukan(Yamaha sport ada kaler merah?) kot. Entahla. Aku ingat bunyi dan kaler je.


Ada sekali tu. Pak uda datang rumah dengan Acik On. Acik On ni sepupu mak ngan pak uda ni la. Dia pun agak suka layan budak2 dulu.Lepas dapat anak dulu dengan ex bini dia orang jawa tu,dia macam sombong sikit. Dah cerai tu baru macam ok sikit. Tak taula kenapa.


Okey dipendekkan cite. Diorang datang Sabtu. Petang Ahad tu diorang kena balik la. Aku dengar diorang cakap ngan mak.Mak suh balik senyap2. Tengahari tu aku ngan adik g umah opah belah ayah. Tak jauh pun. Masa tu da hujan rintik2. Aku ingat diorang dah balik la. Dalam kol 5 lebih gak kot. Jadi opah hantar kami balik naik beskal. Sampai2 depa semua tepuk dahi. Manala aku tau kan. Ingat dah balik.Rupanya baru nak gerak. Huhu.Diorang terus tak jadi balik. Acik On masa tu sekolah menengah lagi. Tak silap aku dia form 5 masa tu. Mak cakap dengan dia "ko pontengla sehari sekolah.." haha adoi.sampai camtu sekali.


Kampung mak aku nama dia Felda Soeharto. Pak uda aku ni dulu bininya opah yang carikan. Felda sebelah je. Felda Gedangsa.huhu nak kata sebelah sangat pun tak jugak. Tapi dalam Gugusan Felda Sg. Dusun gak jadi kira macam sebelah la. Paklong aku pun bininya orang Gedangsa jugak. Macam takleh jauh lagi ja depa ni. Huhu.


Masa pak uda bertunang,kawin. Aku dah paham la kiranya. Masa lepas tunang tu kami tengok gambar mak uda. Pastu boleh komplin kata biasa je tak lawa sangat. Tah pape je komen orang kan. Macam aku lawa.Terus kena syuu ngan makteh.Dia cakap jangan cakap camtu depan pak uda nanti dia tak nak kawin. Haha.


Pastu bila pak uda nak dapat anak,mak aku cakap. Pasni taklehla nak manja2 dengan pak uda sangat. Dia pun dah ada anak sendiri. Rasa kehilangan pun ada sikit masa tu. Huhu. Sama kes jugak masa ayah aku kawin dulu. Pak anjang(sepupu ayah yang tua 3tahun dari aku) dulu rapat dengan ayah. Lepas anak ayah dah ramai dia jauhkan diri. Sian pulak bunyinya.


Specialnya pasal pak uda ni. Dia sorang je dalam adik beradik mak aku yang ikot muka arwah tok. Arwah tok meninggal sakit asma (buatan orang) masa aku dalam perut mak lagi. Akhir 1987. Jadi aku tak sempat jumpa. Jadi mak bagitau kami. kalau nak tau muka arwah tok camne, tengok muka pak uda.Hmmm. Memang sama. Paklong aku pulak muka cam orang putih. Masa muda orang panggil dia apetah. John kot. Mak aku sama ngan muka sepupu dia. Paksu ngan arwah pak ngah pun sama muka sepupu gak.Tapi tak tau depa tu ikut muka sapa. Pelik family mak aku ni. Kalau orang tengok aku,kata muka aku fotostat mak. Gemok pun cakap camtu.Siap kata aku tua pun takkan gemok cam mak.Eh sukati je.Tapi adik mak kata aku ikot muka ayah. Entahla labu.


Lagi pelik.Anak2 pak uda pun ikut muka sepupu. Ayong sama muka adik aku yang Kak Uda tu. Angah sama muka adik aku Azam. Yang no.3 ikot muka pak uda. Satu hari tu. Aiman ni cakap. Muka paksu tak sama pun dengan ayah dia. Adik beradik ke.Suma orang gelak. Pastu mak aku cakap.Aiman kalo ko nak tau,ayah ko dulu masa kecik macam muka ko ni la sebijik. Terus dia diam. Aiman tak kisah katakan.


Walaupun dah tua camni. Aku still rasa rapat ngan pak uda. Kalau gi umah dia takde nak kekok apa. Kalau gi umah pakcik makcik lain aku selalu rasa macam segan. Masa aku menganggur dulu. Pernah dia bawak aku gi tebiu. Terharu gila.siap offer nak carikan keta untuk aku supaya aku senang gi keja.


Ok tamat. Takde gambo.

No comments:

Post a Comment